24 Dec 2015

Tempat Makan Di Restoran Mutiara Bonda, Autocity Juru, Penang

Salam Readers..


Tempat Makan Best Restoran Mutiara Bonda, Autocity Juru | Kari Kepala Ikan pilihan utama di restoran ini. Alhamdulillah atas rezeki darinya kami dijemput ke sini pula selepas "Butik Malvita Penang". 2 event dalam sehari memang memenatkan janji happy. Ini kali ke 2 makan di sini selepas majlis iftar bersama officemate tahun lepas. Restoran yang WIN dengan kari kepala ikan.


Restoran Mutiara Bonda

Mutiara Bonda, Autocity Juru


Restoran Mutiara Bonda yang terkenal dengan masakan Melayu Tradisional. Kari Kepala Ikan dengan resepi tersendiri dari rempah ratus yang terpilih. Paling best ia sentiasa dihidangkan panas dari dapur. Sebut saja nama restoran mesti orang kenal dan ramai pelanggan setia Chinese. Pengunjung juga boleh memilih masakan kampung dan masakan ala Thai. Hidangan set dan juga ala carte. Makanan di sini memang sedap dan puas hati.


Orang terawal sampai


Bayang siapa tu? Hehe

Harga Kari Kepala Ikan

Suasana dalam restoran


Pengurus restoran Kak Azam, cakap nama Bonda diambil sebab masakan dimasak style orang tua/orang dahulu yang dipanggil ibu/bonda. Restoran ini ada 2 team memasak. 1 team masakan kampung dan 1 team masakan ala Thai. Sebab itu lah servisnya sangat cepat. Restoran ini juga menerima tempahan makan tengah hari, makan malam atau apa jua majlis.


Set 3 - Set paling popular 

Kari Kepala Ikan

Sambal Udang

Ayam Kampung Goreng

Kailan Ikan Masin

Kerabu Mangga

Siakap 3 Rasa

Sotong Goreng Tepung

Telur Bistik

Ulam Ulaman

2 jenis air minuman 


Kami disajikan dengan set menu paling popular di kalangan pelanggan iaitu Set no. 3 untuk 9-10 orang makan. Harga untuk set ini berharga RM 310.00. Sangat berpatutan dengan 9 jenis lauk. 


Menu

Selfie dulu sebelum makan besaq


Restoran Bonda Mutiara juga menyediakan Servis Penghantaran. Buat yang tinggal sekitar Seberang Perai-Prai dan Seberang Jaya, Seberang Perai-Bukit Mertajam boleh membuat tempahan secara online melalui Restoran Mutiara Bonda Delivery Eat.



Team #projekbloggerutara bersama pengurus restoran, Kak Azam sporting habis


Terima kasih banyak Kak Azam dan crew restoran dengan layanan yang baik dan mesra. Kami doakan semoga perniagaan berkembang dan dimurahkan rezeki. Aminn


RESTORAN MUTIARA BONDA

1797-G-09, Kompleks Autoworld,
Jalan Perusahaan, Juru Interchange,
13600 Perai,
Pulau Pinang.

Tel : 04-502 5677

Business Hours : 11.30 am - 10.00 pm (Monday-Saturday)

Delivery Hours : Mon-Sat: 11.00-11.45; 14.00-21.00
Estimate Delivery Time : Within 1 hour
Coverage Areas (poscode) : 13600 13700 13400 14000

Official Facebook : Restoran Mutiara Bonda


20 comments:

  1. lauk tu boleh tahan serinya. terliur menengoknya.. haha

    ReplyDelete
  2. wahhhh lapaq pulak tgk menu2 kat restoran ni..jom repeat balik haha nina banjer

    ReplyDelete
  3. sapa abiskan kari kepala ikan tu haha

    ReplyDelete
  4. sis terliur dengan kerabu mangga tu ... byk tu hidangannya ...

    ReplyDelete
  5. wahh meriahnyer uoolss.. kecorr ;p

    ReplyDelete
  6. Omona! Semua pun nampak sedap :D

    ReplyDelete
  7. Assalam nina,
    aduuiiiii
    lagi2 kari kepal ikan
    lariiiikkkkkk
    sob3

    ReplyDelete
  8. hai adek manis..miss u hehe..bonda memang best.

    ReplyDelete
  9. Wah. Bestnya.. menu yang semuanya buat air liur meleleh ni.. kalau macam ni kena pergi ramai2 baru puas hati order banyak habis makan semuanya..

    ReplyDelete
  10. Fuhhh! Hidangan2nya memang menggoda!

    ReplyDelete
  11. alaaaaaa.....kariiiiiiiiiiiii...sedapnyerrrrr.....meleleh air liur....hahhahahahaha

    ReplyDelete
  12. perghhh memang terliur lah tengok :)~

    ReplyDelete
  13. semua menu pun nampak sedap ... rasa lapar dah ni :)

    ReplyDelete
  14. harga pun berbaloi dengan menu yang sedap macam tu kan :)

    ReplyDelete
  15. tudiaaa dia punya makanan bikin tergodaa..
    kari kepala ikan tu =D

    ReplyDelete
  16. Kerabu mangga tu dah lama mengidam...
    Wargh!!! Lapaq nengok kari kepala ikan...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.