12 Aug 2016

Ho Chi Minh Vietnam : Unicorn Island Mekong River Tour

Salam Readers..


HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : UNICORN ISLAND MEKONG RIVER TOUR DAY 2 (PART 2)


Feels good to be here. Finally Mekong River! Kalau masih ingat sungai ke 12 terpanjang di dunia, ke 10 terbesar dari segi isipadu dan terpanjang di Asia bermula dari negara Tibet - China - Myanmar - Laos - Thailand - Kemboja - Vietnam. Kalau ke sini WAJIB ke Unicorn Island. Sebabnya ia sebuah pulau kecik mengikut peta yang ada di jeti.



Dah sampai pulau unicorn



Kenapa panggil Unicorn Island? Tak jumpa kuda bertanduk di sungai ni. Tour di Sungai Mekong harus explore makan madu, buah-buahan, naik sampan dan tengok cara proses gula-gula kelapa. Kerajaan Vietnam wujudkan tour untuk bantu penduduk miskin yang tinggal di sekitar Sungai Mekong. Mereka bergantung kepada rezeki pelancong saja. Kasihan tengok kehidupan mereka, anak-anak tak bersekolah.


 KEDAI MADU LEBAH @ MAT ONG HOA THIEN

Kedai menjual madu . Kedai ni ada tuan 1 saja bukan 7. Hahaha

Nak selfie dengan sarang lebih boleh laaa. Kami boleh blah. Si baju biru ni Moon, tour guide di sungai Mekong



Destinasi pertama kami ke kedai menjual madu. Dapat minuman percuma berasaskan madu dan pesen memaksa 'mewajibkan' pelancong beli madu atau Royal Jelly. Dinasihatkan jangan beli Royal Jelly, tak berfaedah. Nina dan gadis-gadis madu tertipu oleh Moon, kononnya boleh buat awet muda tapi bila pakai hampeh tak jadi apa.



Pelayan dah tunggu nak buatkan air. Lawa tak gadis Viet?

Minuman free ! Madu di minum dengan air teh tanpa gula, perahan limau nipis dan gula. Tapi gula macam rempah alba sambil makan kerepek dan kekacang. Pulak tu tengah seronok minum lebah terbang keliling kami

Sesi bincang sampai nak gaduh la.. Hahahaha.. Moon tak habis-habis promo Royal Jelly sambil gosok-gosok muka dia tu. Kelakar sebab masing-masing dok mengira. Beli 2 botol royal jelly free madu tu. Haih

Beli 3 jelly free madu. Datang ke sana jangan beli Royal Jelly tu

Otw ke kedai buah jumpa pokok ni di tebing sungai. Bapak ah subur tapi den konfius ni buah nangka ke cempedak. Hahaha



KEDAI KAIN SULAM DAN BUAH-BUAHAN @ DIEM DU LICH SINH THAI


Papan tanda masuk ke kedai buah. Tak faham sepatah pun. Tak jauh sangat dengan tempat makan madu tu. Cuma kena hati-hati sebab anjing liar berkeliaran beserta tahi


Tempat kedua, kami berehat sambil makan buah-buahan dan dengar gadis-gadis Vietnamese nyanyi lagu melayu. Hahaha. Kelakar.. Jejaga kat sini ada anjing dan tahinya. Ada juga jual souvenir macam kain sulam tapi kami cabut lari tak nak beli. Hihi


Tempat makan dah tersedia, syok makan buah sambil kena kipas perghh terus rasa mengantok

Buah-buahan yang dihidangkan untuk kami termasuk air teh. Nina makan mangga dengan nanas tu pun still rasa tawar. Kena cicah dengan asam serbuk baru sedap

Kami dihiburkan dengan lagu vietnam, depa tau 2 team dari Malaysia termasuk kami dorang nyanyi lagu Jimmy Palikat, Anak Kampung. Hahaha. Boleh la tahan suara nasib tak hujan lagi masa tu

Menunggu makcik moon yang tak habis-habis suruh membeli. Sementara Nina dengan Anies lari dari dia kita selfie dulu. Gadis bunga teringat mat bunga di Malaysia. Hahaha



NAIK SAMPAN DI SUNGAI MEKONG !


Destinasi ketiga yang ditunggu telah tiba, krik krik.. Jalan menuju ke sungai lalu di kawasan kebun buah limau bali. Tapi semua cinonet tumbesaran terbantut dan busuk. Trademark ke Vietnam memang tak sah naik sampan. Dalam hati risau juga, berapa orang dapat naik dalam sampan. Dah ler badan semua muatan berat. Hahah.. 


Sedikit info, setiap sampan ada 2 pendayung mungkin si anak dan emak atau ayah. Budak yang mendayung tak bersekolah dan masih muda, usia mungkin dalam 15-16 tahun. Di Vietnam, hanya golongan berada je pergi sekolah. Bayangkan nak beli rumah dan kereta kena CASH.


Laluan menuju ke sungai, jalan dalam kebun limau bali

Sampan2 dah sedia menanti pelancong. Takut pulak tengok sampan macam tak muat. Heee

Duduk depan tour guide rasa selamat sikit. Siap sembang tanya orang Vietnam tak buat gula nira dari nipah ke. Hahah. Naik sampan ni wajib pakai topi ni tau baru feeling

Video manusia excited naik sampan. Agak berpeluh juga walaupun bukan mendayung

Rasa tenang dengar bunyi burung. Macam sambut kedatangan kami pulak. Sepanjang menyusuri anak sungai Mekong ni, dapat tengok suasana kampung di Vietnam. Dorang bukan orang senang, rasa bersyukur dan insaf di luar sana ada lagi yang susah dari kita.


