18 Jan 2015

Buah Epal Tercemar Dengan Racun

Salam Readers..


Perasaan penggemar epal kecewa apabila epal yang dibeli tak boleh dibuat salad buah kerana dikhuatiri epal tercemar. Aku terpaksa buang epal yang dibeli minggu lepas. Sadisnyaa.. Rugi tak dapat makan T______T Hampir-hampir nak korbankan epal merah dan hijau tetiba mak larang makan. Huwaaa...


2 jenis epal yang tercemar

Epal Gala dan Granny Smith yang disekat masuk ke Malaysia



PULAU PINANG 18 Jan - Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 20,000 biji epal jenis 'Gala' dan 'Granny Smith' bernilai RM82,000 yang diimport dari US kerana dicemari bakteria Listeria Monocytegenes di Kuching dan Sibu. 


Epal keluaran Syarikat Bidart Brothers, Bakersfield, California, Amerika Syarikat yang digunakan dalam pengeluaran caramel apple yang dikesan oleh pihak United States Food and Drug Administration (USFDA) mengakibatkan 3 kematian dan ramai yang sakit di US & Canada.


Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya. Di negara ini hanya Sarawak mengimport epal dari syarikat itu dan tiada kes penyakit Listeriosis dikesan setakat ini. Ketika ini pasaraya menggantikan epal dari Perancis atau Australia.


Jenis-jenis epal seluruh dunia. Red Delicious selalu menggoda 


 p/s: Bos dikuarantin kerana virus Influenza B. Get well soon boss. Tak ada orang nak approve cuti cheq :(

10 comments:

  1. Salam. Hee epal ijau untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  2. walaupun ada nampak perbezaan epal-epal ni. tapi masa nak beli mana nak kenal dah epal apa....

    stop dulu la makan epal

    ReplyDelete
  3. Red delicious mengingatkan akak pada epal yang evil queen beri pada snow white :)

    ReplyDelete
  4. mmg kena hati-hati dengan buah epal skg ni...bhaya kannn

    ReplyDelete
  5. benda camni klu kita tak ambil tahu mmg bahaya ...

    ReplyDelete
  6. Biasanya limau sunkist dan epal hijau wajib ada dlm oeti sejuk kami. Dah jadi mcm ni, sementara ni oren jelah jadi pengisi peti sejuk..

    ReplyDelete
  7. Salam. Hee nk bgtau saje.,sy dh pindah blog yee ;)

    ReplyDelete
  8. Ada lagi keluar kat pasaran ke epal ni?
    Jarang membeli..jadi x perasan.

    ReplyDelete
  9. jarang beli epal sbb slalu beli tembikai ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.