15 Dec 2024

Resepi Loaded Nachos Viral

 Assalamualaikum readers


Resepi Loaded Nachos Viral | Resepi yang viral di TikTok bulan lepas dan hampir setiap hari bila scroll laju keluar resepi ni. Ada yang jual mahal ada yang murah, resepi bermacam jenis sampai dah ubah resepi asalnya dari Mexico. Sedap gila Loaded Nachos Cheese ni. Nina guna resepi asal wajib ada Guacamole.


Loaded Nachos Cheese Viral


Prefer buat sendiri sebab tak baik untuk kesihatan bila makan dalam plastik nachos tu. Makanan dah sihat tapi makan dalam plastik keropok macam tu saja. Buat sendiri kadar kebersihan tu terjamin. Yang penting boleh makan berulang kali sambil layan Netflix. Hehe.. Resepi untuk 2-3 orang makan.


Nachos jangan beli Twisties punya macam support Zionis. Boleh beli nachos di kedai bakery atau brand Mission Tortilla Chips.



Bahan-bahan :


400gm daging cincang

1 sudu kecil garam

1 sudu blackpepper

1 sudu garlic powder



Sos putih :


2 sudu plain yogurt

4-5 sudu mayonis

3 ulas bawang putih

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada hitam

Sedikit jus lemon & serbuk/daun parsley



Sos hijau :


1 biji avocado

1 batang daun ketumbar

4 sudu besar mayonis

Sedikit air

2 batang cili padi

1 sudu jus lemon



1 biji tomato & bawang merah potong dadu

Nampak tak gabungan sos putih & hijau btw mayonis boleh tukar dari Lady's Choice ke brand Telly.


Resepi ni sesuai untuk kudapan secara sihat, memang nak galakkan readers kurus dan sihat. Hehe.. Selamat mencuba!

14 Dec 2024

Tyeso Tumbler Best

Assalamualaikum readers


Tyeso Tumbler Best | Tyeso Tumbler Original | Lama betul tak tengok blog, terima kasih yang sudi baca dan drop komen. Harap idea nak taip blog tak lupus dari ingatan. Kalau post tu bermakna Nina masih lagi sihat. Alhamdulillah buat masa sekarang.


RM 31.20 (1200ml). Dah guna selama 5 bulan lebih


Sapa belum pernah guna brand Tyeso sangat recommended untuk cuba. Brand yang berasal dari China dan menghasilkan stainless steel vacuum flasks, coffee pots, travel bottles and sports bottleNina terjebak dengan colleague Watsons. Sebab banyak bercakap dan berjalan, jadi cepat dahaga. Bila ada offer dalam Shoppe terus grab untuk size paling besar iaitu 1200ml.


8 pilihan warna

Tahan sejuk selama 24 jam
(Ketulan ais jika guna buat sendiri, lagi cepat cair, kalau beli di 7E ketulan ais tahan lama. Nampak sangat ais di kedai tak bagus sebab ada bahan untuk kekalkan ketulan ais tu)


Tak mudah tumpah

Produk Tyeso ni ada bermacam jenis sesuai untuk diguna ke pejabat, sekolah, bersiar-siar atau bersukan. STAY HYDRATED. Tips nak tumbler tahan lama jangan guna untuk air suam dan air sejuk. Kalau isi air sejuk, sejuk sahaja tanpa ais atau bersama ais. Boleh beli di website Tyeso, klik sini atau di official Shoppe klik sini.

26 Nov 2024

Mr Churros Sedap

Assalamualaikum readers


Mr Churros Sedap | Dalam banyak-banyak churros yang pernah cuba, brand Mr.Churros ni paling sedap, crunchy, lembut dan kurang berminyak, yang penting lepas beberapa jam churros masih lembut dan tak keras. Tapi tak pernah simpan dalam fridge sampai keesokkan paginya sebab beli mesti makan sampai habis.



Masa parents admitted di Hospital Seberang Jaya bulan lepas, asal lapaq mesti singgah beli. Lokasi kat belakang UiTM Permatang Pauh. Kawasan student memang laku keras. Harga pun berpatutan, hanya RM 7.00 sahaja. Di datangkan bersama 3 jenis dip (milk chocolate, dark chocolate dan caramel).



