26 Apr 2025

Resepi Puding Roti Kastard (Air Fryer)

Assalammualaikum readers


Resepi Puding Roti Kastard (Air Fryer) | Lama tak buat dessert, untuk bulan puasa lepas Nina sempat buat untuk menjamu sepupu-sepupu yang berbuka di rumah. Banyak variasi resepi puding roti tapi yang ini diolah terutama suhu air fryer. Banyak brand air fryer dan suhu pun berlainan. Nina guna brand TEFAL.



Yang tak pernah makan atau cuba masak, boleh ikut resepi ini. Lebih mudah berbanding bakar guna oven, sebab oven bakar lebih lama.


Bahan untuk puding :


10 keping roti Gardenia

Buttercup

Susu Dutch Lady full cream

4 sudu gula

2 biji telur

Sedikit esen vanila

Chocolate chips atau kismis



Caranya :


1. Sapu butter di roti dan potong roti kepada 4 segi kecil dan susun ke dalam acuan.


2. Masukkan 2 cawan susu full cream, 4 sudu gula, 2 biji telur dan sedikit esen vanila. Mixed semua bahan dan tuang ke dalam roti yang telah di potong.


3. Biarkan adunan roti seketika sebelum tabur chocolate chips atau kismis.




4. Bakar adunan roti dalam air fryer, suhu 150°c selama 15 minit. (TIPS : cucuk dengan garfu, kalau tak melekat, maknanya puding roti sudah masak, kalau belum masak, bakar semula dalam 5-10 minit).


Siap bakar (atas tak keras, bawah roti tekstur lembut)


Bahan sos kastard :


1 tin susu cair (Carnation lebih sedap)

1/2 cawan air

1 sudu gula

1 sudu tepung kastard

Mixed semua bahan dan kacau di atas api sederhana selama 5 mminit. Dah siap masak, simpan dalam fridge. Nak makan buang tuang atas roti. 


SELAMAT MENCUBA

23 Apr 2025

Resepi Udang Daun Kari

Assalammualaikum readers


Resepi Udang Daun Kari | Untuk menu bulan puasa tahun ini, disebabkan letih + malas, lauk berbuka dan sahur adalah sama. Janji suami dan bapak tak kisah. Hari-hari masak menu simple supaya tak membazir, kiranya masak mesti akan makan hingga habis, tiada pembaziran.



So resepi ni paling mudah nak masak, janji ada udang. Makan dengan nasi putih, letak telur gedik, marveles. Makan nasi bertambah. Nak lauk tu tahan lama, pastikan masak hingga pecah minyak.


Bahan-bahan :


12 ekor udang

2 tangkai daun kari

2 ulas bawang merah (ditumbuk)

2 sudu cili kisar

2 sudu kicap manis

2 sudu sos tomato

Sedikit air asam jawa

1 sudu garam

Perasa secukupnya


Cara Memasak :


1. Goreng udang hingga separuh masak. Toskan.



2. Masukkan daun kari dan bawang merah. Tumis sekejap. 


3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak.


4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos tomato dan kicap manis. Masak hingga pecah minyak lagi, kemudian masuk air asam jawa.



5. Masukkan garam dan perasa, lastly masuk Udang yang digoreng tadi. Siap!

22 Apr 2025

Bertam Resort & Water Park Penang

Assalammualaikum readers


Bertam Resort & Water Park Penang | Entri sudah basi ya, Nina ulang sudah basiiii. Nina dan hubby 1st time ke sini dan kali ke 2 buat Harraz. Anak jadi penunjuk arah 😂 Salah satu tempat attraction yang TERBARU DI SEBERANG PERAI UTARA selain ESCAPE. Memang kagum dan cantik dengan rekaan hotel ini. Harga untuk 1 malam pun cantik.



