27 Jun 2025

Makan Di Kaitod Decha (Bangloh), Hatyai

Assalammualaikum readers


Makan Di Kaitod Decha (Bangloh), Hatyai | Makan malam di Kaitod Decha, ada tiga branch tapi setiap kedai service dan layanan lain-lain. Yang Nina makan ini, macam susah sikit nak dapat parking, lokasi betul-betul tepi jalan utama. Masa sampai agak crowded dengan orang Malaysia.


Iced Pulled Milk Tea - 35 Bath (teh ais pekat, sedap)

Spicy Squid with Salad - 329 Bath

Stir Fried Beef with Kale & Oyster Sauce - 129 Bath 


Hubby tengok harga, agak mahal sikit dari restoran yang lain mungkin sebab ada nama atau branding. Nak cepat dapat makanan, kami hanya order 2 menu saja untuk lapik perut, habis makan terus gerak balik hotel. 


Sebelum naik bilik, jalan-jalan dulu cari aiskrim

Duit baru, sayang nak guna tapi inilah duit yang melayang di Kaitod Decha

Gambar restoran, ambil di FB

Gambar FB

Kalau lepas convert harga makanan untuk 3 orang bawah RM 50 rasa masih berbaloi, kalau lebih tu agak mahal sebab menu yang dipilih 2 nasi putih + 2 lauk + 2 air total semua convert Ringgit dalam RM 70++. Gilak!! Nasi shared dengan Harraz. Salah kami juga tak survey harga dulu sebab letih nak cari restoran lain.


Siapa yang order seafood akan kena sembelih. Haha.. 1st and last makan sini. Viral dalam tiktok tapi mahal, baik cari restoran lain. Tak recommended 👎 Kalau di Malaysia dapat set ikan lagi. Tak percaya? Boleh tengok senarai menu dan harga di google. 

25 Jun 2025

Filem Review Petaka Gunung Gede (2025)

Assalammualaikum readers


Filem Review Petaka Gunung Gede (2025) | Filem yang diangkat dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2007. Diceritakan dari Maya Azka sebagai sahabat sekaligus saksi kejadian melalui siaran YouTube Prasodjo Muhammad.




Sinopsis:


Mengisahkan pendakian dua orang sahabat, Maya Azka (Arla Ailani) dan Ita (Adzana Ashel) bersama teman-teman mereka menuju Gunung Gede, Jawa Barat. Perjalanan mereka pada mulanya berjalan lancar, sehingga tiba di Cibodas, rumah penginapan sementara menunggu untuk para pendakian, Ita datang bulan.



Berdasarkan kepercayaan setempat, pergi naik Gunung semasa datang bulan merupakan tindakan yang melanggar pantang larang. Ita diganggu makhluk hitam semasa berada di tandas. Maya mengajaknya pulang. Namun, Ita berdegil dan mahu meneruskan pendakian.



Selepas itu, bermulanya petaka satu persatu. Ita mengalami gangguan makhluk halus dan setiap kali gangguan, makhluk hutan memerintahkan supaya Ita segera dibawa pulang. Mereka cakap dia membawa 'barang' kotor, dan membuatkan ratu hutan marah.


Gunung di Indonesia yang memiliki bunga Edelweiss 


Mereka akhirnya berjaya sampai di puncak gunung. Keadaan Ita semakin teruk, kerasukan dan pengsan. Ita masih berusaha menahan diri dari dirasuk di tambah konflik antara rakan-rakan Maya dan Ita. Berjayakah, Ita diselamatkan? Recommended untuk tengok, sedih dengan apa yang terjadi pada Ita.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

24 Jun 2025

Marita Dim Sum Halal Hatyai

Assalammualaikum readers


Marita Dim Sum Halal Hatyai | Dim Sum Halal Sedap Di Hatyai | Kalau boleh nak clearkan gallery phone yang penuh dengan gambar makanan tapi kemalasan bab nak edit tu. Kisah sedih nak try Dimsum Chabura tapi 2 kali, kami pi sentiasa tutup. Hubby baca review dia kata kurang sedap.


