8 May 2017

Resepi Jus Avocado Coklat

Assalamualaikum Readers 😎

 
Resepi Jus Avocado Coklat | Jus Avocado | Cara Memilih Buah Avocado | Balik dari Indonesia, teringat jus Alpukatnya yang sedap dan berlemak. Di sana buahnya jauh lebih besar dan murah! Di Malaysia, bermacam jenis dan bentuk buah Avocado depend on country yang dieksport ke negara kita. 


Bahan-bahan jus avocado. Nina beli 2 jenis buah avocado

Boleh juga tambah aiskrim dan biskut!
 
Jus avocado coklat bersama aiskrim vanilla dan coklat


 

Buah ini agak asing bagi surirumah, surihati haha.. Ada yang tak pernah makan atau minum jusnya. Meh nak share tips memilih buah Avocado :



1. Pilih buah yang berwarna hitam, tandanya buah sudah masak. Jima 

 
 
2. Jangan di cungkil, cucuk atau picit avocado guna hujung jari, boleh mengepal avokado dengan tapak tangan, jika lembut dah masak.

 
3. Buah yang belum masak, jangan simpan dalam peti sejuk. Letak saja di luar.


4. Buah avokado yang telah busuk berwarna hitam isinya tidak boleh dimakan

 
 
Buah avocado hampir ranum. Isi terlalu lembut



Bahan-Bahan :
 
 
1 biji buah avocado yang dah masak atau ranum

1 cawan susu Dutch Lady

Sirap coklat cair Hershey's

Beberapa kiub ais

Gula secukup rasa

 
 
Jus avocado coklat sedap. Minum banyak pun tak gemokkkk



Cara-cara :
 
 
1. Potong buah avocado kepada 2 dan buang bijinya, korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender
 
 
2. Masukkan susu, gula, ais kiub dan sedikit air

 
3. Blend sehingga halus (semakin lama, jus akan menjadi pekat). Tambah air jika mahu sedikit cair
 
 
4. Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat mengikut citarasa. Siap!
 
 

18 comments:

  1. Menarik ...tak dapat bayangkan lagi rasanya macam mana

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.tapi avocado mahal T.T

    ReplyDelete
  3. sedapnye..boleh cuba buat sendiri nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam singgah pagi dik....sedapnya jus avocado coklat tu...

    ReplyDelete
  5. wah, saya pernah rasa minuman ini masa saya di medan, indonesia...sedap sangat!

    ReplyDelete
  6. Baru ni try order avacado dekat lombok..saja nk try..tp tak boleh nak telan nina..huhuhu..tak kena taste kot..

    ReplyDelete
  7. sedap ! kat Indon famous air ni

    ReplyDelete
  8. Sy tak pernah makan atau minum jus Avokado ni 😂 Tetiba rasa kesian pula kat diri-sendiri 😝

    ReplyDelete
  9. xpernah minum air avokado..
    tmbh coklat tu..sdp ke..huu

    ReplyDelete
  10. Kalau isi dah hitam dan berakar blh mkn lg x

    ReplyDelete
  11. Mmg sedap. klu mkn rAw pun sedap :)

    ReplyDelete
  12. balik sarawak gi Serikin...beli avocado bru rm7sekilo..laki sy org semenanjung.bantai beli smp 5kg...hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.