Cawangan Mr. Churros ada di seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah. Boleh check di Google lokasi yang berdekatan dengan rumah korang ya. Boleh tengok di website Mr. Churros di sini.


18 Nov 2024

Review Ipar Adalah Maut (2024)

Assalamualaikum readers


Review Ipar Adalah Maut | Lama tak update blog. Masa tidak mengizinkan. Harap pembaca sihat. Filem ini baru release di Netflix. Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Indonesia dan telah viral di TikTok Eliza Sifaa pada tahun 2023. Filem ini menjadi iktibar pada yang sudah berumah tangga atau belum.



Sinopsis :


Filem ini mengisahkan tentang seorang mahasiswi bernama Nisa (Michelle Ziudith) yang dilamar oleh seorang pensyarah muda bernama Aris (Deva Mahenra).




Perkahwinan mereka seperti kisah dongeng yang sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya. Namun kebahagiaan mereka mula terancam apabila adik Nisa iaitu Rani (Davina Karamoy), yang menjadi pelajar, berpindah masuk ke rumah mereka atas permintaan ibu Nisa.



Pada mulanya Rani berusaha menjaga sikap dan perilaku di hadapan abang iparnya. Lama kelamaan, hubungan Aris dan Rani menjadi rapat, sehingga menimbulkan kecurigaan dalam diri Nisa. Perubahan sikap Aris yang menjadi dingin dan acuh tak acuh terhadap Nisa membuatkannya semakin curiga.



Setelah selidik, Nisa mendapat bukti suaminya curang bersama adik kandungnya sendiri. Apa yang terjadi dengan hubungan mereka sehingga ibu Nisa meninggal dunia? Boleh tengok di Netflix ya. Rasa dikhianati tu pedih sangat.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

27 Aug 2024

Petanda Cacing Dalam Perut Anak

Assalamualaikum readers


Petanda Cacing Dalam Perut Anak | Lamanya tak jenguk blog, busy dengan kerja dan rumah tangga, tapi bila lapang ni nak jugak update. Semoga readers sihat dan jaga diri semua.


Champs D-Worms - RM 8.30 beli di Watsons masa offer
 

Anak dah usia 3 tahun setengah ni, makin lasak, makin manja, hati tisu dan baru nak belajar control emosi sendiri. Kadang tu kena tanya bertubi-tubi baru nak cakap, kena tau punca tambah-tambah bila anak kecacingan ☺


Makan 2 biji pun dah hilang cacing. Orang dewasa pun boleh makan


Petanda cacing dalam perut anak ni dia kurang selera makan dan tidur mesti bontot ke atas. 2 simptom ni wajib ambil tahu. Selain daripada tu :


- kulit anak selalu gatal

- sukar tidur nyenyak

- berat badan statik/tak naik

- kerap tidak sihat/selsema tak kira musim

- kerap muntah dan cirit birit


Untuk harraz, ubat cacing dari klinik dengan sabun chacing yang viral dalam tiktok tu tak jalan, lepas bagi makan Champs ni terus elok. Setiap 6 bulan sekali, bagilah anak makan ubat cacing. Semoga info ni bermanfaat.

1 Aug 2024

Nutrabliss By Watsons Jolly Mix

Assalamualaikum readers 


Nutrabliss By Watsons Jolly Mix | Lamanya tak update blog, harap readers sihat walafiat. Pernah nampak atau makan snek kekacang dari Watsons ni tak? Ini antara snek faveret Nina untuk exercise mulut sambil layan Netflix. Kurus tak semestinya sihat tau. Mungkin kadar metabolism tinggi membuatkan badan kurus.


Antioxidant Mix - RM 11.10

Ada banyak jenis kekacang


Antioxidant Mix - Bebas kolesterol secara semulajadi

- Kaya dengan Vitamin E antioksidan

- Makanan serat tinggi

- Tanpa lemak trans semulajadi


Dengan setiap pembelian PWP (purchase of purchase), satu pek kacang ni boleh dapat dalam harga RM 11.10. Kenapa Nina sibuk promote snek ni? Sebagai salah sorang staff Watsons apa salahnya. Sebab ada 3 jenis pek dengan lain-lain nutrisi lengkap untuk orang dewasa. Yang memang target nak kurus boleh cuba amalkan dengan makan bersama cereal atau oat setiap pagi. Dah cuba memang kenyang dan berat badan turun.


