9 Mar 2015

Drama Terlanjur Mencintaimu

Salam Readers..


Demam drama Teman Lelaki Upahan berakhir juga. Kalau rindukan EL atau Ungku Ismail boleh tengok lakonannya di TV1 pula. Kali ni wataknya sebagai Johan Iskandar lagi kelakar. Lebih romantik bila layan isteri. Tuan blog syorkan tengok episod 7, 8 dan 9 . Dalam drama ni UIA menjadi orang kampung, Sepanjang masa berkain pelikat, nelayan dan penternak kambing.


Poster Drama Terlanjur Mencintaimu TV1
Selepas majlis perkahwinan

Sinopsis Terlanjur Mencintaimu :

Mengisahkan ikatan perkahwinan yang didasari atas nama wasiat. Mahu atau tidak, suka atau tidak, mereka terpaksa menunaikan wasiat itu. Johan Iskandar (UIA) mempunyai 2 sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha (Reen Rahim). Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab ingin tahu kenapa atoknya membawa diri ke kampung oleh kerana ayahnya, Izhar.


Janji Tok Din kepada Syaifullah akan menjodohkan cucu mereka bila besar nanti. Ia bermula setelah Tok Din meninggal dunia dan mewasiatkan cucunya Tengku Hanis berkahwin dengan Johan, cucu Syaifullah, kawan baik a.k.a rakan kongsi bisness.


Jika Tengku Hanis menolak perkahwinan ini keturunan Tok Din tidak boleh mengambil satu sen dari kekayaan STH Holding. Orang sangka STH adalah syarikat Tengku Hasanuluddin tapi sebenarnya mereka menjadi rakan kongsi. Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut ditinggalkan. 


Perkahwinan itu melukakan hati Intan, gadis yang sukakan Johan di kampung. Intan kemudian belajar di KL dan menjadi jururawat. Selepas Johan dan Hanis berkahwin, mereka tinggal di kediaman Tengku Hanis dan Johan mengambil alih tugas bapa mertuanya Tan Sri Tengku Hishamuddin sebagai CEO di STH seperti yang diamanahkan oleh arwah Tok Din. Dalam diam Hanis sudah terlanjur mencintai suaminya. Mereka berbulan madu di Kelantan dan bertemu Ashraf, bekas kekasih Hanis. Johan berusaha menceriakan isterinya. 


Wasiat Tok Din ada 'due-date', Johan dan Hanis mesti mempunyai zuriat dalam masa 2 tahun. Jika tidak segala harta akan jatuh ke badan kebajikan. Disaat Hanis sarat mengandung dan tarikh luput semakin hampir, dia keguguran kerana dendam Mak Lijah, ibu Intan. Akhirnya, sehari sebelum due-date wasiat itu, Hanis bersalin anak kembar. The End..

Intan, Johan dan Hanis
Abang sado?
Johan bawa bini lepak Pizza 
Kelakar Johan ni

Dating di Kelantan
Scene honeymoon
Sweetnya
Pandang bini tengah packing
Pindah rumah masa ni


26 Episod
Sabtu - Ahad
7.00 - 8.00 malam

di TV 1 (TAMAT)

7 comments:

  1. Pelakon lelaki tu memang tengah hot ya sekarang dekat Malaysia?

    ReplyDelete
  2. lom de kesempatan nk tgk....huhuhu

    ReplyDelete
  3. tak tahu wujud drama ni ... timenya x sesuai lah pulak ...

    ReplyDelete
  4. Innocent je watak dia jadi orang kampung kan,...akak sempat tengok gitu2 je. Selalu missed.

    ReplyDelete
  5. alamak memang tak tahula apa citer baru skrang ni.. tv pun xdak kat rumah.. eeeh jap.. yg pakai baju biru single tu syed ali kan ? hahaha.. suka dia lagi miahahaha..

    ReplyDelete
  6. kalu tang maghrib di tayangkan mmg x dan laa nk tgk ;-)

    ReplyDelete
  7. belum pernah berkesempatan tengok drama nih..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.