Sebelum masuk ke lobby hotel, akan jumpa waterpark dulu


3 hari sebelum raya, datang berbuka puasa di sini bersama family in laws. Harga buffet untuk seorang dalam RM 100++. Maaf ya tak ada gambar makanan. Tak sempat ambil sebab masing-masing lapar di tambah cuaca ketika itu tengah hujan lebat. Ambil makanan pun kena bawa payung, staff sediakan payung dan sangat friendly. Overall makanan not bad, ada yang sedap di tekak, ada yang so so. Yelah lain-lain chef 👩‍🍳 👨‍🍳 





Bilik hotel boleh tengok di website, klik sini 👈🏻 cantik betul konsep Timur Tengah. Ala vibes Arab tapi untuk bawa Harraz main dan mandi di waterpark rasanya a BIG NO 😫 Harraz pernah mandi di sini pada Mac 2024, balik ke rumah ada gejala cirit-birit dan muntah tanpa henti selama 3 hari dan Nina berjangkit, rupanya terkena Rotavirus. Doctor pun cakap, punca dari air yang tercemar. Mungkin nasib kami tak seindah hotel. 

16 Apr 2025

Kaki Maktok Patah

Assalammualaikum readers


Kisah tragedi hari raya ke-empat (3/4/2025), orang lain seronok raya, orang lain yang kena jaga di hospital. Apapun terima sajalah, kifarah Allah itu ada. Maktok jatuh di homestay Alor Star, orang bertanggungjawab hantar balik ke Penang. Pakat bergilir-gilir jaga di hospital. Kesian anakku celebrate birthday di hospital 😂



Selamat hari lahir sayang


Nasib baik masuk hospital swasta, dapatlah transfer menginap di bilik VIP, heaven ya tak ada pesakit lain, bilik pun hujung koridor tapi 1st time Nina masuk shift malam tak adalah hantu/di ganggu tapi still tak boleh tidur macam di rumah sendiri sebab menjaga orang Dementia ni kena sabar, saban waktu nak turun dari katil, maktok lupa kaki patah-masuk besi-pakai pampers.



Pembangunan, Bukit Gelugor dah ada highway


Dimsum Lam Wah Ee ni memang sedap, 4 hari di hospital wajib beli


Agaknya kalau masuk hospital kerajaan, cucu-cucu lagi taknak jaga sebab kami semua penakut. Doktor kata nak kembali seperti biasa ambil masa 6 bulan. Lama disebabkan faktor usia yang sudah 80+ 😞 Semoga urusan maktok dipermudahkan Allah dan cepat sembuh, di usia seperti ini masih lagi diuji.

15 Apr 2025

Farm Fresh Cream Hauz Aiskrim

Assalammualaikum readers


Farm Fresh Cream Hauz Aiskrim | Antara produk susu local yang bagi Nina sedap sebab ada banyak flavour. Ada plan nak ajak hubby pi ladang lembu Farm Fresh di Serdang tapi dia cakap tak berapa best. Huhu.. Kundasang jauh sangat 😅


Farm Fresh Cream Hauz Aiskrim - RM 2.90


Latest produk, FF keluarkan aiskrim pula, tak semua pasaraya ada jual. Rupanya hanya jual di 99 Speedmart. Terus grab dua, 1 lagi untuk Harraz, dia hantu aiskrim, masih sorok dalam fridge. Cuma itulah terlalu manis bagi kanak-kanak, risau gigi rosak, kalau over sweet memang tak bagi anak makan.



Reviewnya, rasa macam aiskrim mewah, di luar ranggup, crunchy dan lembut di dalam. Terdapat dalam 2 perisa coklat dan vanila, di salut dengan lapisan kacang tanah. Aiskrim ini merupakan hasil kerjasama antara 2 brand local iaitu Farm Fresh dan Inside Scoop. 

13 Apr 2025

Review Petak Umpet (2024)

Assalammualaikum readers


Review Petak Umpet (2024) | Petak umpet bermaksud main sorok-sorok. Sebab itulah orang-orang tua dahulu pesan balik rumah sebelum maghrib atau jangan main sorok-sorok nanti kena 'sembunyi'. Kisah yang viral dari Youtube di Indonesia yang katanya diculik oleh Wewe Gombel.



Sinopsis :


Kisah bermula dengan permintaan dari Masayu, ibu Rahman yang meminta menemani adiknya, Sari bermain di sekitar rumah. Namun, Rahman lebih tertarik untuk bermain online game bersama 2 orang kawannya dan membiarkan Sari bermain dengan temannya yang lain. Sari main sorok-sorok dan bersembunyi di dalam rumah lama.



