24 Jun 2025

Marita Dim Sum Halal Hatyai

Assalammualaikum readers


Marita Dim Sum Halal Hatyai | Dim Sum Halal Sedap Di Hatyai | Kalau boleh nak clearkan gallery phone yang penuh dengan gambar makanan tapi kemalasan bab nak edit tu. Kisah sedih nak try Dimsum Chabura tapi 2 kali, kami pi sentiasa tutup. Hubby baca review dia kata kurang sedap.


Tom Yam Kung, Telur Dadar & Nasi

Aroi! (Sedap), puas hati udang besar

Milo + Thai Tea


Sooo balik dari Pantai Samila, sampai Marita Dimsum ni lebih kurang 8.30 malam, menu pun banyak dah habis, kedai pun dah kurang orang. Order untuk alas perut kami 3 beranak, hubby cakap esok pagi kita breakfast di sini. Alang-alang dia sebagai driver memerangkap biro cari makan ikutkan saja. Mood nak cepat-cepat checked in hotel, nak tidur.



9.28 pagi, kami check out dari hotel terus tuju ke Marita, perjalanan 30 minit juga, masa sampai tak ramai orang lagi tapi polis Thai sedia menunggu di depan restoran, dia tolong hubby parking depan pintu masuk. Service tiptop. Dari segi harga, mungkin akan berubah-ubah ikut currency semasa. Untuk 1 pinggan dimsum harga hanya 25 bathBoleh bayar cash, QR atau kad kredit.



Green Tea, Fried Gyoza, Alaska Crab Stick Dim Sum

Shrimp Dumpling

Salted Egg Bun - recommended 


Rambang mata tengok pelbagai jenis dimsum dan nugget, sosej yang disusun dalam peti, pilih saja nak makan apa, nanti staf akan tolong panaskan dan goreng. Bonus datang awal tak perlu berebut sebab yang bikin ramai tu orang Malaysia juga. Macam dapat makan free saja. Next time datang Hatyai masukkan Marita Dimsum dalam list. Waze saja confirm jumpa.

3 comments:

  1. Tomyam kung wajib dengan telur dadarnya kan. Tak boleh berpisah. Betul, rambang mata kalau nak pilih dimsum ni. Nampak semua macam sedap je. Nantilah kalau ada rezeki ke sana, kita kesini ye.

    ReplyDelete
  2. Geram plak akak tengok Udang besar tu ha...sedapnya tom yum kung...

    ReplyDelete
  3. boleh try ni...masa akak pergi dulu chabura masih sedap, mungkin semakin ramai yg dtg semakin tk jaga quality.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.