23 Feb 2015

Made In Penang Interactive Museum (Part 2)

Salam Readers..


Entry part 2 banyak gambar tuan blog. Harap tak juling mata tengok gambar-gambar yang buat readers jeles. Ini adalah tempat WAJIB untuk dikunjung kalau ke Penang. Meh nak sambung cerita dari 'Part 1' . Sesiapa yang berjiwa seni halus mesti suka tempat gini! MIPIM terbahagi kepada 5 bahagian. Kalau part 1 dah explain di bahagian The Great Wall of Penang dan Trick Art Gallery. Part 2 pula pasal Interactive Theater, Miniature Local Trade dan Miniature Weld Quay.



Interactive Theater


Interactive Theater ini bertempat di sebuah bilik kecil dan menyiarkan dokumentari mengenai sejarah Pulau Pinang dan terdapat gambar binatang untuk setiap tahun mengikut kalendar Cina. Masa ini la kena download apps "PlayMe" tu.


Gagah ambil gambar dengan orang lalu lalang

Hebat ketuk kerusi tapi kat screen keluar drum

Tahun Arnab

Penternak ayam yang berjaya !

Tahun Naga

2015 Tahun Kambing

Tahun Ular. Hampir nak kena ngap

Tahun Lembu


Gambar menggunakan application 'PlayMe' 




Selepas selesai bergambar dalam bilik canggih tu ala 3D tu boleh naik ke tangga yang atas. Lagi banyak gambar tapi sikit saja upload dalam blog.



Tarikan utama di Made In Penang Interactive 3D Museum.


Sila HASTAG nama saya. EH

Berganding dengan P.Ramlee

Suka tengok ikan kelisa berlawan

Hello Mr. Botak. Nice to meet you

Durian Balik Pulau tetap best


Miniature Weld Quay


Pameran kesibukan Weld Quay dan persekitaran Pulau Pinang semasa zaman Bitish pada zaman dulu. 


Hensem kekasih gelapku


Miniature Local Trade


Pameran kehidupan masyarakat Pulau Pinang pada zaman dulu. Memang kreatif orang yang reka patung-patung ini. Nampak real. Ini area last sebelum keluar dari MIPIM.


Penjual nasi lemak

Apek yang banyak jual durian di Penang ni

Lemang 1 aney. Tak sabar nak puasa nak raya



Apabila kaki masuk ke MIPIM sedikit sebanyak mengimbau sejarah dan gaya hidup masyarakat di Pulau Pinang dalam bentuk 3D. Memang best kalau datang beramai-ramai. Boleh selfie bermacam style !



MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
No 3, Pengkalan Weld,
10300 Georgetown, Penang

Operation Hours :
9 am - 6 pm

Telephone No :
04 - 2626 119

Facebook Page :

Website :


Muka puas, suka, teruja, berpeluh



Setelah penat berselfie selama berjam-jam dalam MIPIM ni akhirnya perut berkeroncong. Pelacong kata nak cari makan di sekitar kawasan Street Art. Apa lagi cari kedai sewa basikal dan kayuh sehingga area berdekatan dengan Fort Cornwallis. Nak masuk Subway sebab ada orang iras Chris Evans. Hensem tapi tak nak ganggu ketenteraman dia nak membaca so kami decided makan di Old Town White Coffee saja. Biasa la tempat faveret Pika. Ngeh.. Ngeh


Tak ada orang sangat

Jemput makan

Sukanya dapat basikal

Entah bila dapat lepak macam ni lagi


11 comments:

  1. bestnye...nnti nak pergi larr jugak...

    ReplyDelete
  2. Tempat baru ke interactive museum ni?

    ReplyDelete
  3. gambar2 menggunakan effect paly me tu mmg cute

    ReplyDelete
  4. cantik la.. sesuai untuk yg suka selfie ni :)

    ReplyDelete
  5. Akak suka gak lawat tempat2 mcm ni.. lain kai kalau ke penang leh la akak try ke sini..

    ReplyDelete
  6. berposing sakan kan....hahhahahaha...kalau sy mesti kaku

    ReplyDelete
  7. mmg tinginnnnn nk g tp dari sabtu hgga smlm sy spend ms kat SP je... x g penang pun ;-)

    ReplyDelete
  8. bestnya... nak pegi gak... anyways jemput tandang
    sipanjangkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai penang lagi. Kesian kan.

    ReplyDelete
  10. Salam. Hee sungguh interaktif muzium.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.