16 May 2017

Dapoq Pak Beh Ramadhan Buffet Di Iconic Hotel Penang

Assalamualaikum Readers 😘


Dapoq Pak Beh Ramadhan Buffet Di Iconic Hotel Penang | Iconic Hotel | Tak lama lagi Ramadhan tiba, time ini lah masing-masing nak survey ramadhan buffet di hotel-hotel. Pelbagai hotel telah memulakan promosi makanan mereka tak terkecuali Iconic Hotel. Antara tarikan mestilah makanan dan harga yang ditawarkan.


Performance di luar pintu masuk

Mezza9 (naik tangga dari lobby)

Welcome


Berita baik bagi penduduk sekitar Seberang Perai, Iconic Hotel boleh dikatakan hotel baru dan menawarkan ramadhan buffet pada harga berpatutan dengan pilihan lebih dari 160 jenis makanan yang disediakan. Ternyata tak rugi company adakan meeting disini rupanya makanannya memang sedap 😋😋😋 Thumps Up!



MENU UTAMA DAPOQ PAK BEH RAMADHAN BUFFET



Main dish yang membuka selera kami, pelbagai jenis lauk yang menjadi pilihan untuk pihak hotel sajikan buat pelanggannya. Kesemua makanan traditional pastinya menarik minat sesiapa saja untuk merasa. Menu yang paling sedap bagi Nina seperti Daging Masak Hitam Berbijan (daging lembut), Ketam dan Sambal Udang.


Nasi Ayam Hainan (Ayam Panggang, Nasi Ayam, Sup Ayam, Cili, Kicap, Tomato & Timun)

Satay Ayam dan Daging, Kuah Kacang, Bawang, Timun & Nasi Impit

Rendang dan kari kot

Ayam Goreng Madu Berbijan, Daging Masak Hitam Berbijan, Sayur Campur dan Telur 

Ayam Percik, Warung Shawarma Ayam, Ayam Masak Merah

Ketam Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang Bersama Petai

Nasi Tomato, Nasi Putih & Nasi Beriyani



MENU ANEKA SAMBAL MELAYU & ULAM-ULAMAN, ANEKA KERABU, GADO-GADO, 



Buat penggemar ulam-ulaman, boleh makan bersama aneka sambal melayu. Kesemua ulam dan sayur served dalam keadaan fresh. Juga disediakan Gado2, pelbagai jenis kerabu dan makanan tradisi yang lain. 


Sambal Belacan, Cincaluk, Sambal Mangga dan Budu

Tauhu Sumbat Sambal Kacang, Acar Jelatah, Kerabu

Cuba teka apa itu Bulu Ayam? Heheh

Gado-Gado Kuah Kacang

Telor Masin, Tempe Ikan Bilis & Ayam Pandan


ANEKA PERISA AIR MINUMAN 


Tebu, Bandung serta Cincau & Soya

Sirap Selasih, Orange & Ice Lemon Tea (sedap)

Nescafe Tarik dan Teh Tarik



LIVE COOKING FRESH & KESEDAPAN BUBUR DARI DAPOQ PAK BEH 



Kalau namanya buffet mesti ada live cooking makanan dari chef-chef handal hotel masing-masing kan? Iconic Hotel juga adaa.. Meh kita tengok apa yang fresh from 'kuali' 😄😄 Buka saja penutup, terus bau semerbak makanan yang disediakan panas-panas. 


Pulut bersama kuah durian.. Memang sedap! Rasa durian yang segar

Puding Roti

Sos pudina tak silap

Goreng-goreng Panas (Ubi Keledek, Pisang Goreng, Cempedak, Sukun, Keropok Lekor, Otak2 dan Murtabak Ayam bersama bawang jeruk)

Bubur Kacang Hitam, Bubur Lambuk, Serawa Pisang, Sup Kambing Berempah

Sup Daging Utara

Roti Jala


DESSERT YANG SEDAP, AIS KACANG DAN KUIH MUIH PUN ADA


Untuk dessert boleh kata WIN! Sebab banyak sangat kek, puding dan kuih muih traditional termasuk aiskrim juga ada. Hee, tak sempat ambil gambar pulak. Nevermind datang sini, boleh tengok semua depan mata 😉😉


Aneka Puding Jeli

Sagu

Ais Kacang Pelangi (Krim Jagung, Kacang Merah, Buah Nau, Cincau, Sagu Mata Kucing dan Lain2) . Recommended sedap manis dan self service

Kek pun sodap.. Suka ada kacang hazel dan Cream Puff Durian dan Tart Durian!! Sedapnyaa

Aneka Kuih Melayu & Nyonya (Kuih Seri Muka, Buah Melaka, Kuih Tako, Cucur Badak, Onde-Onde dan lain2

Laici Kang

Makan Ais Krim jangan lupa letak ini



MENU SAMPINGAN DAN KUDAP-KUDAPAN


Last menu Nina nak bagitau, dah habis makan makanan berat, korang boleh makan jajan, kudapan atau try rasa menu sampingan seperti rojak, laksa, roti bakar, kerepek dan lain-lain. Sambil sembang rancak sambil kunyah, confirm tak sedar dah habis 😆😆


Aneka Keropok (Ikan, Sayur, Udang, Bawang, Papadum, Kerepek dan Lain2)

Buah Jeruk (Cermai, Betik, Mangga, Kelubi, Kedondong, Salak, Jambu Batu, Sengkuang dan Lain2)

Kuih Siput sedap juga

Roti dan Mentega

Buah-buah bermacam jenis pun ada

Laksa Asam

Rojak

Bihun, Mee Goreng, Char Kuew Teow

Tayang muka kenyang


Kesemua menu di Iconic Hotel sedap. Jadi apa tunggu lagi. Terima kasih Ms Joanne untuk jemputan review dan so far suka dengan chef-chef Iconic, so friendly and quite funny. Boleh tanya apa saja menu yang tak sure, mostly mereka akan layan dengan senyuman 😍😍



Complimentary Voucher Iconic Hotel



Early Bird Voucher - RM 48nett *Hurry Up!
From 27 May - 24 June 2017
Call : 04-505 9988



ICONIC HOTEL PENANG

71, Jalan Icon City, Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang


8 comments:

  1. ada sate dgn kambing bakaq... fuhh meletopp.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnye laa hai tengok sume makanan tu.. dah nak puasa nie memang banyak dah dapat flyers buffet ramadhan..

    ReplyDelete
  3. Hurmm.... bestnya nampak semua food tu.

    Untung orang yang pandai makan. Boleh makan sampai lebam ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  4. nina habiskan semua ke lauk pauk ni? hahaha

    ReplyDelete
  5. Mknan byk sgt..
    Sampai xtau nak makan apa😂😂😂

    ReplyDelete
  6. 160jenis? Pas solat sambung mkn sampai sahur boleh 😹

    ReplyDelete
  7. sume kbnykn lauk mskn tradisi ni

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.