13 May 2020

Panasonic 360 Quick Steam And Dry Iron

Assalamualaikum Readers



Panasonic 360 Quick Steam And Dry Iron | Patut lah mak beriya ajak cari iron bulan Januari lepas bukan untuk hadiahkan pada Nina tapi untuk diri sendiri. Asyik mengeluh iron lama sebelum ni tak tahan lama, cepat rosak dan mudah terbakar. Banyak baju dan sehelai tudung Ariani jadi mangsa (menangis bucu katil) 😭😭 Iron kalau beli harga RM 30++ tu sesuai bawa travel saja tak sesuai untuk pakai harian. Nah sekali beli harga RM 130 (sale CNY). Rezeki kami tinggal 2 stok sahaja. Iron jenis macam ni sesuai untuk mak-mak anak sorang atau dua 😁



Panasonic 360 Quick Steam/Dry Iron 



Punggung iron pun menarik. Senang nak iron celah-celah baju



Kenapa tak beli steam generator iron yang harga 600 lebih tu? Sebabnya kat rumah hanya 2 orang yang rajin gosokkan baju bila pakai keluar, steam generator tu sesuai untuk anak ramai. Banyak baju nak kena iron. Nina sangkakan iron yang beli ni akan jadi hadiah kawen nanti. Sayang pula nak ambil bawa ke rumah sewa. Biarlah beli yang baru nanti. Harap tak terbakar baju-baju mak bila iron. Tangan dia suka lah sentuh sana sini lepas tu lupa nak adjust bila iron baju 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Orang veteren biasa lah pelupa. Meh nak review iron dari Panasonic ni :




Beli sekali iron board di Mydin harga RM 30 (iron lama dah jadi mangsa cakar kucing)


Bahagian depan boleh spray air dan boleh adjust air spray tu


Permukaan tapak iron yang disaluti titanium, cepat panas dan cepat sejuk selepas digunakan







Apa yang best 360 Quick Steam/Dry iron :


  • Warna yang menarik dan ceria. Nina kalau bab pilih barang elektrik tak kisah warna tapi mesti lah menarik.

  • Ringan bila dipegang dan mudah nak iron. 

  • Design yang menarik! Siap ada tempat spray air. Selalunya tengok orang iron baju dengan cara rengiskan air atau guna spray air tu. 

  • Permukaan tapak iron diperbuat dari titanium coating, cepat panas dan cepat sejuk. Tak perlu tunggu lama untuk iron.

  • Jimat eletrik dan mudah nak iron baju-baju yang ambil masa sekejap. Sukakan design di belakang, sesuai nak iron kemeja dan di tepi-tepi sudut baju yang susah nak iron.

  • Sesuai untuk pasangan pengantin, keluarga pun tak ramai dan affordable. Kalau mampu boleh beli steam generator iron tu. 

Anak ramai kita beli ya. Hahaha. Anak sorang pakai biasa-biasa pun ok


4 comments:

  1. belakang dia rare la. hehe.

    ReplyDelete
  2. Ala ..cantiknya iron tu ..warna cute2 sangat . Semoga iron ni dapat bekerja lama tanpa rosak

    ReplyDelete
  3. manetau pasni dpt anak kembar empat trus beli yg besar gedabak lebih puas hati khannn., hehehhe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.