28 Oct 2015

Sinopsis Drama Kau Aku Kita

Salam Readers..


Sinopsis Drama Kau Aku Kita bakal bersiaran. Buat peminat Janna Nick dan Syarul Ridzwan mesti tak sabar nak tonton kan. Hehe.. Kali ini drama adaptasi dari novel tajuk yang sama tau. Tak pernah lagi baca novel tu. Memang menarik sinopsisnya sebab itu la nak share dengan korang. Layan 13 episod drama ni jomm..






Sinopsis Drama Kau Aku Kita


Mengisahkan tentang 2 individu yang berlainan jantina tetapi mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Kedua-duanya bertemu secara tak sengaja dalam 1 kejadian yang agak melucukan. Si gadis lebih mesra dipanggil Iman (Janna) manakala si jejaka lebih senang dikenali sebagai Aus (Syarul) . Walaupun nama mereka sama tetapi perangai mereka sangat berbeza.


Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras untuk menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman Ah Long yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan menjadi artis ternama digilai ramai. Jika Iman diancam gangster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus diancam peminat yang ingin jadikan dia sebagai kekasih. 


Iman dikejar gengster ketika dia mencari kerja dan Aus pula menyamar sebagai orang biasa untuk lari dari dunia glamornya. Penjahat menjerit nama 'Iman Firdaus' menyebabkan mereka berdua menggelabah dan lari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai selebriti. Kerana Iman tak mampu membeli TV apatah lagi menontonnya. 




Aus sering digosipkan dengan ramai pelakon dan model wanita menyebabkan ayahnya, Dato Ashari Irfan tak tahan dengan cerita gosip yang dikaitkan dengan anaknya. Tambahan pula dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Bagi mengelakkan lebih banyak gosip yang didengarinya, Dato Ashari telah memutuskan 2 pilihan kepada Aus antara berkahwin atau berhenti berlakon. 


Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaanya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa saja tanpa memilih pangkat dan status. Aus tertarik dengan Iman yang tak mengenali dirinya langsung dan memilih Iman sebagai calon isterinya.  


Aus dengan segera melamar Iman. Tetapi tidak mudah bagi Iman untuk menerima lamarannya. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya untuk memberi kesenangan kepada adik-adiknya. 



Jadi Aus telah memberikan syarat kepada perkahwinan mereka iaitu akan melunaskan semua hutang Iman daripada lintah darat dan memberikan keperluan dan keselesaan buat adik-adik Iman. Syarat perkahwinan mereka akan terbatal jika salah seorang daripada mereka jatuh cinta antara satu sama lain. 


Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa kepada kebahagiaan rumah tangga? Mampukan Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Sama-sama kita saksikan drama ini. 


Setiap Rabu & Khamis, 9.00 malam di Slot Lestary TV3. Baru 2 episod dah trending di Twitter.

1 comment:

  1. Terjebak tengok sebab my mom tengok...

    Terjebak terpaku sebab mamat tu, "boleh tahan".. haha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.