29 Nov 2017

Resepi Bingka Labu Berkismis

Assalamualaikum Readers 😄


Resepi Bingka Labu Berkismis | Morning everibadi, at the end Nov 😅 Nak share resepi baru, mak Nina rajin pi kelas masak setiap khamis dapat lah makan benda baru 😆😆 So this one dah buat testimoni sebab sedap dan jadi fav pulak. Officemate 'mata sepet' makan sampai licin. Hahah


Lembut tak keras. Bingka kalau keras kematu tak makan

Bingka Labu Berkismis siap


Cuti direct sampai ahad nanti boleh la korang cuba. Bahan tak mahal, sendiri mau masuk perut. Haha.. 


Bahan-Bahan :

500g Labu Kuning (1 Biji)
2 Cawan Santan Pekat
2 Cawan tepung gandum
2 Sudu Marjerin/Butter
4 Biji Telur
1 Cawan Gula
Secubit Garam
1 Kotak Kismis


Cara-Caranya :

1. Rebus labu sehingga empuk. Masukkan sedikit garam. Toskan.


2. Lenyek labu dalam bekas bersama margerin (akan cair sebab labu masih panas).


Labu lenyek

Putar telur


3. Pukul telur di dalam bekas lain, kemudian tuang ke dalam adunan labu.


4. Masukkan santan, gula, tepung gandum.. Pukul lagi menggunakan hand hingga sebati.


Sudah siap bahan. Ada saja tukang pengacau. Pantang bau makanan ada marjerin. Memang suka

Ready untuk dibakar


5. Tuang adunan ke dalam loyang 8"×8" / 9"×9" yang telah disapu sedikit marjerin. Nak letak minyak zaitun pun boleh.


6. Tabur kismis secukupnya.


7. Bakar selama 1 jam menggunakan suhu (180c).



SELAMAT MENCUBA ! TAK CUBA TAK TAHU 😃😃



8 comments:

  1. tlg simpan sket. nnt sy dtg amik ya ;-)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lg...suka semua jenis bingka..

    ReplyDelete
  3. Cantik rupa paras kejadian bingka tu. Nanti akak nak cubalah. Kena pi cari labu dulu :)

    ReplyDelete
  4. Suka makan labu tapi tak suka kopek labu. Acane tu?hihi....
    Tengok gambo pun dah tau sedap Nina... sunnah ni kan makan labu

    ReplyDelete
  5. tengok gambar pun dah rasa sedap..

    tambah lagi kalau ada kismis..

    memang terbaik..

    cuma tak tau bila lagi boleh cuba nie.

    ReplyDelete
  6. ceq baru perasan ada umat berbulu di situ. umat tu tolong baut ke tlg kacau? hahahaha

    ReplyDelete
  7. Sedap tak ? CCL sejenis yang tak suka makan labu

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.