9 Jan 2015

Feri Pulau Pinang Terbakar

Salam Readers..


Insiden pertama di tahun 2015 buat rakyat Pulau Pinang apabila pagi tadi feri berasap di tengah laut. 300 penumpang diarah keluar selepas bahagian enjin tiba-tiba berasap ketika menuju ke terminal Raja Tun Uda di bahagian pulau dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.



Feri Pulau Payar


Kejadian pukul 8.30 pagi, feri Pulau Payar berpatah balik ke jeti selepas bahagian belakang feri dipenuhi kepulan asap hitam yang berpunca dari kerosakan enjin. Tiada sebarang kebakaran dan keadaan dapat dikawal oleh kru feri yang terlatih. Sudah beradab usia kesemua feri-feri di Penang. Alhamdulillah kesemua penumpang selamat tanpa kecederaan.



p/s: Sudah 2 tahun tak naik feri, selesa guna jambatan walaupun jammed.


25 comments:

  1. Akak pun baru baca tentang ni tadi. Mudah2an semuanya baik2 aja.

    ReplyDelete
  2. Takutnya bila baca berita macam ni.

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee sy pun pernah naek feri 2 tahun yg lepas.

    ReplyDelete
  4. Alamak xtengok berita plak.. kerosakkan enjin je ni.. fuhh!! ingat terbakar betoi2 masa baca tajuk.. saspend ja.. hihi.. Last naik bulan lepas, sebab mls nk drive, relaks2 jap atas tu..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah semuanya selamat
    akak teringin sangat2 nak naik feri ni

    ReplyDelete
  6. Ada dgr jg psl ni smlm kt berita... suppose tkr br laa feri tu... jgn smpi sda nyawa melayang br nk bertindak....mmg terlewat laa

    ReplyDelete
  7. penumpang dalam tu mesti cuak. takut la

    ReplyDelete
  8. Syukurla smuanya slmt..bahaya juga mcm ni

    ReplyDelete
  9. dulu masa study usm dok ulang alik la guna fri nih.. rindunya penang huwawawa

    ReplyDelete
  10. Feri kt pulau pinang byk yg dh lama. saya pun lg slesa guna jmbtn especially jmbtn ke-2

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pi penang naik feri. Alih-alih dengar berita kat tv feri berasap. Minta jauh perkara buruk berlaku pada kita.

    Jom lawat blog saya

    ReplyDelete
  12. mgkn kurang maintenance kot.

    ReplyDelete
  13. saya selalu naik feri ni kalau ke Penang... nasib masa naik tu tak pernah jadi apa2... lagi suka naik ni lagi sebab adventure

    ReplyDelete
  14. tu ok lagi.. dulu pernah naik feri tetiba enjin mati tgh laut n masa tu angin kuat. angin tolak feri sampai ke tepi n berlanggar sikit dgn 'divider' feri tu.. sikit lagi rasa macam nk terbalik je feri tu..
    zaman ulang alik naik feri masa sekolah dulu.. sekolah kat pulau (duk asrama), rumah kat seberang...

    ReplyDelete
  15. yang ini saya langsung tak tahu. sebab gi keja tak naik feri, tak naik keta, taknaik moto. just jalan kaki

    ReplyDelete
  16. nasib baik tak terbakar kan?

    ReplyDelete
  17. saya jarang sangat naik feri sekarang ini

    ReplyDelete
  18. memang dah seasoned dah feri kat penang tu.ala, kalau drive pastu bawak keter naik feri sama je lama kena tunggu que.lagi bosan..hehe

    ReplyDelete
  19. Scarynya. Akk tak pernah lagi naik feri. Kesian kan :-(

    ReplyDelete
  20. terkejut gak bila dgr berita nih....ada hikmah sebalik kejadian

    ReplyDelete
  21. moga semuanya kembali pulih...

    ReplyDelete
  22. I jarang2 balik penang, tapi kalau balik sure bawa naik punya..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.