4 Feb 2020

Kisah Makan Dan KFC Celebration Bucket

Assalamualaikum Readers
 
 
Cuba Menu Baru KFC Celebration Bucket | Kalau masuk ke blog Nina, tak habis-habis entri mengisahkan makan-makan, apa yang dimakan, sedap ke tak sampai konfius tuan punya badan sebab baju dah ketat tapi berat tak naik-naik, ke mesin timbang kat rumah tunang tu dah rosak. Haha.. Sampai sekarang menjadi misteri. Disebabkan malas, jadi cerita hujung minggu lepas menjadi satu. Bayangkan dalam dua hari, makan sedap saja, nauzubillah jangan follow Nina tau.
 

 KFC Celebration Bucket

50% makanan buffet sedap
 

 
Dimulakan dengan tengahari Sabtu lepas, puasa separuh hari semata-mata nak makan lunch buffet (bersama officemate, bos lanje sempena CNY) di The Light Hotel, Seberang Jaya. Walaupun ada menu buffet yang tak sedap tapi layan sajalah sebab free (officemate wasap dia beri-beri lepas makan). Nasib tak sakit perut. Balik dari makan-makan, rushing tukar baju dan pi kenduri anak Acu di SMK Sri Muda, Penaga. Sehingga ke malam, dah lama mem besaq merengek nak makan udang KFC. So, layankan saja.. Anak pun sorang saja siapa lagi nak melayan kalau bukan Nina. Tunggu ada menantu pulak macam mana ya. Hehe..



Pengantin macam bosan tak tahu nak buat apa

5-pc combo celebration bucket RM 38.90 (2 air minuman ais lemon tea) - sekor udang dah hilang dalam perjalanan balik ke rumah, alahai mak


Sementara stok masih ada cepat ke KFC, sebenarnya nak udang tapi disebabkan udang kena beli dengan set ayam, redho jelah. Pejam mata bayar. Itu pun, Nina drive thru ke KFC PETRONAS Seberang Jaya.. Sebenarnya, kalau ada restoran drive thru ni memang memudahkan urusan, pemalas nak beratoq (beratur).         
 
 

5 comments:

  1. waalaikumussalam. pernah makan bucket ni, shrimp dia tu macam tak puas hati jugak la. mungkin sebab kami ramai, kejap ja habis. haha

    ReplyDelete
  2. seb baaaiiikkkk Ayah eh baru beli kepchi malam semalam he3
    kalau tak mesti blk kije karang dah kena singgah :P

    ReplyDelete
  3. dah try shrimp popper tu sedappp gilaa. tp saiz dia gitu jelah cenonet je tak beso mana hahaa. nasib baik rasa dia sedap

    ReplyDelete
  4. Tak puas rasa makan udang 5 ketul. Susah lah kalau kena beli by package xboleh beli ala carte kan.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.