8 May 2016

River Grand Suite Hotel Hatyai, Thailand

Salam Readers..


 TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 1 - RIVER GRAND SUITE HOTEL


Kalau dah nama travel mesti nak kongsi hotel yang stay hanya semalam tu. Kami checked in dalam pukul 8 malam. Hotel 5 tingkat dan mempunyai 100 bilik. Kali ni tok ketua kata tak booking hotel di area bandar sebab semuanya dah full sempena Chinese New Year. So far hotel ni OK dan WiFi lajuuuu.. Hehe. Tapi ada kisah seram pulak bila roomate memerangkap bekas junior kolej nampak lembaga macam 'Naruto' lari atas pokok. Tulah siapa suruh bukak tingkap pukul 3 pagi. Hahaha... Korang jangan ingat hotel ni berhantu pulak, aku tidoq lena sampai ke pagi tanpa gangguan.



River Grand Suite Hotel Hatyai

Ni la punca nampak lembaga atas pokok. Lepas mandi pakai baju kelawar nyanyi lagu I believe i can fly. Haha



Masuk saja ruang lobby terus nampak counter reception yang unik. Keseluruhannya daripada kayu ukir. Persekitaran lobby juga selesa dan banyak kerusi untuk duduk, satu sudut disediakan satu PC jika nak guna internet dan ruang membaca yang berbahasa Thai. Setiap tingkat disediakan WiFi jadi tak ada masalah nak online 24H. Hotel ni ada lif tau jadi tak risau sangat.



Ruang di reception . Ikhsan Google

Pemandangan dari bilik kami di tingkat 3


Kebanyakan geng trip semua menginap di tingkat 3 dan 4. Bilik kami menghadap jalan utama, dari bilik boleh nampak bangunan di bandar Hatyai. Facilities macam katil, kerusi, meja solek, almari, TV (siaran Malaysia pun ada), peti ais, telefon, cermin, aircond yang berfungsi, tanda arah kiblat, shower berfungsi Hot/Cold, hanger disediakan dalam almari dan ruang meletak bag juga cukup besar. Cuma yang tak selesa bilik tak disediakan carpet atau selipar.



Not bad bilik hotel ni. Dah nak check out baru snap gambar bilik

Thai terkenal dengan wayar berserabut sana sini

Bilik air pun kemas dan bersih !



Jika nak buat minuman, kettle tak disediakan tau kecuali cawan. Kalau korang nak air panas, call reception dan pekerja hotel akan datang hantar di bilik. Nanti dia akan bagi air panas dalam Thermos. Bilik ini masih lagi selesa, yang penting lokasi hotel tak jauh dari tempat shopping di bandar Hatyai. Boleh pilih nak jalan kaki atau naik tuk-tuk hanya 10 minit saja. Harga tuk-tuk dalam 20 Bath (RM 2) seorang.



RIVER GRAND SUITE HOTEL HATYAI

65 Chontrara Rd, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand 90110

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.