6 Jan 2017

Al-Fatihah Buat Pak Andak

Assalamualaikum Readers..


Speechless.. Tak tahu nak mula entri ni. Permulaan tahun baru yang menyedihkan buat kaum keluarga. Orang lain gembira bercuti, kami menangis. Arwah adalah pak cik kesayangan, memerangkap adik ayah yang ke tujuh. Adik yang pertama pergi dulu. Yaa.. sampai sekarang masih tak percaya Pak Andak dah tak ada.



Bunga kemboja sinonim dengan tanah perkuburan


Penang International Airport



1 Januari 2017, tengahari itu, mak terima panggilan dari Paksu. Pak Andak meninggal pukul 11.05 pagi. Dapat tahu, air mata ni tak henti-henti turun. Mak pesan jangan menangis depan ayah, tak nak tambah sedih dia. Kami pun siap-siap balik ke Bayan Lepas awal sikit, since jenazah ada di Hospital Pulau Pinang. Nak kebumi lepas Asar. Mak tak dapat ikut, time tu pulak jiran buat kenduri.



26 Disember 2016, Pak Andak admitted lepas mengadu sakit di perut dan susah nak bernafas. Tak terjangka akan sakit teruk sebab sebelum ni sedia maklum hanya sakit Gout. Rupa-rupanya ada cerita "benda" lain selepas buat MRI. 



Since aku dan sepupu sampai kubur awal, Pak Lang dah siap korek liang lahad. Pha Is kenal tak Siti Sarah ni kerja bahagian farmasi HPP


Wahai ahli kubur, semua orang akan ke sini juga



27 Disember 2016, ada hikmah rupanya Nina apply cuti, itu kali terakhir tengok Pak Andak di hospital walaupun tak dapat cakap, cuma dapat tengok sekejap sebelum doktor proses perut arwah. Kata abang Bad, doc tebuk nak keluarkan angin dalam perut. Reaction mestilah pelik. Dengan keadaan arwah yang kurus cengkung, pakai oksigen then lepas tu balik sebab waktu melawat dah nak tamat 7 malam. Balik rumah, suruh ayah pergi melawat keesokkannya, masa tu memang dah mula tak sedap hati. Ajal boleh datang bila-bila saja. 



Since masuk wad, Abang Bad dan Paksu saja bergilir-gilir menjaga Pak Andak. Nasib baik Paksu boleh menjaga, bekas pekerja hospital. Senang keluar masuk tak macam pelawat. Keadaan macam ada harapan nak baik, dah boleh bercakap dan bergurau. Teringin nak makan kari kepala ikan, macam-macam lagi. Tak habis-habis Paksu kenakan Nina, bagi tahu datang hospital naik basikal (entri lain). 



Jejaka bunga. Dah besaq anak-anak sedara


Comel belalang kelabu ni. Dah habis talkin dibacakan belalang pun hilang . Kelakar air dalam jag ni disangka air teh tarik, nasib tak berebut sesama sepupu 😄



30 Disember 2016, dah boleh balik rumah. Kami semua ingat tiada apa-apa yang serius dengan Pak Andak. Ada harapan untuk sihat macam biasa tapi kelegaan hati kami semua hanyalah sementara.



31 Disember 2016, petang tu dimasukkan ke wad semula selepas tiub di perut tertanggal. Doc cakap tak dapat buat apa-apa. Ya, Paksu walaupun sakit urat terpaksa jaga di wad. Malam tu, dari ceritanya, Pak Andak dah mula nazak, dah mula "cakap bukan-bukan" , dah mula kata "mak panggil" (Tok Hawa), bagi tahu tarikh meninggal mungkin 1 atau 2 aribulan, cakap antara mereka adik-beradik dia pergi dulu. Tanda-tanda kami kena bersedia.





Kubur Pak Andak dikelilingi kubur kesemua ahli keluarga ayah. Raya nanti kami datang ya 



Cerita Abang Bad pada ayah amat mengejutkan, selama ini sepupu Nina sangka ayahnya sakit-sakit biasa rupanya ada "benda" lain. Derita terkena buatan orang juga, Astarfirullahalazim... Pergi berubat terkeluar 3 jarum/paku, serbuk kaca dan buluh dalam perut. Patut lah doc tak dapat buat apa-apa di usus. Terlalu lama dalam usus dan kuman dah merebak ke paru-paru. 



Segala perbuatan orang itu hanya Allah saja yang membalasnya. Hanya arwah saja yang tahu siapa pelakunya. Apa salah arwah hingga dengki dan busuk hati. Allahuakbar. Di dunia terlepas, di akhirat tak mungkin. 



Ramai orang datang hantar jenazah, ramai orang bacakan doa, anak saudara bacakan talkin, anak kebumikan bapanya, mak cik juga pandai kafankan jenazah abangnya. Alhamdulillah



Alhamdulillah, tepat pukul 6 petang (1 Jan), jenazah selamat dikebumikan. Semua urusan dipermudahkan Allah. Syukur cuaca mendung, seakan-akan sedih. Macam perasaan kami. Ramai orang datang rumah, sanak saudara juga ramai, sorang-sorang siramkan air limau kasturi sebelum dikafankan, beri ciuman terakhir. Ya Allah, sejuk masa cium pipi, bersih muka arwah, mata tertutup rapat, wangi sangat. 



Gambar terakhir yang ada dalam simpanan. Pak Andak (berbaju putih). Tinggal 4 beradik lelaki termasuk ayah


Raya tahun ni takkan sama macam tahun-tahun lepas. Dah tak ada sakat-menyakat, mesti rindukan arwah. Teringat arwah pernah cakap nak masakkan nasi minyak untuk kenduri Nina nanti. Lepas ni Mak Cik kena cari tukang masak nasi untuk kateringnya, takkan ada pengganti sebaik abang (Pak Andak) . Sedih bila mak cakap jaga diri, jangan sampai tergeliat (terseliuh) sana sini nanti siapa nak betulkan urat. Pak Andak sangat special, arwah pandai mengurut. Sepupu-sepupu pesan benda yang sama jangan lasak.



Al-fatihah.. Dalam ingatan,
Bong Bin Mohd Zin
2.1.1950 - 1.1.2017


10 comments:

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Al-Fatehah

    ReplyDelete
  2. ... إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎
    Takziah diucapkan kepada ayah & keluarga Nina.. Semoga roh Pak Andak Nina dirahmatiNya & diletakkan di kalangan para solihin..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.
    Salam takziah buat Nina dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah..salam takziah..

    ReplyDelete
  5. AL-FATIHAH...
    moga arwah dccri rhmat dariNYA..
    salam takziah

    ReplyDelete
  6. takziah kpd nina sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. salam takziah..smoga roh arwah dicucuri rahmatNya..amin

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.