29 Jul 2020

Majlis Perkahwinan Ika Dan Izzani

Assalamualaikum Readers



Majlis Pernikahan Ika Dan Izzani Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan | Alhamdulillah, satu lagi pasangan pengantin memerangkap bff hubby Nina, selamat mendirikan rumah tangga pada 17 Julai lepas. Ini semua gara-gara kami percepatkan nikah dan depa pun nak ikut sekali. Sepatutnya majlis bulan Oktober. Dah ada duit, buat apa tunggu lama-lama, tak pasal jadi PKP balik apa pun tak boleh. Tak semudah negara nak bebas dari Covid-19. Layan gambaq-gambaq 2 hari kenduri. Serius double letih bila buat kenduri.



Pengantin kecik molek orangnya

Pukul 8.30 pagi dah ready depan rumah

Akad nikah di Masjid Batu Uban, Gelugor (SOP)

Sengih pengantin sebulan lebih

Lawa mummy nak dapat menantu bongsu



Kami laki bini juga lah yang guide pasangan ni dari borang nikah sampai selesai kenduri kedua-dua belah pengantin. Jadi supir dan pengapit 🤪 Lega penat lelah 3 hari berturut-turut selesai. Tercapai juga hayat mummy (mak pengantin lelaki) nak buat kenduri anak bongsu dia. Apa nak dikata, 2 hari kenduri hujan turun. Sabar saja, hujan kan rahmat. Yang penat tu sebab jadi pengapit, kesana kesini iring pengantin. 



Rare bunga tangan ni

Ini kerja kami laki bini

Cantiknya pelamin


Layan, pengantin ada isu rumah tangga. Pengapit tak boleh bagitahu


Pengantin baru vs pengantin baru sebulan lebih

Teman photoshoot sebelum hujan

Kami tunggu pengantin habis photoshoot masa hujan lagi

Goodies sejadah mini (sangat berguna)



Majlis kenduri di rumah pengantin lelaki pun meriah walaupun tak ada DJ macam kenduri side perempuan. Janji meriah, makanan sedap, dapat berkumpul dengan bini-bini gengster (hubby ada group kawan ramai, antara semua tinggal sorang lagi tunggu hari nak menikah). Majlis sempena PKP ni hanya sekejap saja. Risau jugak kalau tiba-tiba ada pihak berkuasa serbu, tak pasal kena saman 😌😌 



Ika kata bunga ni berat

Reception sebelah lelaki

Beletiaq tak habis-habis

Sedap nasi minyak Zulirah ni

Bini-biniku gangster

Kawan-kawan hubby (semuanya dah kawen kecuali hujung sebelah kiri)

Welcome to the club Ika!

Settle duty kami laki bini jadi pengapit



Semoga perkahwinan yang dibina kekal dan betul dalam rumah tangga ni kena banyak sabar dan sabar. Selepas kawen lagi banyak duit nak pakai dan haruslah seronok sikit sebab dah boleh ke sana ke sini dengan laki sendiri. Dah ada halal gap 🤭😅 Jadi pengantin PKPP ni hanya satu, tak jadikan kluster Covid baru pun dah syukur alhamdulillah. Selamat pengantin baru buat Mohamad Izzani & Nor Atiqah Amira.


4 comments:

  1. Cantiknya pengantin! Sama cantik, sama padan. Bunga tangan pun cantik2!!

    ReplyDelete
  2. Semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. Cantik mempelai..
    semoga bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin..
    Walaupun PKPP, majlis tetap meriah..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.