25 Jan 2017

Resepi Sup Siput Remis

Assalamualaikum Readers..

 
Resepi Sup Siput Remis | Resepi lama dok dalam draft. Untuk tahun 2017 ni tak ada lagi resepi baru nak share. Baiklah, mana dapat siput remis banyak ni? Semuanya dari kampung, kampung dekat laut tapi nak mencari sorang pun malas, last-last my Pak Tam rajin mencari, tak dilupakan anak sedara dia yang suka makan. Ingat lagi last kutip remis di Pantai Chenang tahun 2008. Perghhh lamanyaa. Setahu Nina bukan semua pantai ada siput remis, pantai bersih pun belum tentu ada.



Sup Siput Remis

Nakkan siput remis fresh selepas kutip, rendamkan bersama air laut



Sup Siput Remis ni suka makan dengan nasi kosong, makan bersama isi remis dan sup, rasa manis dengan bau serai. Ada juga setengah rebus gitu saja dan masak bersama bihun. Ada juga pernah dibuat sebagai lauk nasi lemak


Lebihan isi siput remis dah siap rebus, masak bersama bihun



Bahan-Bahan :

Siput remis
1 ulas bawang merah & bawang putih
2 batang serai (dipatahkan dan ketuk sikit)
Sedikit garam



Cara-Caranya : 
 

1. Basuh kesemua siput-siput remis.
 
 
2. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing / kekuningan.
 
 
3. Masukkan air untuk merebus, siput remis, serai dan sedikit garam.


4. Rebus sehingga kesemua kulit siput terbuka. 



12 comments:

  1. Lala sama tak dengan siput ni.
    Mrs. A panggil Lala rupa dia lebih kurang macam nilah jugak

    ReplyDelete
  2. sedap ni Nina, masa akak kat kampung dulu kerap juga pergi pantai mencari remis ni..balik masak cabai..pastu ratah atau makan depan tv..sampai pedih bibir2 duk gigit kulit dia nak buka..tapi remis kat kampung akak kecik2 jer

    ReplyDelete
  3. tk pernah makan..nampak sedap..sup siput, mesti manis..

    ReplyDelete
  4. apa beza siput remis dengan lala? ke, sama je? ke, lain2? hehehe

    ReplyDelete
  5. dedulu bila g pantai mmg rajin mengutip tp laa ni pantai pun mcm x berapa nak bersih n remis pun mcm dah kurang je

    ReplyDelete
  6. lya pom belambok dlm draft post resepi.. bila nk publish ntah..hahah

    yumsss..sedapnya.. seafood ni mmg feberet lya.. leh try buat sup mcm ni..

    ReplyDelete
  7. sedap nih remis, lama tak makan.. dulu suka cari kat belakang rumah arwah maksu..

    ReplyDelete
  8. kira suka buat masak serai pedas. tapi tula dah lama tak makan sebab pedas yakmat. lepas cirit laki bini ritu memang dah lama tak sentuh lagi huuuu

    ReplyDelete
  9. wow..sup siput..
    ade ea resepi ni..hehehe

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan lagi remis ni...

    ReplyDelete
  11. remis dengan lala tu sama ke?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.