15 Sept 2016

Makan Boat Noodle Di Sunway Carnival Mall, Penang

Assalamualaikum Readers..



 LUNCH DI BOAT NOODLE | SUNWAY CARNIVAL MALL

Lunch di Boat Noodle | Menternak lemak di Boat Noodle Sunway Carnival Mall, branch ke 2 di Penang. Dibuka bulan Julai lepas, orang sanggup beratur panjang. Lebih kurang scenario Magnum Cafe di Mid Valley. Maybe orang Seberang Perai malas nak masuk pulau terjah Boat Noodle di Queensbay Mall kot atau orang tak perasan restoran BN kat sana. Hahaha *kaki makan mesti alert 😀


Lunch di Boat Noodle Sunway Carnival


Alhamdulillah, harini berjaya juga makan dan sembang-punya-sembang tak sangka dah 2 jam. Saja ambil cuti nak settelkan urusan mak dan Nina dapat voucher 4 bowls tu, syarat kena makan on weekdays only. Nasib ada Nephew jenis makan apa saja. Peminat makanan Thai saja yang akan makan bermangkuk-mangkuk sebab kuahnya pelik. Kekeke


SEJARAH BOAT NOODLE


Aci tak aku cerita sejarah ni? Boat noodle berasal dari Thailand dan datang dari perniagaan yang kecil di atas bot di tengah negara Thailand. Jadinya, Boat Noodle ini telah sampai di Malaysia kerana mereka mendapat ilham bahawa rakyat Malaysia selalu busy dan tak sempat makan. Makanya, wujudlah boat noodle.




Apa yang menarik dengan Boat Noodle ni adalah Mee Sampan dia tu haa.. Mee Sampan ni ada 2 perasa dan boleh pilih makan dengan ayam atau daging. Apa yang membezakan mee sampan ni adalah perisa sup dia tu. Nina lebih suka perisa Pathumthani sebab dia ada pedas-pedas sikit dari Ayutthaya yang more to herbs
😉


Ayutthaya | Resepi ini berasal dari wilayah Ayutthaya di Bangkok. Rasa kuah sup berkrim gelap yang mempunyai lebih kurang 10 jenis herba. 


Pathumthani | Resepi menggunakan kicap pekat dan rasa masam dan pedas yang sikit. Dibuat menggunakan 19 herba, 5 jenis serbuk rempah, bunga lawang dan kulit kayu manis. 


Menu Boat Noodle . Klik untuk tumbesaran


Antara menu-menu hot yang korang boleh order sampai lebam. Alahaiiiiii, rindu pulak nak makan di Boat Noodle ni. Semua makanan Thailand. Kepada peminat masakan Thai aku rasa korang patut ke sini dan try semua menu yang ada


Pathumthani dan Ayutthaya bersama ayam (semangkuk harga RM 1.90)

4 mangkuk Pathumthani dan 2 mangkuk Ayutthaya . 4 bowls free pulak ! Grill Chicken Meatball (RM 4.90) Khop Khun Kha Boat Noodle


Mee sampan dan antara dua ni ada beza dari kuah dan rasa Mee ni korang kena makan panas-panas, kalau dah sejuk tak sedap. Dari segi minuman, mesti pilih Green Tea !!!! Mula lah mengidam Thai Ice Tea kat Songkhla. Mak aii pekat sebab tea depa tak ada campuran macam kat sini.


Muka kembang 3 mangkuk sekali dengan eyebag

Thai Popeye's Tempura (RM 6.90) sedap dan ranggup


Sayur bayam yang digoreng, ingat portion kecik rupanya besaq baq hang. Kruk krak kruk karak bila makan oii.. sos dia sedap . Makan sampai habis tinggal daun besaq. Hahaha. Kami terasa macam Popeye dan Olivia.