Tom Yam Kung, Telur Dadar & Nasi

Aroi! (Sedap), puas hati udang besar

Milo + Thai Tea


Sooo balik dari Pantai Samila, sampai Marita Dimsum ni lebih kurang 8.30 malam, menu pun banyak dah habis, kedai pun dah kurang orang. Order untuk alas perut kami 3 beranak, hubby cakap esok pagi kita breakfast di sini. Alang-alang dia sebagai driver memerangkap biro cari makan ikutkan saja. Mood nak cepat-cepat checked in hotel, nak tidur.



9.28 pagi, kami check out dari hotel terus tuju ke Marita, perjalanan 30 minit juga, masa sampai tak ramai orang lagi tapi polis Thai sedia menunggu di depan restoran, dia tolong hubby parking depan pintu masuk. Service tiptop. Dari segi harga, mungkin akan berubah-ubah ikut currency semasa. Untuk 1 pinggan dimsum harga hanya 25 bathBoleh bayar cash, QR atau kad kredit.



Green Tea, Fried Gyoza, Alaska Crab Stick Dim Sum

Shrimp Dumpling

Salted Egg Bun - recommended 


Rambang mata tengok pelbagai jenis dimsum dan nugget, sosej yang disusun dalam peti, pilih saja nak makan apa, nanti staf akan tolong panaskan dan goreng. Bonus datang awal tak perlu berebut sebab yang bikin ramai tu orang Malaysia juga. Macam dapat makan free saja. Next time datang Hatyai masukkan Marita Dimsum dalam list. Waze saja confirm jumpa.

22 Jun 2025

Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall

Assalammualaikum readers


Cafe Amazon, Sunway Carnival Mall | Bagi yang belum tahu, Cafe Amazon berasal dari Thailand. Sebelum dibuka di Malaysia, mestilah terpaksa menikmati kopi di Hatyai/Dannok 😂 Kalau dulu, wajib lah beli sebab minuman yang limited tapi sekarang tidak lagi.


Iced Chocolate (hubby) - RM 11

Iced White Choc Macchiato - RM 13 (always fav)


Vibes lepak di Cafe Amazon pun rasa lain sebab cafe di sana di tepi-tepi jalan atau highway dan bermotifkan cafe dalam hutan. Nama pun Amazon, kalau di Malaysia tak berapa best sebab semuanya dibuka di dalam mall. Harga untuk 1 cup masih affordable. Jangan convert ke bath sudah.


25 Nov 2024

Salah satu cafe dengan interior duyung


Coffee lovers wajib cuba, setakat ini kopi-kopinya amat sesuai di tekak kecuali hubby, 1st time dia minum kopi Nina, malamnya tak boleh tidoq 😅 Confirm lepas ni dia tak ajak lepak lagi. Kononnya nak merasa vibes Amazon di branch depan Samila Beach tapi tak dapat sebab anak main layang-layang tak nak balik. Di situ situ siap ada monyet lagi.


Yang belum pernah cuba, boleh cuba ya, setanding dengan kopi local. Masih berfikir kenapa kopi Starbucks mahal, guna biji kopi dari langit kah? Nasib dah boikot.

18 Jun 2025

Ejen Ali The Movie 2

Assalammualaikum readers


Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria | Kali kedua Nina dan hubby bawa Harraz tengok wayang dan berjaya tengok hingga habis. Sambungan dari sekuel kedua selepas filem Ejen Ali The Movie pada tahun 2019.



24 Mei (sabtu) macam biasa di TGV Cinema, 1st Avenue Mall. Parking mudah untuk late nite show.


Sinopsis :


Ali diberi mandat penting untuk mengetuai sebuah teknologi rahsia yang dikenali sebagai Projek Satria - program elit yang menggunakan sut berteknologi tinggi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Ia bertujuan melatih generasi baharu ejen M.A.T.A yang mampu menguasai 4 kemahiran utama organisasi : Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.



