26 Jan 2015

Telemovie 7 Petola Cinta


Salam Readers..


Terjebak tengok telemovie kerana tajuknya yang ada unsur sejenis sayuran yang aku tak makan. Ahaks.. Bagi aku kisah 7 Petola Cinta ni banyak pengajaran supaya manusia kembali ke pangkal jalan plus selalu baca tweet dari Johan As'ari yang berunsur keagamaan. Meh layan kisah 7 biji petola ni. 


Poster 7 Petola Cinta


Sinopsis :


Kerana percintaan dan kes asyik putus tunang membuatkan ayah Habibur terpaksa merancang bagaimana nak mengubah kelakuan anaknya itu. Dia berpakat dengan kawan di kampung dengan menghantar Habibur untuk mencari 7 Petola Cinta di 7 kebun petola yang ada di sebuah kampung.  

Habibur dibekalkan kompas dan peta untuk ke 7 kebun petola menggunakan basikal. Bukan macam filem 7 perhentian tu. Ini 7 kebun dan setiap tuan kebun akan beri kata-kata nasihat dan Habibur mesti mendapatkan 7 biji petola. 

Akhirnya setelah berjaya dapat 7 petola dan pulang ke rumah dengan niat berubah dan Habibur insaf. Kemudian ayahnya memulangkan kereta Honda CRV kesayangannya yang dikatakan sudah dijual.

Suatu malam ayahnya mengadakan majlis makan malam dan memperkenalkan bakal isteri Habibur. Rupa kawan ayahnya ada anak angkat siapa lagi kalau bukan Uqasha Senrose. THE END. 
    
Kebun Petola Pertama
Uqasha Senrose jadi isterinya


12 comments:

  1. makin best lakonan johan sekarang.. layan drama cinta ilahi.. best

    ReplyDelete
  2. uish baru dengar rini..
    maklumla tak tengok tv heheh asyik ngadap laptop =P

    ReplyDelete
  3. macam best je citer ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. pulak dah.. cerita 7 petala cinta tu pun bagi saya agak merapu.. yg ni tak tau la nk kata apa.. hehehe

    ReplyDelete
  5. amboi petola pun boleh jadi cerita ya

    ReplyDelete
  6. Suka tgk uqasha sejak dia dh bertudung :)
    Johan pn best ^^

    ReplyDelete
  7. Missed citer ni. Menarik gak jln ceritanya ya :)

    ReplyDelete
  8. Tengok jugak citer ni haritu. Sebab anak² nak tgk. Layan jugak ☺

    ReplyDelete
  9. Suka tengok pelakon ni. Apa nama dia? Pipi chubby2 sikit..then macam blushing.

    ReplyDelete
  10. Lawak petola yang dia dapat ada gambar telinga, mulut dan macam2 lagi kaan...

    ReplyDelete
  11. kat mn laa diorg cari ladang petola tu kan ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.