Satu sampan muat 6 orang dengan 2 pendayung di depan dan belakang. Ketua rombongan harus lah dok depan. Betoi kata Pha Is, suka buat muka bila selfie. Hahahah

Mendayung dalam 30 minit sampai juga ke jeti. Sebelum keluar tu kami setiap sorang sempat beri tips. Anggap macam sedekah sebab mereka bukan orang senang.



GULA-GULA KELAPA !



Destinasi terakhir sebelum kami tamatkan tour sungai Mekong ni, tengok penduduk hasil gula dari kelapa. Siap dengan mesin kecuali packaging guna tangan. Tak beli pun, hanya usha-usha. Tak dapat nak bagi tahu berapa harga sepeket gula-gula tu. Gadis-gadis lain sibuk dok belek minyak urut atau minyak kuat dari ular dan kala jengking. Idok ler mike nak masukkan gambar botol tu. Huhu. 


Mesin pecahkan kelapa ke? Haha. Orang Mesia guna parang je

Mesin ni macam kacau dodol pun ada siap dapur kayu

Muda-muda tak pergi sekolah, tolong family. Cekap betol potong kepingan gula-gula guna pingan je

Coconut Candy dengan minyak kuat dari ular dan kala jengking



Ready dah nak balik, tunggu bot lama sikit dalam 15 minit. Naik bot dapat air kelapa free. Sedut puas-puas sambil dengar Moon membebel untuk kali terakhir. Hahaha. Entah macam mana tour guide, Abang Soleh boleh nyanyi pulak. Perut dah menyanyi mintak makan. Lunch kami termasuk dalam pakej. Jadi dalam perjalanan balik ke Ho Chi Minh, singgah makan dulu.



Kalau tak buat muka memang tak sah. Legaa dah habis sedut air kelapa jadi gitu ler. Ketawa besar tak ingat dunia

Entah apa yang Moon bebelkan tu. Tak ambik port. Tak faham apa lagu yang tour guide nyanyi. Hahaha

Feeling minum air kelapa di sungai Mekong. Selalunya orang minum di tepi pantai. Lantak lah labu. Dah free. Hahaha. Rasa macam ada kat Penang bila tengok jambatan ni. Tak tau nama

Jangan membeli belah souvenir di kedai-kedai dalam jeti Sungai Mekong, peniaga tak nak tawar menawar langsung.

Muka tu tak boleh blah. Hahaha. Kalau boleh tengok makanan sampai tembus pingan. Minuman free cuma mineral, kalau nak minum air lain kena bayar

Sebelum dan selepas makan. Sangat SEDAP !! Masing-masing siap kikis lauk dan nasi



Tak sabar nak balik HCM, city tour dan sesi shopping part 2. Hehehe.. Kerja shopping tak habis-habiskan. Bertabah lah. Klik dengan senang hati ya.. Hakikatnya nak publish entri travel ni cepat habis. Malas 😄😅


Part 1
Part 2
Part 3
Part 4


24 comments:

  1. hahahahahaha tetiba rindu laa plak saat2 moo menghasut kite tu hahahahaha

    ReplyDelete
  2. tu mesin perah kelapa noks...jd santan..tp mesin mcm kacau dodol tu nk beli laa boleh bukak kilang dodol nnt ;-)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. shopping ! sapa tak suka kan..

    ReplyDelete
  4. smpai 4 bahagian.. bahagia nya.. hahaha

    ReplyDelete
  5. bestnya nina...
    eyhhhh bru perasan..skali dgn anies ye??
    ehhh?? ehhh??

    ReplyDelete
  6. Jalan-jalan.. :D Reen follow blog sis :)

    ReplyDelete
  7. hahaha.. ada kawan kita bukan takat takut anjing jer..ayam pun dia takut..;p

    ReplyDelete
  8. bila nak update next lak ni... hehee

    ReplyDelete
  9. kite tau kite tau sapa yg takut ayam tu hahahahaha

    ReplyDelete
  10. bestnye percutian mcm nie.. adui bile la nk rasa pegi melancong cm nie..

    ReplyDelete
  11. hehehe bestnya tengok nina ngan kengkawan p jenjalan sambil shopping..

    ReplyDelete
  12. amboi seronoknye jln2 kt vietnam..bpa rm pakej ni..

    ReplyDelete
  13. Hee...seronoknya tgk...bestnya depa p sana

    ReplyDelete
  14. wow jalan2 tak hajak mummy...nangis tepi bucu mejalah.. heheh :P

    ReplyDelete
  15. Makan madu ditempat lebah..syokk tu!

    ReplyDelete
  16. lemon ngan madu pun sedap
    untuk perut kempis haha

    ReplyDelete
  17. suka sgt buat memek muka mcm2...hahahaha

    ReplyDelete
  18. nampak menarik la... lebih kurang macam thailand ke pemandangan?

    ReplyDelete
  19. bejalan bejalan bejalan :P

    ReplyDelete
  20. nina dgn muke semengah dipisah tiada..tp serius best percutian hgpa..muahsss

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.