15 Mar 2016

ESCAPE PENANG - Time To Play : Jungle Swinger (Part 5)


Salam Readers..


ESCAPE Penang | ESCAPE ADVENTURE Penang | ESCAPE Penang Time to Play | Selepas berjaya mengurangkan lemak-lemak dengan bermain di Monkey Business, lepas tu ternak lemak semula, Zaf teman main di Jungle Swinger, sweetkan bak ibu dan anak. Hehe.. Katanya malas dah nak main jadi apa salahnya jadi tukang ambik gambar. Bukan buli tau tapi secara sukarela. Marilah layan gambar adik Nina bermain dengan riangnya. Adik sangat kan jadi tarzan. Bergayut sambil melihat ayam dan itik berkeliaran.




JUNGLE SWINGER


Jungle Swinger

Jungle Swinger Safety Rules


Jungle Swinger atau dalam bahasa hutannya sebagai Tarzan menjadi kesukaan Nina sejak kecil yang gemarkan aktiviti panjat pokok, berhayun sana sini dan melalak. Haaa... sekarang ni pun sama walaupun umur dah nak masuk 26. 


Kalau korang nak try wajib lompat dan berhayun laju sikit so boleh la pergi jauh tapi nak tunggu berhenti tu satu seksaan bagi orang yang menunggu. Heheh.. nasib lah labu. Sebelum tu wajib tahu berapa berat korang, terlebih muatan memang tak dapat main. Berapa banyak perkataan wajib daaa... Sayangnya video tak sempat ambil dari Kak Sha. Menci mak.



Tarzan Jane ni

Teringat zaman kanak-kanak yang boleh berhayun sana sini, sekarang pokok-pokok banyak ditebang kecuali kampung



KITE FLYER


Kite Flyer

Kite Flyer Safety Rules

Kite Flyer sesuai untuk orang tak takut tinggi



Kite Flyer bukan lah layang-layang terbang tapi 2 orang manusia terbang seperti kite dengan ketinggian 21 meter ke atas, kalau tak silap sampai paras ketinggian yang telah di hadkan. Kite Flyer ni kami main hari kedua di ESCAPE, waktu pagi dan time tu tak berapa ada orang tapi terpaksa tunggu someone yang boleh tolong kayuh basikal kat bawah. Yup, means kalau nak naik korang kena minta bantuan 2 orang pengayuh basikal untuk naik ke atas.


Bila dah habis main, korang tolong lah pulak si pengayuh basikal tu. Haa kan adil namanya. Yang sedih tu takda orang nak snap gambar / video masa naik. Arghh.. nangis ada sekeping je. Bila dah sampai atas, ada 1 tali dan kena tarik. Bila dah tarik, berhayun lah sambil melalak keseronokan bagi orang tak takut tinggi. Hehe.. yang seksa tu masa nak kayuh basikal. Azab siap gilir-gilir dengan Zaf nak tolong budak-budak sekolah yang tolong kayuhkan untuk kami.   



Zaf dah ready tu. hehe

Sesi tolong kayuh basikal. Sedondon pulak dengan adik ni

Turn kak nina pula tolong kayuh sampai habis tinggi

Kami tengah bergerak naik


Video yang sempat snap tapi orang lain. Masa nak hayun tu cuak jugak. 







JUMPIN JACK



Jumpin Jack


Jumpin Jack dikategorikan melompat setinggi yang boleh. Sebelum melompat tu wajib buka kasut dan timbang berat badan dulu ya. Jangan risau kalau lupa berat sendiri berapa kilo. Hehe.. Nasib baik sebelum lompat tu berat ngam-ngam 50 kg. Kalau lebih tak boleh main. Lebih dari 50 kg dah consider terlebih muatan. 



Lompat lah berapa lama pun, tak ada orang nak marah. Masa main tu hanya Nina sorang je maka tak malu nak lompat macam mana pun. Gambar sopan dan tak sopan hanya Zaf saja yang tau. 


Nina at Jumpin Jack versi sopan. Kahkah



BALANCE BEAM


Balance Beam

Balance Beam Safety Rules

Balance Beam


AEROBAT


Aerobat

Macam main sarkas kan.. Tak berani nak try


Bersambung lagi, 2 entry sebenarnya dan maka habislah acara main di ESCAPE. Rasanya 2 bulan juga nak habiskan review ni. Letih mak nak menaip, nak mengedit gambar, nak upload video satu hal jugak. Ngeh.. ngeh. 



6 comments:

  1. Jom kita pi lagi..nak bergayut-gayut lagi

    ReplyDelete
  2. Hihihihi best tengok nina kat escape aritu dengan pelbagai aktiviti

    ReplyDelete
  3. rasanya ni yang adik den dok ajak pi ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. banyak juga yang nina dapat main.. ok laa tuh..

    ReplyDelete
  5. Jumpin jack tak boleh main kalau pergi. Over muatan, huwaaa :(
    Tapi overall nampak best-best aktiviti ESCAPE. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  6. sesapa gayat jgn naik nnt muntah hijau ;-)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.