2 Dec 2014

Sinopsis Drama Istikharah Cinta (Akasia TV3) Lakonan Zul Ariffin

Salam Readers..


Tak sabar nak tengok drama terbaru, Istikharah Cinta yang bakal menyusul di TV3. Terutama buat peminat Zul Ariffin. Yes! Korang dapat tengok lakonan dia bersama Faye Kusairi. Konfem cair bila tengok abang pilot ni kan. Bakal menggantikan drama Bila Hati Berbicara. Meh layan gambar abang pilot :)


Istikharah Cinta di TV3
Pelakon utama drama Istikharah Cinta
Dina dan Airil bulan madu 

Sinopsis Drama Istikharah Cinta 

Mengisahkan perkahwinan yang diuji oleh jarak dan masa akhirnya dengan pencerian. Airil (Zul) dan Aiza (Nonny) bercerai hanya selepas setahun berkahwin disebabkan tidak sehaluan. Punca penceraian kerana Aiza tidak tahan dengan kesibukan Airil. Walaupun sedih, Airil melepaskan isterinya dengan talak 1.   
Walaupun belum tamat tempoh edah, Aiza sudah keluar bersama kekasih hati yang baru. Situasi itu mengundang gosip di kalangan rakan sekerja Airil. Juliza dan Ammar sentiasa memberi sokongan buat Airil.  


Selepas habis tempoh edah, Aiza berkahwin dengan Dr. Rizal dan dikurniakan seorang anak. Walaupun 4 tahun berlalu, Aiza sering membandingkan kebaikan bekas suaminya dengan Dr. Rizal. Baginya, kesibukan Dr. Rizal di hospital menyebabkan dirinya rasa terabai oleh suaminya. Keadaan itu mencetuskan rasa marah di hati suaminya. 

Airil berjaya dengan kerjayanya sebagai jurutera. Suatu hari, ketika Airil menunggu hidangan makanan tengahari, dia terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang tiba-tiba duduk semeja dengannya. Mulutnya yang asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.


Dina Alia dan Airil

Memandangkan restoren itu berada berdekatan rumahnya, Dina Alia (Faye Kusairi) selalu menjamu selera di situ. Namun, waktu puncak memyebabkan tiada tempat duduk untuknya di dalam restoran itu. Akhirnya, Dina duduk di meja Airil dengan selamba. 
Tanpa mengenali Airil, mulut Dina rancak berbual. Siapa sangka akhirnya jejaka itu bakal menjadi orang yang istimewa di hatinya. Takdir Airil dan Dina dipertemukan di restoran itu dan pertemuan demi pertemuan akhirnya Airil jatih hati kepada Dina. Saksikan kisah percintaan romantis Airil dan Dina dalam drama Istikharah Cinta :)

Dina bertunang dengan Airil
Hari pernikahan Airil dan Dina
Dina Preggy ! Comelnyaa
Cantikkan Faye dan Falisha
Masih menjadi bapa dan anak

Elly Mazlein pun ada
Aiza dan Airil
Alisya dan Airil
 
Zul Ariffin - Airil
Faye Kusairi - Dina Alia
Nonny Nadirah - Aiza
Hamidah Wahab - Hajah Salina
Lia Natalia - Alisha
Zarina Zainuddin - Mama Dina
Falisha Crossley - Juliza

28 episod
Isnin – Khamis
7.00 malam – 8.00 malam


Source : Insta Faye


20 comments:

  1. Oohh. Kiranya tak lama lg habis la bila hati berbicara.

    ReplyDelete
  2. eh.. heroin ke yg selfie ngan elly mazlen tu? tapi elly lagi cun. camana ni :p

    ReplyDelete
  3. oh ganti cerita pukul 7 sekarang tu ek..

    ReplyDelete
  4. adakah watak zarina zainuddin sm mcm dlm teduhan kasih??

    ReplyDelete
  5. kalau baca sipnosis mcm best jer...hihihih

    ReplyDelete
  6. Macam best je...kena tengok jugak ni..kan kan kan

    ReplyDelete
  7. Macam best je...kena tengok jugak ni..kan kan kan

    ReplyDelete
  8. mcm best kan...tapi balik lewat keje xsempat nk tgk..huhu

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kenapa lah cantik cantik semuanyaaa T_T Jealous tengok skin diorang ni

    ReplyDelete
  10. Mcm best je? Tp mesti tak berkesempatan nak NGK...dikala jam tu...sibuk di dapur...cb pasang telinga jelahhhh...uwaaaaa

    ReplyDelete
  11. Dah lama sangat tak buka tv.. asyik mngadap buku n kerja... haishh

    ReplyDelete
  12. alahai sweetnye. tapi kita tak dapat tgk. balik kerja malam T_T

    ReplyDelete
  13. macam famous hero tu sekarang :D

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak layan drama pukul 7. ehehehe

    ReplyDelete
  15. huhuhu kalau waktu mlm kan best dpt layan... hehehe

    ReplyDelete
  16. Drama yang DZ sedang ikuti... Best ^-^

    ReplyDelete
  17. filmnya pasti seru,.. apalagi soal cinta-cintaan

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.