11 Apr 2020

Suasana Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Assalamualaikum Readers



Suasana Kawalan Pergerakan Covid-19 Jadi Kenangan | Siapa sangka dalam sekelip mata, wabak merebak ke seluruh negara. Tanggungjawab seorang anak dan anak tunggal ni tak boleh nak harapkan orang lain. Semoga Allah lindungi kami sekeluarga. Ibu bapa Nina berisiko untuk dijangkiti, memang risau kalau biarkan keluar sendirian beli barang-barang makanan. Dapat juga tengok situasi dan waktu sekarang boleh tengok perangai-perangai manusia 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Duduk bandar tapi .... Entri buat tatapan dihari tua dan pertama kali negara hadapi situasi ini jadi banyak rakyat yang tak bersedia, buat tak endah bla bla.



16 Mac 2020 - Selesai maghrib tunggu tunang mai pick up dan ke Mydin . Masa ni rakyat dah mula  panic buying tapi masih terkawal, Nina start membeli awal sebab tak nak bersesak-sesak 


23 Mac 2020 - Hampir setiap hari polis akan buat rondaan tapi bila malam orang keluar lepak macam tak ada hari lain


24 Mac 2020 - Seawal pukul 8 pagi keluar pi market Seberang Jaya, beratur panjang, jarak 1 meter tapi bila masuk kawasan nak membeli jarak memang tak ada. Risau tetap ada.


Roadblock . Selalunya jalan ni kalau pagi memang jem, jalan paling malas nak guna kalau pi kerja tapi time Covid ni rasa awkward tengok jalan sunyi


Balik dari market singgah sini, rupanya dah ramai tunggu dalam kereta. Nasib buka pukul 9 pagi


Singgah Mydin pula, ini masa yang sesuai nak singgah Watsons, kalau hari biasa tak boleh shopping barang make up dengan tenang



Roadblock merata-rata


26 Mac 2020 - Ajak client buat jejak kasih di Mydin . Sebenarnya dia nak keluar beli barang tapi face mask tak ada, jadi Nina bagi free. Kesian pula anak yatim, tinggal dengan mak


27 Mac 2020 - Keluar ke Billion cari makanan kucing dan sekotak air mineral, amat memeranjatkan sebab tak ada langsung SOP PKP, macam masuk market


Panic buying masih ada


Nak balik pun masih ramai beratur dan management masih FAIL nak letak tape ke apa


28 Mac 2020 - Market Seberang Jaya, walaupun pukul 8 dah ramai beratur tapi orang-orang tua mana lah ikut peraturan sangat


1 April 2020 - Lepas subuh tunang dah try buka KWSP malangnya tak boleh buat permohonan sebab Nina tak update no fon baru 😭😭 Tunang pulak tak daftar online, pagi-pagi dah datang rumah, tak takut kena tahan polis lah dia ni . Terpaksa Nina masuk Penang sebab kena buat permohonan secara manual dan email. Nasib baik ada office kawan, selesai masalah.

Kami masuk lane berbeza, bila polis tanya terus cakap nak beli barang dapur untuk mak mertua tapi barang tak ada 🤦🏻‍♀️😂 Nasib baik polis beri kelonggaran tapi no plat kena catit ler (memang tak boleh pakai ayat tunang ni, erm dia mai rumah mesti bawa makanan) 


Cantiknya langit lepas MCO ni, udara pun bersih


4 April 2020 - Market Seberang Jaya masuk minggu ke 2 PKP baru letak tape tapi still ada yang tak faham bahasa 🤦🏻‍♀️


6 April 2020 - Mydin terkawal dan patuh PKP


Mydin sekat kemasukan beli barangan basah (ikan, ayam, sayur, buah etc kepada 5 orang setiap masa)


Ada tape macam ni mudah nak beratur. Good job Mydin! 


9 April 2020 - Ambil ubat mak di Klinik Kesihatan Butterworth, baru perasan lorong ni ada pejabat agama tapi tengah renovate


Kat sini rupanya Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara Butterworth . Tak pasti pejabat pindah sini atau hanya sementara. Jauh juga ke Penaga jumpa roadblock polis, nasib tak tanya pi mana. Pheww



Alhamdulillah kes di Pulau Pinang masih lagi rendah dan tak banyak kes tapi kena jaga juga, virus ni boleh travel serata negara tak mustahil boleh travel serata negeri. Walaupun tak pasti bila negara akan bebas tapi teruskan berdoa. Semoga kita selamat.




6 comments:

  1. Selamat menjalani PKP fasa 3 pula

    ReplyDelete
  2. Wah Nina boleh tengok. Saya memang terkurung, abah yang keluar beli barang.
    Memang abah ke Mydin atau Econsave je.

    ReplyDelete
  3. Stay safe..takut jg bila dah ramai2 tapi tk jg SOP PKP..

    Dah jumpa pejabat agama, senanglah nanti urusan di kemudian hari..hehe..

    ReplyDelete
  4. Area sy red zone lagi takut nak keluar. Semoga kita semua dilindungi dan kes ni cepat selesai aamiin

    ReplyDelete
  5. rindu lak bila tengok gambar mydin mall. walaupun aku duduk kulim, tapi selalu gi mydin beli barang basah. masa PKP ni tak boleh nak pergi dah la sebab lebih 10 km.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.