#Review Boat Noodle :

  • Makanan dan minuman memang tip top. Erghhhh . Rugi tak tapau Green Tea dengan Sangkaya
  • Perasan mangkuk yang dorang serve tak sumbing dan pecah. Adakah kerana outlet Sunway Carnival ni baru lagi makanya mangkuk 3000++ tak rosak lagi. FYI mangkuk2 Boat Noodle akan ada sumbing/pecah disebabkan pelanggan selalu ramai dan masa untuk membasuh mangkuk agak cepat. Purata sebulan mangkuk di tukar dalam 100++ dan setiap outlet dibekalkan sebanyak 3000++ mangkuk. Kesemua mangkuk didatangkan dari Thailand. Boat Noodle tahu akan hal makruh guna mangkuk sumbing ni dan mereka BERUSAHA menyediakan yang terbaik
  • Kebersihan dijaga
  • Meja memang kecik, makan berdua jenuh tak cukup space
  • Staf rajin bila tengok mangkuk pelanggan dah licin, terus minta nak basuh lettew, well done !
  • Sijil halal masih dalam proses
  • 85% pelanggan muslim
  • Servis mereka cepat dan pekerja ramai dan cekap
  • Bagi 4/5 🌟

Bajet Makan Berdua :



N03 P. Chick Thai Rice Noodle 4x - RM 7.60
N04 A. Chick Thai Rice Noodle 2x - RM 3.80
F08 Thai Popeye's Tempura 1x - RM 6.90
F03 Grill Chicken Meat Ball 1x - RM 4.90
B15 Ice Blended Thai Green Tea 1x - RM 8.90
B02 Thai Iced Coffee 1x - RM 6.90

SUBTOTAL (Exclusive GST) : RM 39.00
(MEV) 4 Bowls Free : RM 7.60
After Discount : 31.40
Service Charge (5%) : RM 1.57
GST (6%) : RM 1.98

TOTAL : RM 34.95


BOAT NOODLE | SUNWAY CARNIVAL MALL

Dibuka setiap hari
Jam 10.00 pagi - 10.00 malam


Official Instagram :
@boatnoodle
Official Facebook :
My Boat Noodle
Official Website : Boat Noodle


BRANCH BOAT NOODLE

1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane

2. The School at Jaya One, P2, Same Floor as Cold Storage

3. Ikon Cheras, G Floor

4. Berjaya Times Square, Level 2

5. Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a

6. Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C

7. Gamuda Walk, Kota Kemuning

8. Klang Parade, 5th Floor

9. D'Pulze Putrajaya

10 comments:

  1. wahh baru tahu boatnoodle.dr thai..ingatkan dr vietnam..akk.dr hari tu janji ngan.opis.mate nak.g mkn..tp.busy sokmo.
    huhu tp.memang suka greentea dia..sedap sangat..tp.kadang2 waswas jugak bila xde statua halal.ni

    ReplyDelete
  2. Uhu, sampai sekarang tak dapat merasa lagi Boat Noodle ni. Hmmm. Anyway, I just got back from Penang. Awesome food paradise!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nina,

    Wahh meriah Nina makan di Boat Noodle.. Saya dari hari ke sehari terasa ingin cuba makan di BN tapi masih belum kesampaian.. Bila Nina share cerita BN kat sini, senanglah saya nanti bila order sbb ada recommendation kann..

    Thanks for sharing, terus rasa lapar.. :-)

    ReplyDelete
  4. husna pernah cuba makan sekali je mee sampan nih.. serius tak boleh terima dek tekak.. nasib hari tu cuma nak cuba je so order pon tak banyak.. tp husna suka mee celup depa.. puas makan.. hihii..

    ReplyDelete
  5. sedap tengok makanan dekat atas ini

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi dapat try Boat Noodle ni. Tapi tengok gambo, portion makanan dia okay untuk makan bertingkat-tingkat! Hehe.
    Paling banyak berapa tingkat Nina pernah makan?

    ReplyDelete
  7. kat Klang Parade pun ada.
    dekat ngn uma Yaya
    tp xpernah ad kesempatan lagi nak p..huuu

    ReplyDelete
  8. ninaaaaaa
    ahkak teringin
    tapi ajak hubby dia tak lulus
    sob3

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa... tp selalu g times square mmm knape x nmpk ek? ke dah rabun? hahahaha

    ReplyDelete
  10. My brother recommended I might like this blog. He was once entirely right.
    This submit actually made my day. You can not consider simply how a lot time I had spent
    for this information! Thanks!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.