2 Jun 2016

Warna Warni Ramadan Buffet Di Ixora Hotel

Salam Readers..


Warna Warni Ramadan Buffet Di Ixora Hotel | Tak lama lagi bulan ramadhan akan tiba tak sampai seminggu lagi? Beberapa minggu sebelum bulan Ramadhan pelbagai hotel telah memulakan promosi buffet Ramadhan yang ditawarkan. Ixora Hotel juga tidak ketinggalan mempromosikan buffet Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. 


Warna Warni Ramadan Buffet Di Ixora Hotel


Bagi yang masih tercari-cari buffet Ramadhan yang sedap dan mempunyai banyak pilihan.. Apa kata anda mencuba buffet Ramadhan daripada Ixora Hotel.. Menggunakan tema Warna Warni Ramadan Buffet pada tahun ini. Memang sesuai kerana pelbagai variasi makanan yang boleh korang dapat di sini. Lain dari hotel sekitar Penang. 




 MENU UTAMA WARNA WARNI RAMADAN BUFFET YANG DISEDIAKAN DI IXORA HOTEL, PENANG



Pelbagai jenis lauk yang menjadi menu utama di sini. Mengekalkan makanan tradisional pastinya menarik minat sesiapa saja yang datang untuk berbuka puasa. Menu special ialah Ikan Patin Masak Tempoyak dan Daging Rendang Maharani disamping Nasi Rampai Aidilfitri yang lembut dimakan bersama lauk yang disajikan.


Nasi Rampai Aidilfitri

Ikan Patin Masak Tempoyak

Daging Rendang Maharani

Ayam Masak Gajus

Bayam Tumis Isi Udang

Dalca Telur

Gulai Lemak Kulat Sisir Dengan Pucuk Paku

Kupang Mangga Berlada

Siput Lala Masak Tau Chu

Udang Kasturi

Tauhu Goreng Sos Lada Hitam




 MENU PENCUCI MULUT WARNA WARNI RAMADAN BUFFET DI IXORA HOTEL, PENANG



Jika rasa perut agak kenyang selepas menikmati menu utama yang disediakan, boleh juga cuba menu sampingan yang ada di sini. Tetap memenuhi citarasa tetamu dan pastinya sedap. Terdapat bermacam jenis makanan untuk pencuci mulut, kuih muih, kudap-kudapan, buah-buahan tak lupa juga jeruk asli Pulau Pinang. Buat penggemar kambing, jangan risau tetap ada.



BERANEKA BUAH KURMA UNTUK BERBUKA


6 Jenis buah kurma disediakan

Beraneka buah kurma yang menjadi pilihan tetamu

Buah Kurma Black Sesame.. Lain kan?


 BISKUT RAYA DAN KEREPEK

 
Biskut raya dan juga kerepek turut disediakan


DESSERT WARNA WARNI RAMADAN BUFFET


Setiap hotel akan sajikan buffet Ramadhan istimewa mereka dengan pelbagai dessert. Disini ada sebahagian dessert yang pelbagai dan rambang mata mahu memilih yang mana satu kerana kesemuanya nampak begitu menarik dan unik. 


Ais Krim Malaysia pun ada . Perisa Mango, Kiwi dan Orange

Buah-buahan

Beraneka kuih muih Melayu

Nampak sedap

Dessert yang banyak, banyak pilihan boleh dipilih



 LIVE COOKING WARNA WARNI RAMADAN BUFFET


Setiap hotel menyediakan live cooking section untuk para tetamu yang datang untuk berbuka. Pihak hotel akan memastikan menu mereka disajikan dalam keadaan fresh dan masih panas terutamanya kambing golek. Di Ixora Hotel menunya antara Penang Char Koay Teow, Fried Tom Yam, Laksa Johor dan Roasted Australia Whole Baby Lamb (served daily).

 
Gerai-gerai di luar yang boleh dipilih untuk menjamu selera

Pasembur

Laksa Johor

Ais Kacang

Kambing Golek

Kambing yang dipanggang dan dimakan bersama Sos Lada Hitam dan Sos Rosemary memang ternyata sedap. Jika sukakan pudina boleh juga tambahkan

Shawarma Ayam

Bahan-bahan Roti Pita


Menu Shawarma Ayam dengan Roti Pita rasanya ala-ala kebab. Buat peminat kebab jangan lupa rasainya. Disediakan menggunakan daging segar disebatikan dengan 4 jenis herba rahsia dan sos homemade. 


 MENU SAMPINGAN / ULAM-ULAMAN, SAMBAL & KERABU WARNA WARNI RAMADAN BUFFET



Setiap kali tiba bulan Ramadhan, bubur lambuk turut menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Disini juga disediakan Bubur Lambuk Berempah dan patut cuba menu Sup Ekor Berjintan dengan Roti, turut ada makanan lain seperti Keropok Lekor. Terdapat juga menu ulam-ulaman, bermacam jenis sambal dan kerabu serta jeruk.


Bubur Lambuk Berempah dan Sup Ekor Berjintan dengan Roti

Beraneka keropok boleh dimakan bersama sos


Jenis kerabu yang ada. Kerabu telur dan kerabu buah

Jeruk buah-buahan


MINUMAN WARNA WARNI RAMADAN BUFFET


Kopi dan Tea di dalam manakala Teh Tarik dan Nescafe Tarik di bahagian luar


WARNA WARNI RAMADAN BUFFET




Tarikh : 13 Jun - 4 Julai 2016
Jam : 7.00 PM - 10.00 PM
 Tempat : The Straits Cafe & Lounge, Level G


 Harga : RM 72 nett Dewasa / RM 45 nett Kanak-Kanak (height 0.9-1.2M)


*OFFER DEAL (Buy 9 FREE 1 - equivalence RM61.20nett each) & Early Bird Voucher at RM 68nett each, first come first serve, limited only


Untuk Tempahan

Tel : 04-382 8888
Email : info@ixorahotel.com
Website : www.ixorahotel.com 


14 comments:

  1. banyaknya menu.. esok dah nak puasa...

    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. byknye menu...rietta plg suka deco ukiran buah...sangat kiut....

    ReplyDelete
  3. sis klu pi buffet rugi sbb perot kceik tapi ada hati nak try semua ... ermmm tapau le ka ... heheheee ... tapi klu ada yg sponsor , ok je .

    ReplyDelete
  4. sedap molek lauk pauk dia.. tertiba lapar ni

    ReplyDelete
  5. Wowww! Memang penuh warna-warni! Banyaknya pilihan!

    ReplyDelete
  6. menu dia intresting la.. lain dr yg lain. Suka suka!

    ReplyDelete
  7. Kalo mummy dekat.. confirm mummy dah pi.. huaaa sedap tuuuuu...

    ReplyDelete
  8. menarik presentation setiap menu tu

    ReplyDelete
  9. comeynya hiasan ukiran makanan dia..makanan pun penuh warna warni

    ReplyDelete
  10. Adoi ai.. meriah sungguh makanannya..

    ReplyDelete
  11. tang bayam tu buat mata sy wow!!!!

    ReplyDelete
  12. Tengok gambar makanan tengah-tengah puasa ni, buat perut menyanyi je :D
    Tapi banyak betul pilihan makanan, harga pun okay. Best best!

    ReplyDelete
  13. Bestnya! Banyak betul menu! Nampak menyelerakan semuanya..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.