2 Feb 2015

Novel Review : Mas Kahwinku RM 22.50

Salam Readers..


Novel Mas Kahwinku RM22.50 | Kahwin jomm.. Hehe. Berjaya menghabiskan bacaan sebelum owner buku ni bertukar kerja ke company lain. Mas kahwin bagi Johor ialah RM 22.50 sen. Orang Penang RM 24 kot. Herher.. Jangan jadi meqhela (gatal). Walaupun jalan cerita novel ni agak complicated tapi not bad la. 




Sinopsis :


Danisha Sarah tak sependapat dengan bos barunya, Encik Hisham dan memberi gelaran Pak Naga. Satu hari kerana ingin menolong kawan untuk memberitahu kepada seorang makcik yang dia tak jadi ambil anak angkat dari makcik tu, sebaliknya Danisha bersetuju mengambil Aiman & Aisyah jadi anak angkat.


Hubungan terjalin rapat antara anak-anak angkat dan kehidupan Danisha menjadi kelam kabut untuk menguruskan bebudak tu tetapi dia hairan bila melihat akaunnya terisi setiap bulan. Suatu hari Aisyah demam & Danisha terpaksa meminta pertolongan Hisham. Selepas tu, muncul surat mahkamah yang ayah 2 anak angkatnya ingin mengambil semula anaknya. Sekiranya Danisha ingin bersama mereka, dia kena berkahwin dengan ayah anak angkatnya. Pada masa yang sama Danisha dapat tahu ada orang meminang & berkata nak kahwin dengan mas kahwin RM 22.50.


Flashback zaman belajar. Ada sorang senior di kacau Danisha & cakap nak kawen dengannya dengan mas kahwin RM 22.50 semasa belajar di UPM. Danisha rimas & plan sesuatu sehingga senior itu dibuang kolej.


Hari perkahwinan, pengantin lelaki tak datang & pakciknya menjadi wakil terima nikah. Malam perkahwinan Danisha lari dan keretanya rosak tetapi terjumpa Hisham. After few incidents, rahsia terbongkar apabila Aisyah berada bersama Hisham. Hisyam ayah kepada Aiman & Aisyah.


Hisham tak dapat bernikah apabila Aiman dilarikan suami bekas kakak iparnya. Sebab itu, dalam perjalanan terjumpa Danisha. Masa perjalanan balik ke KL, Danisha tidur mati, apabila bangun dia mendapati Hisham tidur sekatil. Baru tahu suaminya ialah Hisham. Selepas gaduh punya sesi akhirnya mereka semua terima kenyataan. Zaiful Nurhizam dan Hisham adalah orang yang sama.



Danisha dan Hisyam hidup bahagia sebagai satu keluarga dengan kelahiran Ain Zara. Best baca bila mereka sekeluarga berbulan madu di Kosovo. Ada kalanya Hisham terkilan kerana Danisha melebihkan anak-anak dari dirinya. Dia merajuk kerana Danisha dan anak-anak lupa birthday dia. Akhirnya, terpujuk apabila Danisha pos kad birthday ke office. Endingnya.. Danisha beritahu dia mengandung lagi. So sweet :)


4.5/5*

17 comments:

  1. Memang complicated baca review tu... Hehe ^-^

    ReplyDelete
  2. Jln citer len skit dr novel biasa..menarik gak ni utk d baca..leh berangan...hahahaha

    ReplyDelete
  3. rajinya review novel.
    wah macam menarik ja ceritanya

    ReplyDelete
  4. cumanya novel melayu tak lari dari nikah merajuk bergaduhkan

    ReplyDelete
  5. akak pindah company? company mana lak kak? ehem... bila akak nak kahwin ni.. hikhik

    ReplyDelete
  6. Mas kahwin RM22.50 ni kat Pahang je...'

    ReplyDelete
  7. menarik jugak jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  8. tapi kalau rate 4.5/5 tu kira best jugak lah yek

    ReplyDelete
  9. X lama lg jd drama pulak kn ;-)

    ReplyDelete
  10. Salam .Hee saya pun sudah lama tidak baca novel.

    ReplyDelete
  11. dah lama pulak tak baca novel melayu. hehe

    ReplyDelete
  12. Akak baca 2 kali baru faham kisahnya.. nampak menarik ni

    ReplyDelete
  13. Bab 29 hingga seterusnya plzzzzzz

    ReplyDelete
  14. Bab 29 hingga seterusnya plzzxxx

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.