Salam Readers..
PHANTAMANIA, PENANG
Trust No One, Just Have Fun!
Phantamania Penang : Trust No One, Just Have Fun! sebuah tarikan terbaru di Penang ! Lamanya tak bersiaran. 30 Julai, Semalam team Projek Blogger Utara dijemput untuk review Phantamania, sebuah tempat untuk korang berselfie puas-puas 📷 Kawasan yang strategik dan terletak di Lebuh Victoria dalam bandar Georgetown yang dikelilingi Street Art Penang. Sangat sesuai kalau nak habiskan masa korang di Penang 😄
Entrance PhantaMania Penang |
Aktiviti selfie yang boleh korang buat di Phantamania |
Muka flawless. Eh tak ada kena mengena. Haha |
Ada 4 orang je tapi cermin beranak jadi banyak. Hihi |
Kami semua masuk serentak siap bagi laluan untuk pelancong Africa dan Timur Tengah dulu. Dalam cermin tu memang kita akan nampak orang macam dah dekat, sebenarnya tak pon, bersimpang siur lagi nak sampai, semuanya kerana pantulan ilusi dari cermin tu, jadi jangan percaya dan tertipu ok.
Fuhh lap peluh bila dah selamat masuk kawasan Phantamania, lepas tu kena cuba semua cabaran yang ada, bermain dengan ilusi gambar dan cermin. Staff di sini semua peramah dan sedia untuk ambil gambar korang. Staff akan tunjukkan macam mana nak bergambar menggunakan trick yang ada, walaupun di setiap section ada arahan bergambar macam mana nak beraksi.
Banyak kembar kami. Haha |
Bukak la pintu kami datang nak duit raya |
Serius suka dengan deco Phantamania ni. Rasa macam ada di istana |
Zaf nak culik masuk dunia Doreamon |
Cantikkan! Suka masuk dalam ni |
Gambar paling rare hasil tunjuk ajar staff Phantamania. Bergayut betul |
Kemain Zaf nak terjun masuk perigi. Haha |
Sesi bergambar di tingkat atas pula. Selfie sampai lebam. Kena guna khidmat staff yang berpengalaman dengan gaya kami tersendiri baru jadi ngam dan menjadi. Patut kena study dulu sebelum selfie. Bahagian atas ada style lain pula. Memang rasa nak kena cuba semua 😎
Eh macam mana boleh merangkak ni |
CP jadi tahanan ok. Kejam sungguh bebudak ni |
Kesian Princess Perigi. Nak tergelak habis selfie dengan budak ni |
FREEZAMANIA ⛄
Sebelum masuk ke freezamania disko dulu |
Ini tempat paling best! Sejukkk tau, dah nama pun Freezamania ❄⛄ tapi tak ada sampai tahap mengigil. Rasa sejuk macam 14 celcius je, main agak. Hehee.. Kat dalam ni masuk terus jumpa lampu disko, ada igloo, orang salji, 2 orang tentera berbaju besi, paling best katil dan bermacam lagi. Siapa yang pakai baju nipis tu agak sejuk la sikit. Hehe..
Berkelah sat dalam Igloo. Hahaha |
Mandi ais ke bang? Haha |
Duduk dalam ni lagi sejuk |
Masalah rumah tangga.. Haha |
Nak sampaikan ucapan salam perantauan, rayakan dah nak habis |
Dah habis round dalam kawasan sejuk ni terus keluar. Paling lama dok dalam ni sebab sejukkan. Tak lah panas sangat. Syok je selfie, masing-masing nak selfie sampai dapat gambar paling cool lah. Selesai dah tawaf bangunan 2 tingkat. Tetap rasa macam tak puas. Heheh 🙈
Macam-macam gaya selfish ada |
Terima kasih buat Encik Rizal dan semua staff Phantamania yang melayan kami. Happening sangat! Kalau ke sini jumpa pelancong obersea tu dah lali sangat. Dorang pun sibuk nak selfie, dari situ boleh exchange style selfie. Hahaha.. By the way, dah alang-alang masuk ke sini jangan lupa terjah Cool Ghost Museum di Lebuh Melayu memandangkan under satu company. Bolek klik SINI 🎃
Phantamania info |
PHANTAMANIA, PENANG
Alamat : 193, Lebuh Victoria,
10300 Georgetown, Penang.
No. Tel : 04-263 3193
Masa Operasi : 10 am - 7 pm pada setiap hari
Tiket Masuk : (Harga Promosi Pembukaan)
Dewasa - RM 19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM 12
(Harga Biasa)
Dewasa - RM 28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM 18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma
menariknyaa.... saya baru first time dengar. boleh la masuk dalam list.
ReplyDeleteBest kan kat sini..macam-macam gaya bergambar
ReplyDeletekenapa pic yg lampu2 neon berkelipan tu memikat kalbuku..hahaha
ReplyDeletekenapa kena terjun dalam perigi ?sobb
ReplyDeletepaling best area freezamania
ReplyDeletefefeling duk obersea
chantek n unik kann.,
ReplyDeleteAssalamualaikum Nina,
ReplyDeleteSeronok sis tgk Nina menggayakan post 3D, tang bergayut tu nampak real.. Best..best.. :-)
amboi gambar dalam perigi tu.. hahaha
ReplyDeletemacam menarik je...
ReplyDeletegambar bergayut tu paling win...hehe...
ReplyDeletesmpi bla promo tu? kalu smpi akhir thn dan lg nk trn penang ;-)
ReplyDeleteBila la terlepas ke Penang nanti nak pi sinilah.
ReplyDeleteHurmmm... ntah bila la tuh!? sebab last year dah pi penang.
Bestnyaaaa! Menarik tempat ni. Siqah save dulu.. Nanti kalau ke Penang boleh singgah sini. Walaupun tak tahulah bila. Hehe..
ReplyDeletebestnye... leh join event camni..untung...
ReplyDeletebyk tmpat best kat peang..lma sgt dh x jejak kaki kt sana..hope ade rezeki nk g jln2 sana
suka kat freezamania tuh..
ReplyDeleteTak rugi gi Penang . byk doh tarikannya ...
ReplyDeletehahahahahaha semua gambar lucu2 dan menarik
ReplyDelete