21 May 2014

Review Filem : Godzilla (2014)

Salam Readers..


Review Filem Godzilla (2014) | Hari rabu memang best kalau tengok wayang sebab tiket murah. Ngeh.. Ngeh. Kali ni aku dan Nana pilih nak tengok Godzilla. Sangkanya binatang ni menyerang manusia rupanya dia adalah penyelamat dan aku tak tau langsung heronya HENSEM ! dan kami sebaya. Hihi


Oke, stop merepek. Untuk pengetahuan, dari tahun 1954 lagi filem "Godzilla" di filemkan di Jepun. Sebab itu lah cerita ni sangat popular di sana. Godzilla (2014) ialah versi ke 2 selepas Godzilla (1998). Filem kali ini bukan sekuel tapi reboot atau dibikin semula. Orang Jepun lebih suka panggil "GOJIRA". 




Godzilla (2014) Movie Poster




Sinopsis Godzilla (2014):


Filem ini bermula dengan sejarah kononnya pada tahun 1954 selepas ujian bom Hidrogen oleh askar Amerika di sebuah pulau, sirip seekor 'raksasa' telah kelihatan muncul di permukaan laut. Di tahun 1999, 2 saintis iaitu Dr. Ishiro Serizawa dan Dr. Vivienne Graham diarahkan untuk memeriksa penemuan aneh di bawah tanah sebuah lombong di Filipina.


Letupan bom nukleur di Jepun

Tengkorak raksasa di lombong Filipina



Di Tokyo pula, seorang jurutera dan pakar fizik sebuah pusat kuasa nuklear iaitu Joe Brody diarahkan untuk memeriksa gegaran yang dikhuatiri sebagai gempa bumi. Isterinya, Sandra Brody diarahkan memeriksa kebocoran bahan nuklear dari gegaran itu dan akhirnya isteri Joe mati terperangkap.



15 tahun kemudian, anak tunggal Joe dan Sandra iaitu Ford Brody (Aaron Taylor-Johnson) seorang tentera pakar pemati bom mendapat panggilan telefon untuk menjamin ayahnya yang ditangkap oleh pihak polis kerana menceroboh kawasan larangan kuarantin iaitu perumahan mereka di Jepun dahulu.



Ford Brody melihat gambar anak dan mendiang isteri

Mereka ditangkap kerana menceroboh

Muto tengah membesar

MUTO sejenis raksasa boleh terbang



Akhirnya mereka masuk ke kawasan larangan dan kembali ke rumah untuk mengambil beberapa barang kepunyaan Brody dan ditangkap oleh orang Dr Serizawa. Rupanya tapak nukleur yang runtuh itu telah dibangunkan semula dan terdapat seekor raksasa MUTO (Massive Unidentified Terrestial Organism) sedang membesar.



Malam Joe dan Ford ditangkap itu, MUTO telah keluar dari sarang dan membunuh ramai pekerja tapak nuklear itu dan mengorbankan ayah Ford.  Kemudiaan, muncul Godzilla bersama sepasang MUTO setelah sekian lama bersembunyi di dalam tanah. Dapat tahu dari mana datangnya 3 raksasa ini kerana lokasinya di Filipina, Jepun dan US. 



MUTO mengganas

Godzilla sebagai penyelamat




Salah seekor MUTO betina telah bunting dan mencari tempat yang sesuai untuk bertelur dan mencari radiasi nuklear untuk anak-anaknya nanti di Jepun dan Amerika sebagai makanan. MUTO jantan mampu terbang dan ada kuasa yang boleh menyebabkan seluruh bandar black out, kehilangan sistem komunikasi dan kenderaan. 


Manakala Godzilla mempunyai kuasa mengembalikan tenaga elektrik dan komunikasi. Godzilla seakan tak peduli dengan serangan pihak tentera kerana ia ada misi yang lebih penting untuk survival dirinya. Jadi banyak bangunan musnah sebab ia sedang memburu dan bertempur dengan MUTO. Ford sebagai hero ialah cuba mendapatkan nuklear yang dirampas oleh Muto dan dia berjaya musnahkan telur2 dari menetas.



Ford Brody 

Ford dikehendaki bawa bom untuk letupkan telur2 MUTO

Elle Brody dan anaknya

Terselamat dalam misi meletupkan telur MUTO

Barisan pelakon Ford & Elle Brody bersama anak, Jack. 
Aaron Taylor-Johnson & Elizabeth Olsen (adik kembar Ashley & Mary-Kate Olsen)


Boleh bagi 3/5
Meh tengok.. 

6 comments:

  1. x tengok lagi.. ada yg kata best, ada yg kata x best.. tapi tengok rating boleh tahan..

    ReplyDelete
  2. Gojira pun bolehhhh. ahhaaha
    Makk aii, betul2x dinasourrr

    ReplyDelete
  3. Fiza kurang minat cerita mcm nie.. tp kalau superhero Fiza suke..

    ReplyDelete
  4. layan godzilla yg 1st je yg br ni blom

    ReplyDelete
  5. Malas nak baca sebab dah tawu cite hahaha.. haritu pergi tengok dengan kawan.. nak wat review tapi malas gile sampai sekarang habuk pun xde xD

    ReplyDelete
  6. Balik baca entri haha dulu malas nak baca sebab stress bekum buat review xD *boleh pula* Haha cite ni best ^^v

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.