2 Dec 2020

Makan Nasi Beriani Hameediyah Penang

 Assalamualaikum Readers


Makan Nasi Beriani Hameediyah Penang | Cerita peram dari bulan 7. Kikiki.. Pika ni salah sorang kawan baik masa study dulu. Susah senang belajar bersama, berkawan hingga sekarang walaupun sorang di KL sorang di Penang. Busy macam mana mesti kami akan contact. Turun Penang mesti Nina dicarinya, jadi driver bila teringin nak makan makanan utara. Hameediyah ni antara tempat faveret Pika. Seronok tengok kawan makan dengan berselera 😃😊 Sepanjang PKP, restoran tutup awal pukul 10 malam. Biasanya 24 jam.


Malam pun ramai Hameediyah ni




Rupanya 3 hari di Penang, ada plan untuk Nina 😏 Bertuah punya kawan. Oh ya, kawan Nina ni jual kek dan brownies di area Batu Caves. Sedap brownies. Nanti cubalah order. 2 hari Nina jadi tour guide, dapat juga bawa dia makan-makan di tempat baru. Mak pula masakkan nasi daging. Seronok bukan main dapat makan. Maklum kat KL susah nak cari nasi daging katanya.


Malam hari kedua di Penang, mak masakkan nasi daging cicah air asam

Hari ke 2, makan pizza sebab tak ramai orang. Cara order pun dah tak sama, semua thru ipad

Banyak kali try baju sampai face mask senget. Jumpa baju peach untuk hadiah birthday adik ipar 26 Julai lepas

Teringin nak beli kasut jenis ini tapi dah ada 2 sport shoes. Jarang pakai

Dapat dah kasut idaman. Macam kat KL tak ada kedai BATA


Dah selesai makan, singgah Queensbay Mall. Katanya nak shopping sebab dah lama tak shopping kat KL. Risau covid. Hahaa.. Alang-alang tu, Nina pun boleh cari hadiah untuk birthday adik ipar bongsu yang sama geng baby Julai. Hadiah tak perlu mahal-mahal, janji dapat baju warna kesukaan dah suka bukan main. Tunggu entri surprise sempena dah tukar gelaran ke Mrs 😃😄


10 comments:

  1. Mall kat KL memang sendu sejak kes covid naik. Samala macam saya gi Melaka hari tu. Kalut masuk mall macamla KL takde mall. Adik ngan kakak ipar sama saiz ye, senang la kalau nak shopping baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Patut lah kwn beria ajak shopping. Nasib baik sama saiz, senang nk beli. hehe

      Delete
  2. Seronok kawan datang boleh jadi tourist guide jalan jalan. hihi..lepas jalan lalu shopping. :)

    ReplyDelete
  3. alaaaa... rindunyaa... suka ke sini kalau pegi Penang.. winduuuu.

    ReplyDelete
  4. sedapnya nasi daging air asam kerisik..nyum, nyum..

    ReplyDelete
  5. Waa....makan besar! Mesti Pika akan treasure kenangan ni selama2nya.
    Bila akak tengok gmbr sports shoes, teringin pula nak beli. Cuma malas nak masuk kedai time ni... Asyik malas ja, mcm ni!🤦🏻‍♀️

    ReplyDelete
  6. Sakan berjalan. Alhamdulillah kawan suka nasi daging.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.