13 Sept 2014

Review Novel Akhirnya Aku Kahwin

Salam Readers..

Review Novel Akhirnya Aku Kahwin | Minggu ini dapat juga habiskan bacaan novel yang dibeli guna baucer buku setahun yang lepas masa hangout dengan Wawa Zainal . Apa yang menarik pasal novel ni dalam 30% ceritanya seiras-iras hidup aku. Ngeh..ngeh. Serius best sebab penulisnya tulis watak novel di Penang. Tulisan sempoi. Kalau nak belajar loyar buruk ini la bukunya.






Sinopsis :


Diana @ Didi, adalah anak tunggal, bekerja di kilang sebagai Senior Assistant Supervisor di Store Department. Berbadan gempal, comel, berkulit putih dan kuat loyar buruk. Memang selalu kena kutuk tapi Didi jenis tak kisah. Dia selalu luahkan perasaan dengan chatting. Partner chatting Didi namanya Terhangat^Di^Pasaran.



1 hari dia terlanggar seorang lelaki, Syafiq. Dia bawa Syafiq ke hospital dan bawa pulang ke rumah atas kebenaran ayahnya. Start dari haritu, Syafiq jadi anak angkat keluarga Didi dan jadi abang angkat. Syafiq anak orang berada, anak sulung dari 3 beradik. Syafiq ni caring dan sayang pada Didi. Kebetulan Syafiq CEO kilang Didi kerja. 



Hubungan dirahsiakan untuk elakkan gossip. Penghujung ramadhan ibubapa Didi kemalangan dan meninggal. Didi menumpang kasih sayang papamama Syafiq tapi dia tak disenangi adik bongsu, Syafiqah. Syafiq sentiasa ada dengan Didi hingga malam raya, mereka pulang ke KL dan Didi kenal adik ke 2 Syafiq iaitu Syafizi yang pulang beraya dari London. Elok la Didi dengan Syafizi sama loyar buruk.


Lepas Syafizi habis belajar, dia gantikan tempat Syafiq di Penang. Manakala Syafiq pindah HQ KL. Syafizi ni request pada ayahnya untuk lantik Didi jadi PA dia. Lagi teruk Didi kena buli. Untung la hensem, tegap, kaya dan bermulut nucleur. Dia suka naikkan kemarahan Didi dan bahasa takda tapis2. Rupanya Syafizi ni dah start suka Didi. Hehe.. suka baca!


Didi telah dermakan darahnya kepada Syafiqah yang kritikal di ICU. Dugaan lain bila mak sedara Didi datang membawa hajat ingin kahwinkan Didi dengan pilihan mereka. Didi tak berapa ngam dengan sedara ibunya. Time tu datang family angkat nak pinangkan Didi untuk Syafizi. Seronok tak terkira kena buli lagi teruk hingga Didi kemalangan dan hatinya rosak. Syafizi sanggup mendermakan hatinya.


Lepas kahwin Syafizi memang romantik dan caring habis. Dia memang sukakan Didi masa mula2 jumpa di rumahnya. Dia bermulut longkang sebab nak tarik perhatian Didi dan Terhangat^Di^Pasaran itu ialah dia. Jadi segala luahan Didi termasuk bab2 Didi kutuk dirinya bermulut nucleur memang dia tahu. Baca muka surat terakhir tu sangat sweet.. sweet angat2 bila Didi preggy baru Syafiq kahwin tau. 


First time baca novel dan entah kenapa menitis air mata bila baca part parents Didi meninggal. Rasa macam akan jadi kepada aku suatu hari nanti. Aku juga anak tunggal, kerja di kilang, semua tempat yang ada dalam novel pernah pergi. Cuma aku kurus. Hihi.. Penulis novel ni tulis jalan cerita macam diary. Kena cari koleksi novel Herna Diana .

9 comments:

  1. Wah ..terbaik la..

    ReplyDelete
  2. Saya tag awak:)
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/09/liebster-award-6-tagged-by-amy-j.html

    ReplyDelete
  3. ohyeah,kite pun dah habis baca novel ni. yg best nye bila didi dah kahwin,ending tu.

    ReplyDelete
  4. dah lama kite tak baca buku cenggini. hihi



    ReplyDelete
  5. 30% sama? Kira penulis tu berjaya la menulis sbb ada kena dgn realiti.

    ReplyDelete
  6. sy pn klo btl2 hayati mmg blh buat nangis

    ReplyDelete
  7. Ingatkan tuan punya badan yang kawen tadi.
    Hehe..

    ReplyDelete
  8. Sweetnye..baca sinopsis je dpt rasa kesweetan cerita ni..hahaha.. :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.