26 Nov 2024

Mr Churros Sedap

Assalamualaikum readers


Mr Churros Sedap | Dalam banyak-banyak churros yang pernah cuba, brand Mr.Churros ni paling sedap, crunchy, lembut dan kurang berminyak, yang penting lepas beberapa jam churros masih lembut dan tak keras. Tapi tak pernah simpan dalam fridge sampai keesokkan paginya sebab beli mesti makan sampai habis.



Masa parents admitted di Hospital Seberang Jaya bulan lepas, asal lapaq mesti singgah beli. Lokasi kat belakang UiTM Permatang Pauh. Kawasan student memang laku keras. Harga pun berpatutan, hanya RM 7.00 sahaja. Di datangkan bersama 3 jenis dip (milk chocolate, dark chocolate dan caramel).



Cawangan Mr. Churros ada di seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah. Boleh check di Google lokasi yang berdekatan dengan rumah korang ya. Boleh tengok di website Mr. Churros di sini.


18 Nov 2024

Review Ipar Adalah Maut (2024)

Assalamualaikum readers


Review Ipar Adalah Maut | Lama tak update blog. Masa tidak mengizinkan. Harap pembaca sihat. Filem ini baru release di Netflix. Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Indonesia dan telah viral di TikTok Eliza Sifaa pada tahun 2023. Filem ini menjadi iktibar pada yang sudah berumah tangga atau belum.



Sinopsis :


Filem ini mengisahkan tentang seorang mahasiswi bernama Nisa (Michelle Ziudith) yang dilamar oleh seorang pensyarah muda bernama Aris (Deva Mahenra).




Perkahwinan mereka seperti kisah dongeng yang sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya. Namun kebahagiaan mereka mula terancam apabila adik Nisa iaitu Rani (Davina Karamoy), yang menjadi pelajar, berpindah masuk ke rumah mereka atas permintaan ibu Nisa.



Pada mulanya Rani berusaha menjaga sikap dan perilaku di hadapan abang iparnya. Lama kelamaan, hubungan Aris dan Rani menjadi rapat, sehingga menimbulkan kecurigaan dalam diri Nisa. Perubahan sikap Aris yang menjadi dingin dan acuh tak acuh terhadap Nisa membuatkannya semakin curiga.



Setelah selidik, Nisa mendapat bukti suaminya curang bersama adik kandungnya sendiri. Apa yang terjadi dengan hubungan mereka sehingga ibu Nisa meninggal dunia? Boleh tengok di Netflix ya. Rasa dikhianati tu pedih sangat.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10