1 Oct 2016

Salam Takziah Buat Kawan Baik


Assalamualaikum Readers..


Orang kata, orang baik selalunya Allah sayang. Beruntungnya orang-orang yang meninggal time kecil sebab bebas dari dosa. Time reunion dengan housemates zaman study aritu, dorang ada bagi tahu ibu Mas di tahap kritikal, masuk HKL sebab kancer rahim stage 4. Lambat detect kata doktor, di tambah ada penyakit buah pinggang dan selang sehari kena buat dialisis jadi tiada apa dapat dibuat. Pagi 28 Sept, arwah meninggal. Sempat juga Mas balik KL. Sebak bila baca dalam group dia ws "Ibu kite dah takde" 😢


Alhamdulillah selamat dikebumikan pagi Jumaat


Pagi 29 sept, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam. Dari jauh kami kirimkan doa, yang mana stay KL ke kubur. Sedih sebab last jumpa tahun lepas, tu pun duduk rumah Mas. Semoga kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak yatim ni. Aminn..



Bukan nak ulang tayang gambar ni. Yang depan kiri tu Maslinda (ex housemate) dan kakak, Mastura Zakariah. Cousin dorang pun baik. Baik la tu bagi Nafis drive sepanjang stay KL. 


Bukan mudah nak dapat kawan yang tak berkira dan baik. Tak pernah kedekut dan ada bagi pinjam duit kalau ayah bank in duit lewat. Hurm.. Kalau ada jangan lepaskan. Entah bila nak turun KL 😌



8 comments:

  1. Innalillah... takziah untuk kawan nina dan family

    ReplyDelete
  2. salam takziah utk keluarga arwah..semoga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
  3. Alfatihah....sedihnya.
    Satu bentuk rezeki jugak tu Nina bila kita ada kengkawan yg baik baik...

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat kwn nina..smoga roh arwah dicucuri rahmatNya..
    Amin

    ReplyDelete
  5. Takziah buat kawan nina.. semoga tabah melalui dugaan Allah..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.