27 Jun 2020

McDonald’s Thai Green Curry Burger Sedap!

Assalamualaikum Readers



McDonald’s Thai Green Curry Burger Sedap! Kembali dengan entri makan-makan. Part makan burger McD ni, ada 2 cerita tapi Nina combine sekali lah. Malas nak taip panjang-panjang. Bulan ni McD keluarkan menu-menu baru yang tetap akan buat orang semua teruja. Burger Thai green curry ni, makan 2 kali dalam bulan ni sehari sebelum nikah dan hari nikah. Lapaq lepas buat inai berjam-jam. Hari nikah kami dilayan bagaikan tuan puteri oleh staf McD Bertam, Kepala Batas 😂😂 Nasib tak buat photoshoot dalam tu.



McD Thai Green Curry Burger RM 17.00


Sedap!! 



Sos hijau nampak sikit tapi bila makan meleleh




McD Thai Green Curry Burger ada dua pilihan boleh pilih ayam atau ikan. Setakat ni pilih ayam. Sedap ditekak dan sos kari hijau tak rasa pelik. Selera lain-lain. Yang belum cuba boleh la terjah. Kepingan ayam disalut dengan sos kari hijau yang sedap manis dan pedas yang tak terlampau bersama hirisan kobis purple yang ranggup. Rasanya kanak-kanak dan orang yang tak makan pedas pun boleh cuba.




Antara menu-menu yang boleh dicuba


Suami belanja parents Nina nasi lemak sorang satu. Total RM 57.65. Semoga murah rezeki suami


Mango McFlurry. Order lain bagi lain. Agak manis dari Mango Sundae. Hanya RM 5.19



Jangan lupa cuba kesemua menu-menu baru di McD sebelum kedatangan bulan Julai. Nanti keluar menu baru lagi dan lagi. Menggalakkan orang Malaysia bertambah gemok sejak PKP 😂😂 22/6 lepas, hari isnin dah alang-alang nak ke rumah mak, suami singgah McD belikan nasi lemak, itu faveret parents Nina sejak puasa. Nasi dan seketul ayam dah cukup kenyang. Semoga murah rezeki kami sekeluarga. 



1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.