7 Nov 2014

Resepi Makaroni Goreng Yang Simple

Salam Readers..


Resepi Makaroni Goreng yang simple | Salam Jumaat semua. Harini balik kerja awal jadi boleh masak memasak. Rasanya dah setahun lebih tak share resepi. Bukan tak masak tapi asal masak mesti tak sempat snap gambar. Makan terus. Akceli resepi ni ciptaan sendiri. Main campak2 dan tak sangka menjadi. Peliks setengah orang suka kata "pandai masak dah boleh kawen" . Boleh tak anda anda dan anda ubah mindset tu sikit. Kalau nak tunggu kawen baru nak masak memey tak makan la. Kesian..


Oke la, meh nak share resepi. Senang dan masak tak sampai sejam. Kalau dah muak makan nasi memang akan makan mat saleh punya foods. Boleh tambah bahan ikut citarasa. Yang penting kurang minyak :)

Makaroni Goreng


Bahan-bahan:

Makaroni (tak kisah brand apa)
Bawang merah & putih
Cili boh (buatan sendiri)
Garam Gula Secukup Rasa
Sayur-sayuran (lobak, bunga kubis)
Sosej Ayamas
Lada


Cara Memasak:

1. Rebus makaroni bersama garam dan minyak sedikit
(supaya tak melekat)

2. Goreng sosej etc (boleh guna bahan lain)

3. Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi.

4. Masukkan cili boh, lada, garam gula dan biar bau naik

5. Tambahkan air (ikut suka nak goreng kering atau basah)

6. Rebus lobak, kubis sehingga empuk.

7. Masukkan makaroni dan sosej.

8. Goreng ikut suka la. Hihi


Selamat mencuba !

17 comments:

  1. Kalau makaroni kat rumah ni akak sorang je makan, hairan betullah. Kalau spageti lain, berebut2 nak habiskan..

    ReplyDelete
  2. Yummyyyy! Hantar kat akak sikit boleh?

    ReplyDelete
  3. Kalau dah nak kawen baru belajar masak memang susahlah - ye tak?

    Tengok macam inilah anak dara yg selalu kena intai bakal mertua.. makaroni sedap menggoda:)

    ReplyDelete
  4. simple je...tapi nampak sedap...hanya beberapa minit je boleh siap masak ni kan...hee

    ReplyDelete
  5. yg campak2 ni selalunya menjadi. yg ikut resepi kadang2 nan hado jugek. haha.

    ReplyDelete
  6. Okey senang, tapi bab nak rebus makaroni tu yang malas. Hihihi..

    Haah, mentaliti, masa bujang2 pandai masak, mesti orang macam pelik je. Ktepun tak faham. Padahal, memang ada sesetengah perempuan mmg dah dididik untuk kerja2 dapur dari kecik :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya...minta sikit..

    ReplyDelete
  8. Huhuhu...boleh cuba ni.
    Wan tengah semangat masak skrg ni. Cuti panjang.

    ReplyDelete
  9. Mashaallah.. Sedap niii..
    Aummmm..
    Walaupun simple tapi mengiurkan bagi penggemar macaroni.

    ReplyDelete
  10. follow blog bihah balik dan like facebook fan page bihah http://inibelognabihah.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. kalau dah pandai masak mcm ni kena cepat kawin hehehe
    nampak menarik

    ReplyDelete
  12. yup, kalo nak tunggu pandai masak pastu kawen, sampai sudah kebulur sajalah. hehe.

    simple dan sedap XD

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.