30 Mar 2025

Puasa Dan Raya Tanpa Mak

Assalammualaikum readers


Puasa Dan Raya Tanpa Mak | Sejujurnya nak menaip pasal pemergian arwah mak masih belum mampu, air mata lagi laju dari jari 😭 Tahun pertama berpuasa tanpa mak. Nina take over prepare menu berbuka dan sahur untuk suami dan bapak. Kadang mama (mother in law), masak lauk lebih untuk sahur.


3.28 pm, pokok cempaka dah naik
17/3/1946 - 31/10/2024

Sehari sebelum raya, ziarah kubur
2023 - hilang anak
2024 - hilang mak


Kalau dulu masa arwah ada, pertengahan ramadhan dah start buat biskut raya, mengemas rumah, tukar langsir, cat pagar tapi tahun ini semua tu tak ada. Mama cakap pagi raya nanti, bawak bapak beraya sekali, ketupat, rendang semua mama masakkan. Alhamdulillah.


3/1/2025 - letak batu nisan

Batu nisan mak tempah pada orang yang buat batu nisan Harith. Mudah berurusan sebab kenal bapa mertua


5 bulan dah arwah meninggal, sekali pun tak pernah mimpikan arwah. Ustaz kata, itu petanda yang bagus, bermakna arwah cukup amalannya (amal jariah dan terima doa dari anak). Baru rasa perasaan orang-orang yang hilang ibu bapa. Bila dengar takbir raya, sayu 😭 Rindu mak dan Harith. Raya dah tak ada makna. 

27 Mar 2025

Bulan Sabit 26 Ramadhan

Assalammualaikum readers


Bulan Sabit 26 Ramadhan 1446H | Alhamdulillah ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan. Entah hidup entah meninggal. Dapat berpuasa dan bersahur di rumah bapak dapatlah tengok view matahari terbit depan balkoni rumah, bukan saja matahari, bulan penuh pun nampak.



Ini bukan munculnya anak bulan Syawal tau 😂 Lepas solat subuh, buka pintu nampak cantiknya bulan sabit, terus snap. Kalau lambat sikit, gambar dah tak cantik sebab dah terbit matahari. Semoga ramadhan tahun ni kita semua dapat kejar pahala malam lailatulqadar. Aaminn...

26 Mar 2025

Review Kuyang : Sekutu Iblis Yang Selalu Mengintai (2024)

Assalamualaikum readers


Review Kuyang : Sekutu Iblis Yang Selalu Mengintai (2024) | Filem hasil adaptasi dari novel karya penduduk asli Kalimantan yang berjudul sama. Dalam novelnya, Achmad Benbela menceritakan kisah seram tentang lagenda dan kepercayaan masyarakat Kalimantan tentang hantu kuyang. Kalau di Malaysia dipanggil Penanggal.



Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Bimo dan Sriatun. Suatu hari, Bimo mendapat tugas dilokasi terpencil yang jauh dari kota, terpaksa menjadi guru di pedalaman. Sriatun yang sedang hamil ingin ikut Bimo.



Bimo ingin menghantar Sriatun pada ibu bapanya tetapi Sriatun tetap mahu mengikuti suaminya. Setelah tiba di lokasi, kejadian aneh mula berlaku. Setibanya di rumah baru, Sriatun rasa ada sesuatu yang mengintai, padahal dia sendirian di rumah.



Rupanya, janin Sriatun sudah menjadi sasaran para Sekutu Iblis. Berjayakah Bimo melindungi isterinya, salah satu untuk menyelamatkan isteri dan janinnya adalah melawan dan musnahkan sekutu iblis. Kuyang boleh terbang dan mencari darah bayi atau darah perempuan yang baru bersalin.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

24 Mar 2025

Review Curse of the Seven Seas (2024)

Assalammualaikum readers


Review Curse of the Seven Seas (2024) | Santet Segoro Pitu | Filem ini diadaptasi dari thread viral di Twitter tentang kisah sadis yang berlaku di Semarang. Yang lemah semangat dilarang nonton. Zaman moden masih ada individu yang percaya dengan santet.



Sinopsis :


Sucipto (Christian Sugiono) dan Marni (Sara Wijayanto) hidup bahagia bersama tiga anak bernama Ardi (Ari Irham), Syifa (Sandrinna Michelle) dan Arif (Khalif Al Juna). Kehidupan keluarga mereka harmoni lantaran perniagaan runcit Sucipto laris setiap hari.



Toko milik Sucipto menjadi yang paling ramai di pasar, hingga membuatkan para peniaga yang lain iri hati. Hingga suatu hari, kebahagian keluarga itu berubah kerana Sucipto tak sengaja membuka bungkusan misteri di depan tokonya.




Barang yang diselimuti kain berwarna hitam itu mengandungi tengkorak dan benda-benda aneh lain. Selepas pulang ke rumah, kejadian aneh mula menimpa keluarga Sucipto. Dia tiba-tiba muntah darah ketika makan malam bersama keluarga.



Cara kematian Arif buat aku menangis


Kejadian yang serupa terjadi pada Marni dan Arif selepas membuka bungkusan itu, mereka terus sakit dan meninggal. Ardi berusaha mencari jawapan dan cara menghentikan santet keluarganya.



