Assalammualaikum readers
Burger Sedap Di Woodfire Penang | Asyik hapdate pasal Hatyai, meh nak share entri basi tahun lepas. Entah mimpi apa, hubby cakap jom siap kita nak pi makan Woodfire. Dating berdua tanpa anak. Yihaaaa...
![]() |
Mushroom Burger - RM 23.90, Smoked Burger - RM 23.90, Curly Fries - RM 6.90 |
Since Nina dah boikot semua jenama fast food yang Pro-Zio termasuk Texas Chicken, but why?? Sebab dia penyumbang minuman Coke, Minute Maid dan Fanta. So kalau beli set automatik terbeli air sekali. Okay back to Woodfire.
Owner Woodfire adalah dari syarikat Bumiputera Melayu Johor dan Adam Yusof adalah Co-founder. Status halal tak silap dah ada sebab yelah mereka dah lama beroperasi cumanya baru buka cawangan di Penang. Dapatlah orang utara merasa burger sedap nih. Sehingga sekarang Woodfire telah berjaya membuka 29 cawangan di seluruh Malaysia dan 7 cawangan di Indonesia. Boleh tengok cawangan di sini.
Keterujaan bila masuk restoran ni terpampang iklan kawan kolej tengah makan burger. Sambil tunggu order tengok ex-classmate dah berjaya. Alhamdulillah 😄 Dari segi rasa memang sedap. Setiap burger menggunakan daging padu, solid dan lembut yang dihancurkan menjadi patty yang juicy. Bukan macam daging Ramly tu. Taip pun terliur, terasa macam nak repeat.
nyummm wood fire...😍😍moga perniagaan anak muda ini terus brkembang
ReplyDeleteNampak sedap tu. Malam2 ibu tgk bege ni terasa lapar tiba2. Hahahaha!
ReplyDeleteSinggah dan follow blog ni...alhamdulillah
ReplyDeleteKat Seremban pun ada satu branch dan Alhamdulillah dah sempat merasa. Semoga anak Melayu ini terus maju jaya dan kaya dan bila dah kaya jgn lupa pada yg memerlukan
ReplyDeleteNampak sedap dan mengiurkan tu..boleh juga cuba bila² nanti
ReplyDelete