Jolly Mix


Energy Mix


Snek kekacang ni hanya boleh dibeli secara borong di store-store Watsons yang berdekatan. Kalau tak ada offer harga dalam RM 15. Untuk bulan Ogos ni tak ada offer PWP. Terpaksa tunggu next month pulak.

12 Jul 2024

Makan Di Cafe Lagenda Penang

Assalamualaikum readers


Makan Di Cafe Lagenda Penang | Kali kedua makan di sini, kali terakhir celebrate anniversary yang ke 2 kat sini. Kali ni ajak fam in law celebrate birthday father in law. Nasib kami baik, main terjah ada meja kosong, selalunya cafe ni sentiasa penuh dengan orang. Sebelum datang kena book dulu.


Ayam Percik Madu 3 - RM 24 (pilihan mama) . Ayam juicy dengan rasa perapan tu



Dekorasi lagenda cafe ni bertemakan klasik, setiap meja di alas dengan kain batik dan owner cafe amat meminati seniman P.Ramlee. Dari segi layanan memang tiptop, servis laju, waiter pun macam baru lulus bahasa English 😄 tiada isitilah cakap bahasa ayam dan itik.


Pak Belalang's Beef Rendang - RM 25 (pilihan hubby) . Daging yang juicy makan bersama jelatah dan nasi kerabu.

Creamy Massaman Chicken Curry - RM 26 (pilihan Nina). Kuahnya creamy campuran rasa kari siap ada taburan kacang tanah. Rasanya tak terlalu pedas.


Fish & Chips - RM 22 (pilihan mak tok), sedap tau cicah fries dengan sos, ralit tup tup dah habis


Entrance. Tak sempat nak snap kat luar sebab hujan, habis makan terus balik


Bab portion memang banyak, termonyeh-monyeh (tersengih-sengih) kami nak habiskan makanan sorang sepinggan. Meh tengok menu apa yang sempat Nina snap gambar, yang lain tu meja jauh sangat. Kalau singgah Penang jangan lupa masukkan dalam list okay 👍🏻 gerenti puas hati.


Alamat : 2, Lebuh Carnarvon

10100 George Town.


Waktu Operasi : 12 pm - 11 pm (tutup hari rabu)

30 Jun 2024

Ubat Gigi Bzu Bzu Terbaik

Assalamualaikum readers


Ubat Gigi Bzu Bzu Terbaik | Bila anak dah masuk umur 3 tahun ni ujiannya bukan kerap sakit tapi kerap gigi rosak. Itu pun syukur alhamdulillah lepas kes sakit gigi bulan lepas hari-hari nak gosok gigi dengan rela hati. Kena pantau pemakanan terutama aiskrim dan coklat. Kadang parents ni tak bagi makan tapi orang lain belikan.


Bzu Bzu Kids Toothpaste - RM 9.80



Survey punya survey jenama ubat gigi yang mana sesuai maka tertarik nak cuba Bzu Bzu ni sebab buatan Malaysia. Ada dua perisa, anggur dan strawberi siap free berus gigi dan dua ubat gigi. Berus gigi pun jenis lembut, tak adalah anak mengadu sakit masa memberus tu.


Berus gigi lembut dan ubat gigi warna ungu sebab perisa anggur


Kebaikan ubat gigi Bzu Bzu ni adalah sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas, mengandungi anti kaviti dan ada vitamin C dan E siap free sugar lagi. Kalau anak tertelan tu tak risau sangat. Mak-mak kenalah guna psychology sikit, kalau Nina akan tunjuk gambar gigi budak yang hitam siap cakap 'kalau gigi hitam macam ni nak pi school tak ada kawan'.


27 Jun 24 - Kali ke 2 bawa pi klinik sebab bekas gigi kena tampal tu berlubang semula


Dalam dok jaga gigi supaya tak nak berulang tetaplah kena pi jugak klinik gigi sebab gigi yang tampal bulan lepas dah berlubang semula dan merebak ke gigi hujung. Tebalkan muka sebab tak sampai sebulan gigi anak berlubang semula 😂 Ingat mudah jadi mak-mak ni.