Rustam membuka hijab


Di setiap titik 7 pantai ada penjaganya


Dengan bantuan pak ciknya, Sardi dan Rustam mereka dapat tahu siapa yang mengirimkan santet Segoro Pitu (sihir tertinggi dari Jawa Timur) yang menggunakan ritual di 7 titik pantai. Untuk mengambil air laut di 7 pantai, Rustam terpaksa membuka hijab Ardi dan Syifa. Berjayakah 2 beradik itu dalam misi menyelamatkan nyawa mereka.


🌟🌟🌟🌟🌟/10 

23 Mar 2025

Review Pemandi Jenazah (2024)

Assalammualaikum readers


Review Pemandi Jenazah (2024) | Banyak jumpscare tanpa henti. Sesiapa yang takutkan darah dilarang menonton kerana boleh mual. Kali terakhir, Nina mandikan jenazah arwah mak. Alhamdulillah sudah terbiasa dan jangan risau 'badi mayat' tak akan ikut balik rumah kalau kita sudah bersihkan diri.



Sinopsis :


Mengisahkan Lela (Aghniny Haque), seorang wanita muda yang terpaksa meneruskan kerjaya turun temurun keluarga dari nenek sehingga ke ibunya sebagai pemandi jenazah. Ibunya mempunyai kelebihan dapat merasa 'hint' kematian seseorang.



Dari kecil Lela sudah terbiasa dengan tugas itu walaupun jauh di sudut hati, dia ingin menjadi makeup artist di bandar. Ibunya tidak bersetuju.


Konflik bermula apabila salah seorang kawan ibu Lela meninggal secara misteri dan mengaibkan. Oleh kerana itu, ibu Lela tidak membenarkan sesiapa membantunya. Hanya dia seorang saja yang memandikan jenazah.


Setiap kali pulang dari mandikan jenazah, ibu Lela akan bakar pakaian



Tidak lama selepas itu, ibu Lela pula meninggal dalam keadaan muntah darah. Mencetuskan gosip penduduk kampung yang kata ibu Lela meninggal sebab ilmu hitam. Lela tidak ada pilihan lain, dia terpaksa mengambil alih pekerjaan ibunya.




Selepas kematian ibu Lela, ada kematian lain yang sama. Lela mula curiga. Kecurigaan dia makin kuat bila satu hari, semasa mandikan jenazah, dia jumpa kawat besi dalam mulut si mati. Yang menakutkan, semua jenazah yang Lela mandikan ada kawat besi yang sama. Lela yakin ada rahsia besar yang ibunya sembunyikan semasa hidup. Dalam usaha mencari jawapan, Lela diganggu badi mayat, bukan saja menakutkan malah membahayakan nyawanya.


Pengajaran filem ini, mati pasti dirasai oleh semua manusia dan jangan jadi perosak rumah tangga orang. Yang tidak logik, bila ada kematian tidak mau report polis dan polis pun ok saja. Watak adik Lela juga tak ada tujuannya.


Harapan, sesiapa yang tengok filem ini jangan rasa takut untuk uruskan jenazah atau belajar mandikan mayat. Sesungguhnya, besar ganjaran pahala orang yang menguruskan.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

22 Mar 2025

Hansa JB Hotel, Hatyai

Assalammualaikum readers


Hansa JB Hotel, Hatyai | Alhamdulillah dapat menginap 1 malam di hotel 4 bintang dan ada pool hanya serendah RM 97 😅 Kalau di Penang hotel 🌟🌟🌟🌟 area Batu Feringghi RM 500 ke atas. Sebab tulah jangan tanya kenapa orang-orang utara suka masuk Siam 4 ke 5 kali dalam setahun.


Google


Nina tak bagitau Harraz, hotel ada pool. Dia pun keletihan seharian main di Pantai Samila. Memang cari bantal sajalah. Ada cakap kat hubby, kalau pi Hatyai lagi, tak nak stay area town, nak suasana tenang. Sebelum tu checked in The Regency Hotel, bau hapak (musty) dari lobby hingga ke bilik 😖 view pagi turun dari hotel nampak babi panggang.



View dari 7-Eleven depan hotel



Tak plan pun nak stay hotel ni, kawan hubby yang suggest, suasana tenang, jalan tak crowded. Yang pasti hotel tak ada bau pelik-pelik. Kalau datang sendiri, boleh pilih hotel, kalau dengan tour minta maaf la. Kami checked in pukul 8 malam, cash pun dah tak ada tapi reception terima bayar secara QR code.



Hotel sediakan universal adapter. Iron Nina bawa sendiri, bantal lebih disediakan cuma kettle rosak


View pukul 7.00 pagi

Sapa rajin explore pekan Hatyai akan jumpa street art. 


Kenapa Nina kata tenang? Sebab pukul 10.00 malam jalan dah lengang. Depan hotel ada 7-Eleven. Boleh cuci-cuci mata tapau makanan untuk breakfast keesokkan. Recommended hotel ni, banyak juga rakyat Mesia yang menginap.