7 Apr 2020

Resepi Kacang Buncis Goreng Telur

Assalamualaikum Readers


Resepi Kacang Buncis Goreng Telur | Resepi mudah dan cepat dimasak. Maceh tunang hadiahkan 30 biji telur sempena musim covid ni. Sweet cara dia 🤦🏻‍♀️😂 Semua lelaki sweet tak sama janji effort tu ada. Lama-lama muka macam teluq ayam 🥚🥚🥚 Alhamdulillah semalam berjaya puasa sunat + ganti puasa 🤲🏼 Terfikir menu apa yang sesuai untuk makan soq (sahur), jadi inilah hasilnya. Masak dan terus lena. Masak cara malas janji sedap dimakan. Hee puji diri sendiri tak mengapa kot 🤭


Kacang buncis telur siap


Kacang buncis ni dah beli dari minggu lepas, kalau tak korbankan jawabnya busuk lah dalam peti ais tu. Tak nak membazir kita korbankan semuanya, boleh simpan untuk berbuka sekali. Musim covid ni, masak menu serba sikit, tak membazir. Ramai lagi yang tak mampu nak beli makanan sebab tak kerja. Hmmm.. Yang mana ada duit tu, guna dengan sebaiknya. Nina tak risau sangat janji stok makanan kat rumah tak susut. Masih lagi boleh saving duit kawen walaupun kena postpone ke tahun depan atau wabak covid dah lenyap 😞😭 Ok jangan sedih. Mungkin ada hikmahnya, bersangka baik dengan Allah. 



Biarkan udang berenang sehingga masak

Part last masukkan telur dan gaul sebati



Bahan-bahan :


7 batang kacang buncis
1 biji telur
6-7 ekor udang
Setengah batang lobak merak (dipotong bulat)
Perasa dan garam secukupnya
1 sudu lada sulah/lada hitam
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sos tiram



Cara-caranya :


1. Tumbuk bawang merah dan putih sehingga lumat.


2. Masukkan minyak dan goreng bawang sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sedikit air bersama sos tiram, garam, perasa dan lada sulah.


3. Masukkan kacang buncis dan lobak merah sehingga masak.


4. Masukkan udang dan biarkan separuh masak sebelum pecahkan telur dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan! 👍🏻👍🏻


2 comments:

  1. Hikmahnya Nina asah skills memasak.
    Pandang sudut positif PKP. Satu hari jadi kenangan. Harap sekali sahaja hadapi PKP.

    ReplyDelete
  2. hahaha comel je ayat2 dia.. skali 30 bijik terus dia kasi. nak make sureee awak ada bekalan makanan tu..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.