22 Mar 2016

Perbezaan Gemuk Air, Angin Dan Daging

Salam Readers..


Perbezaan Gemuk Air, Angin Dan Daging | Jenis-jenis kegemukan pada zaman kini. Gemuk pun ada macam-macam jenis. Hehehe.. Kelakar tapi ini serius. Tenkiu lah Nad, budak GEMS di ofis yang hari-hari cakap dia gemok. Badan kurus kata gemok. Sebab tu nak share pasal jenis gemok. Kahkah sebenarnya tuan blog pun nak tau badan sendiri gemok apa.



Orang kurus vs Orang gemuk



Firstly kena lah tau badan tu senang gemok atau tak, makan banyak tapi tak gemok ataupun makan banyak badan pun cepat naik. Haaa.. rasa macam dokter nutrisi. Adakah berat badan korang naik turun macam yoyo. Meh kita saksi, eh kita baca kalau rajin..


Gemuk Air


  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam, ada perubahan 1-2 kg, kurang atau lebih kerana pengumpulan air dalam badan
  • Kebanyakan gemuk air dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau baru melahirkan anak. 


Tuan blog gemok jenis Pear. Haa memang senang naik lemak kawasan pinggul dan peha



Gemuk Angin


  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam badan, sukar / kerap sendawa dan kentut
  • Mudah sakit kepala / migrain / loya tekak / sebu perut


*Gemuk air dan angin mudah untuk turun berat badan, picit lengan lembik pun dah tahu gemuk jenis ini. Hihihi


Gemuk Daging



  • Kurang makan sayur / buah-buahan
  • Rangka tulang besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal, badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan sebab tebal)
  • Cepat letih dan penurunan berat badan paling lambat kerana lemak dalam badan sudah tepu dan sebati bersama daging.
  • Golongan ini dari kecil bertubuh agak 'sihat / besar' dan ambil masa untuk dibuang 


Pantang Larang
  • Elak minum air berkafein kopi, nescafe dan bergas.
  • Makanan yang berminyak dan berlemak.
Jangan risau kerana semakin banyak peluh dikeluarkan semakin banyak lemak lemak dapat dipecahkan. Eh pecah ke?


8 comments:

  1. kita rasa kita gemuk air ja sekarang ni.. hahaha.. aduh,kita senang naik lepas makan kot,tension juga..

    ReplyDelete
  2. gemuk angin kot.. tapi timbang dok lebih kurang macam tu ja.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. alamak.. tataulaaa masuk ketegori mana =P

    ReplyDelete
  4. kak ekin angin banyak ni patut susah nak sendawa, kentut dah perut asyik sakit ni

    ReplyDelete
  5. Maka ternyatalah aku nie jenis gemuk daging . Kira berotot lah nie .... (puji diri sendiri)

    ReplyDelete
  6. akak gemuk bila 'berisi'..so ape pantang larangnya...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.