29 Apr 2020

Resepi Potato Fingers

Assalamualaikum Readers



Resepi Potato Fingers | Dapat resepi ni di FB tapi bila cari balik dah tak jumpa. Banyak kali tuan empunya resepi akan hide lepas share resepi. Tak pasti kenapa dan sebab itu Nina screen shot simpan dalam fon dan cuba buat. Tak cuba tak tahu kan. Sesuai sangat untuk minum petang Nina dan keluarga pada 10 April lepas 😋 Dah lama buat baru teringat nak share. Hehe.. sesuai lah buat untuk anak-anak bulan puasa ni. Tak susah nak buat.



Potato Fingers dah siap!


Potato fingers ikut suka hati nak bentuk macam mana



Makan panas-panas cicah sos cili memang sedap 😋😄 Tapi tak sesuai buat frozen sebab bahan utama kentang. Memang takkan tahan lama sebabnya rasa kentang akan bertukar rasa masam. Kalau teringin nak makan, kena habiskan juga. Ikut resepi ini akan dalam satu tapaware dalam 25-30 biji. Kalau nak buat dalam kuantiti sikit boleh kurangkan bahan-bahan ya. 




Gaulkan semua bahan-bahan. Lobak terlebih banyak pula Nina letak


Bahan-bahan pun simple



Bahan-bahan :


3 biji kentang
5 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
1 pokok daun bawang dihiris
Setengah batang carrot dicincang
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam


Nota : Tepung beras untuk potato fingers yang ranggup. Kalau tak ada tepung beras boleh letak tepung jagung saja.




Dah boleh start buat bentuk janji menjadi bila goreng



Cara-caranya :


1. Rebus kentang dan lenyekkan.

2. Masukkan semua bahan di atas dan gaulkan.

3. Bila doh nampak kering tambah 2 sudu kecil butter/minyak.

4. Bentukkan macam mana korang suka. Boleh buat dengan anak-anak.

5. Biarkan selama 5-10 minit dalam dalam peti ais sebelum goreng.

2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.