3 Sept 2014

Review Filem : Mamak Cupcake

Salam Readers..

Review Filem Mamak Cupcake | Harini tak disangka nak tengok wayang. Tak plan pun, selalunya yang suka buat plan last minit mesti cik Nana tu. Takda ribut ajak tengok wayang. Main bedal je movie apa pun. Dah nak sangat tengok, dia tolong belikan tiket sementara tunggu aku otw dari ofis. Kalau nak tengok Faizal FBI ada rambut dalam movie ni. Haha.. Serius lawak :)


Sebelum start movie, semua penonton diminta berdiri dan nyanyi lagu negaraku. Alohh.. macam budak skolah pulak. 










Sinopsis Filem Mamak Cupcake :



Filem ini mengisahkan Muhammad Jamaludin (MJ) yang berketurunan Mamak mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ meminati pembuatan kek cawan atau cupcake. Pada ulang tahun kelahirannya yang ke 21, MJ diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mewarisi perniagaan Nasi Kandar tradisi keluarganya. 










Memandangkan abang MJ, Ali Deen sudah memilih untuk menjadi penyanyi Hip Hop. Kini, bapanya mengharapkan MJ supaya mengikut jejak langkah dia. Sehinggalah MJ berjumpa dengan Juliana semasa hari pendaftaran pertandingan cupcake yang mengembalikan semangatnya dan mendapat sokongan daripada Kak Teh yang juga mentornya. 


Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa dihadapi oleh MJ sehinggalah MJ disingkirkan daripada pertandingan dan restorannya disita. Bapanya pula diserang sakit jantung. Ini bermakna MJ harus memlilih antara merealisasikan impian keluarganya atau impiannya sendiri untuk membuka perniagaan cupcake. 











Bagi aku filem ini sesuai di tonton bersama family, santai siap boleh makan strawberi lagi dalam wayang tu dan ada unsur2 komedi dan romantik *sikit jer. Memang kelakar bila Shahiezy Sam cakap loghat mamak. Takkan nak cakap melayu kot sebabnya MJ telah dihantar oleh ayahnya ke India selama 10 tahun untuk belajar business Nasi Kandar. Manakala abangnya, Ali Deen (Azad) belajar di US kerana meminati muzik Hip Hop. 



Nak tau kesudahannya sama ada MJ memilih cup cake atau nasi kandar, kena tengok filem ini. Banyak scene lawak, confirm kerja gelak jelah. Aku dan Nana suka sngat bila MJ cakap "OLOHHH" dengan slang mamak dia. Hehe..




FBI jadi Raja Chal a.k.a jahat

Sanggup ke makan cupcake pelik pelik ni? 


3/5 *

12 comments:

  1. wah..review lagi...

    ReplyDelete
  2. waahh.. best ka ini celita.. leh dapat berapa bintang? eh,silap.. leh dapat berapa aiskim... nyum nyum..

    ReplyDelete
  3. tak minat sgt tgk cite cemni

    eh nnt awak tgk la cite the fault in our star. best tau :)

    ReplyDelete
  4. Sepertinya,seru dan menarik ya,kak :)

    ReplyDelete
  5. Tak berkesempatan lagi tgk movie ni..mcm best je.. :)

    ReplyDelete
  6. berbaloi x tgok citer nih?sebab kalau pg cinema mest tgok citer org putih ......heheheheheheh....

    ReplyDelete
  7. konsep cerita ni nampak macam fresh jgk la.. :) selalunya mesti nasi kandar je kan

    ReplyDelete
  8. I olls minat Shaheizy Sam tapi lagi prefer dia berlakon watak serius cam dalam filem 8 Jam..huhu

    ReplyDelete
  9. Wah, macam best la filem nie ^_^

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.