Namun, Misi tersebut menjadi kompleks apabila muncul Rizwan, bekas Ejen M.A.T.A bersama dua penjahat, Dos dan Trez, yang dahulu berkhidmat di bawah Uno. Rizwan yang pernah menjadi penyokong setia Ali, nampak seolah-olah mempunyai agenda tersendiri. Dia juga memohon bantuan Ali untuk menjejak dalang sebenar di sebalik siri ancaman yang menggugat keselamatan Cyberaya.




Alicia sebagai seorang Ejen M.A.T.A telah diberi peranan baru sebagai pemakaian IRIS yang sebelum ini digunakan Ali. Pada masa yang sama, Neonimus seorang penggodam misteri yang menyimpan dendam pada Ali, muncul kembali. Niat sebenar disebalik tindakannya mencetuskan kekacauan menjadi tanda tanya.



Bagi mengukuhkan pertahanan Cyberaya, agensi rahsia M.A.T.A memperkenalkan barisan Ketua Teras baharu iaitu Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), disokong oleh pemimpin berpengalaman seperti Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Perubahan ini membuka peluang untuk Neonimus mengambil kesempatan menyerang kota futuristik ini.

_____________________________


Tahniah kepada WAU Animation kerana menghasilkan animasi dari rambut ke bulu roma, setiap watak nampak sempurna. Pergerakan natural, ekspresi wajah realistik dan aksi yang macam ada dalam game. Filem ini menggunakan gabungan teknologi real-time rendering dan kecerdasan buatan untuk mempercepat dan memperkemaskan proses animasi. 


Adegan pertarungan kali ini lain, setiap pergerakan ada strategi dan emosi. Perlawanan dalam mode override antara Ali dan Alicia antara scene yang menarik. Scene penutup amat memuaskan dan ada sekuel ketiga kerana hint yang jelas Neonimus bakal datang dengan masalah yang lebih besar.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

17 Jun 2025

Main Layang-Layang Di Pantai Samila, Songkhla

Assalammualaikum readers


Main Layang-Layang Di Pantai Samila, Songkhla | Habis naik atv di Chang Puak Camp terus drive ke Samila Beach. Tempat wajib kalau ke Hatyai mesti ke Songkhla. Perjalanan lebih kurang 1 jam. Itu pun tiap kali datang Songkhla tak cukup masa nak terjah old town di sana sebab banyak street art macam di Penang!



Macam Jeepney di Filipina



Pantai Samila berhubung dengan pantai Chalatat. Kedua-dua pantai bersih tetapi setiap kali datang Nina tak pernah nampak orang mandi, berenang atau surfing. Tiada aktiviti jet ski macam di Batu Feringghi. Mungkin kerana lautan yang luas, angin yang kuat menjadi faktor utama, setiap pantai ada bendera merah.





Pantai Samila terkenal kerana pasir putihnya yang lembut, air laut yang jernih dan pemandangan yang indah dan udara yang segar. Peniaga-peniaga di sini kurang fasih berbahasa melayu. Kalau musim air pasang besar dan tinggi, tiada pelancong selfie di patung duyung.


Patung duyung dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus menggunakan tembaga tapi lama kelamaan bertukar menjadi warna keemasan. Kisah seorang nelayan ternampak ikan duyung sedang sikat rambutnya dengan sikat emas. 



Sebelum balik, wajib beli aiskrim kelapa, nickname nama suami

The Central Mosque of Songkhla - Masjid Ini menjadi saksi rakyat-rakyat Malaysia yang bernikah bersama isteri ke 2


Berakhir sudah perjalanan ke Songkhla menaiki kereta. Ada rezeki dan masa nak bawa anak ke Zoo Songkhla pula.