25 Apr 2016

Hatyai Thailand 2016 : Day 1 - Magic Eye 3D Museum Hatyai Part 2

Salam Readers..


TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 1 - MAGIC EYE 3D MUSEUM HATYAI



Tempat WAJIB yang korang kena pergi kalau dah sampai ke Hatyai ni. Bukan nasib kami bila ICE DOME dah ditutup buat selamanya. Tak dapat nak main salji dalam tu. Sob.. sob. Sedih bukan kepalang, bukan main tapi bila tour guide bawa ke sini bukan main gumbira, nasib tak lompat-lompat depan kaunter tiket. Hahaha...



Hi Mona Lisa pegang camera

Entrance Magic Eye 3D Museum

Cik Nafis sembang apa tu dengan tour guide


Buat KAKI TANGAN SELFIE macam aku haaa jadi gila selfie sampai lupa boyfriend. Hilang entah kemana, lepas dah penat selfie baru pi cari Nafis. Nasib awak lah dapat girlfriend macam ni. Haha.. Serius semua gambar cantik-cantik. Itu pun ada beberapa gambar tak sempat selfie. Bf dah penat jadi photographer tak berbayar, terima kasih awak :) Hee.. Jom layan gambar selfie kami tapi hat sensor tak upload dalam ni buat malu tuan blog je.



Magic Eye 3D Museum ni ada 2 tingkat dan ada bermacam ZONE GAMBAR 3D. Untuk Ground Floor section ada Underwater World Zone, Classic Art Zone, Reverse Art Zone, Funny Art Zone dan Ice World Zone. Di bahagian tingkat atas 2nd Floor ada Safari Art Zone, Fantasy Art Zone, Egyptian Zone. Selepas korang dah habis selfie, dapat tengok Magic Show pula dalam bilik khas siap stage, tak dibenarkan ambil gambar. Dalam ni diharap tak cakap bahasa melayu atau English ye tapi cakap bahasa ayam dengan itik. Barulah memahami..


Kaunter tiket pun kelakar dengan muka Mr Bean

Tickets !

Pintu masuk kat sini tangan kena cop. Kat muka tak available ok

Last kena cop sebab pi mengundi



Dah dapat tiket, sebelum masuk tu tangan korang kena cop. Ala-ala cop setem. Tiket masuk 400 Bath (RM 40) seorang. Kalau bernasib baik gambar korang yang lucu akan disnap photographer dalam tu. Motif? Of course nak pengunjung beli gambar sendiri. Yes.. gambaq aku ada 2 keping. Beli jelah tapi kualiti printing negara kita lawa lagi :) Gambar randomly sebab banyak sangat.



 UNDERWATER WORLD ZONE
 
Nampak macam real kan? Time ni tak meniarap atas lantai dah
Ikan duyung

Titanic nak karam tu

Nasib titi tak patah



CLASSIC ART ZONE


Kita tak boleh lalu kat belakang :P

Pandai tuang air. Hehe

 
REVERSE ART ZONE
  
Haaa macam mana boleh panjat atas tu


FUNNY ART ZONE






ICE WORLD ZONE

Bongkah ais sanggup ku redahi


 FANT ART ZONE (2ND FLOOR)


Gambar fav sebab boleh naik atas tapi hakikatnya dinding je


EGYPTIAN ZONE
Dari Thailand dah sampai Mesir :P
Memang magic

Rasa macam ada di Mesir

Photographer tak sabar nak keluaq dok dekat pintu dah tu


 MAGIC EYE SOUVENIR & ART GALLERY

Macam-macam toys ada dijual

Baju bermacam design harga dalam 200 Bath

Comel teddy bear museum ni

Illusion art semua gambar ilusi jelah

Suka tengok 2 frame gambar ni. yang tengah tak payah tengok


Sebelum balik tu usha-usha la skrin yang ada kat luar kot-kot ada gambar korang boleh beli dengan harga 1 keping 50 Bath (RM 5). Jadi gambar Nina ada 2 keping 100 Bath. Disini ada juga jual souvenir dan cafe untuk lepak lepas penat selfie ada jual Border's Tea jugak. 


Kita balik jommm

Magic Eye Cafe
 
Anak panah menunjukkan manusia terbaring

2 keping yang berjaya di snap photographer Magic Eye 3D


Bersambung di entri shopping pula.. Gambar last tu nampak manusia sampai tido atas lantai. Punya jakun, kekonon nak berenang atas lantai 3D tu. Nangis mak nengok. Huuu...


7 comments:

  1. Lawa jugak sini! Suka gambar titanic!

    ReplyDelete
  2. Pergi tempat 3D ni mesti kena pandai posing baru nampak real kan
    Menariklah:)

    ReplyDelete
  3. ritu pi sana xde lagi mende ni hehe

    ReplyDelete
  4. Gambar nina panjat tu paling win Hihihihihi

    ReplyDelete
  5. banyak gak zonenya ya ... mmg cantik2 art di situ .

    ReplyDelete
  6. cantik gambar2 3D tu...nmpk real!

    ReplyDelete
  7. tgk gmbr ni teringat entri k.zai yg entah bl nk ada ni...hahahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.