Wewe Gombel berubah menjadi manusia



Menjelang senja, semuanya panik apabila tidak menjumpai Sari. Situasi makin parah apabila ada yang mendakwa Sari diculik Wewe Gombel. Makhluk yang suka culik kanak-kanak. Perasaan bersalah membuatkan Rahman dan 2 temannya, Rinto dan Shila mencari Sari di rumah lama itu.



Ada kisah sepasang suami isteri di rumah lama itu


Misi mencari dalam waktu yang singkat. Menurut lagenda, jika Sari tidak ditemui dalam masa 3 hari, ia akan hilang selamanya. Berjayakah Rahman, Rinto dan Shila?


Watak yang paling buat geram sapa? Mestilah Rahman! Start dari adiknya hilang, boleh balik rumah, gosok gigi dan tidur nyenyak sedangkan Masayu tak balik rumah semalaman cari anak. Esok pagi bangun terus ke sekolah. Geram kan.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

12 Apr 2025

Kopi Pasta Club, Teluk Kumbar

Assalammualaikum readers


Kopi Pasta Club, Teluk Kumbar | Kembali dengan entri makan-makan. Food hunting masih berjalan tapi tak seaktif waktu single dan couple 😂 Nina dah malas kena scam dengan view gambar makanan dan restoran. Breakfast kat sini pun rasanya hubby tak baca kesemua review, tiba-tiba dah sampai.


Boss Breakfast - RM 15.80

Caramel Chocolate - RM 13


Kopi Pasta Club ini terkenal dengan suasana makan depan pantai. Sebetulnya kalau air pasang, rasanya kaki dalam air laut. Tapi tak kot. Cuma kami makan di dalam restoran sebab mama cakap kerusi dia kurang tahan lasak, nanti jatuh malu 😅 Lagi satu waktu kami sampai tu air laut baru nak pasang, memang panas lah jawabnya. Itu yang makan di dalam.




Kami breakfast lewat dalam pukul 11.15 pagi sampai di Sungai Batu, Teluk Kumbar. Tak ramai orang, tapi kawasan parking tak best sebab lecah air hujan. Nina tak snap menu-menu yang mama, adik ipar bongsu dan hubby sebab lapaq punya pasal. Depa order ayam tapi kurang masak. Nasi lemak sambal dia tak berapa pedas dan kurang ikan bilis.


Tengok review dalam TikTok kata makanan sedap, mungkin tekak masing-masing kot. Next time maybe kena mai petang sebab ada dessert dan macam-macam lagi.


Kopi Pasta Club


Alamat : KIRI 908 MUKIM 11,

Jalan Sungai Batu 11920

Teluk Kumbar, Penang.


Instagram : Kopi Pasta

10 Apr 2025

Review Guna Guna Istri Muda (2024)

Assalammualaikum readers


Review Guna Guna Istri Muda (2024) | Trending tangga ke 2 di Netflix membuatkan Nina nak tengok. Kalau di Malaysia banyak kes penyondol tapi kes macam dalam filem ini benar-benar berlaku. Motif utama mestilah kekayaan.



Sinopsis :


Mengisahkan Burhan dan Vivian pasangan yang romantis dan mempunyai 3 orang anak. Kehidupan mereka sangat bahagia. Burhan memiliki aset yang banyak dan bisnes maju. Vivian merupakan tipikal ibu-ibu kelas atasan yang mempunyai yayasan sosial sendiri. Namun, semua itu berubah apabila Burhan bertemu Angel, perempuan yang lebih muda. Mereka terlibat dengan hubungan terlarang hingga Burhan dan Angel bernikah.




Angel, dengan kecantikkannya mampu memikat Burhan hingga menjadi isteri muda Burhan. Vivian sangat geram tetapi dia akur dengan keputusan suaminya kerana sayang. Merasa cantik dan berharga, Angel tidak berpuas hati, dia menggunakan khidmat bomoh untuk mengguna-gunakan Vivian sehingga meninggal.


Vivian dan Roy

Leo dan ibunya seorang dukun


Mbah Sumi terpaksa ikut pada arahan Angel sebab Leo dikurung


Masih kurang jahat? Angel juga terpikat pada anak saudara Vivian, dia menggunakan sihir untuk memikat Roy. Dapatkah mereka membebaskan sihir yang dihantar oleh Angel?


🌟🌟🌟🌟🌟/10