12 Feb 2020

Subway Ultimate Italian Cheesy Garlic Bread

Assalamualaikum Readers
 
 
Subway Ultimate Italian Cheesy Garlic Bread (Limited Edition) | Subway Baru Edisi Terhad | Siapa peminat roti pasti nak cuba menu baharu dari Subway tetapi hanya edisi terhad sahaja. Cuba sebelum terlambat. Dah cuba sekali, rasa nak lagi. Inti roti tu nampak penuh disebabkan cheesenya di dalam. Tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Nasib baik di PETRONAS Seberang Jaya ni ada subway, balik kerja singgah tapau, 3 Feb lepas, sebabnya sehari sebelum tu, Nina singgah malam tapi staf kata dah simpan cheese, nak tunggu cheese cair ambil masa lama. Better jangan beli malam okay, nanti kempunan. 


Sejenis makan subway mesti ada sayur sikit

Subway Ultimate Cheesy Garlic Bread (Limited Edition)


Ada dua jenis inti yang boleh dipilih iaitu ultimate chicken dan ultimate Italian, jenis roti boleh pilih juga jadi Nina pilih Italian bread dibakar bersama cheese. Kalau sebelum ni, makan subway roti tak ada cheese tapi untuk edisi ni, taburan cheese dibakar bersama roti, bila buka mulut nak makan, bau aroma cheese. Apapun kena cuba baru tahu. Hee..     



2 jenis keping slice dimakan bersama sayur-sayur, hanya RM 14.65 termasuk minuman
 

5 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.