14 Nov 2020

Cara Membuat Jus Roselle

 Assalamualaikum Readers


Cara Membuat Jus Roselle | Rasanya yang masam bila add on dengan air gula dan ais terus rasa sedap 😋 Setiap hari minum bergelas tapi Nina lebih suka perisa original tanpa tambah gula. Bila dah buat sendiri, hubby pulak ketagih. Habislah stok jus Nina 😂 buah yang lain masih kecik. Nampaknya kena tanam banyak pasu. 


Buah roselle pokok sendiri

Beli di market, buah agak kehitaman


Jus roselle untuk blogger Alia. Nampak macam air sirap betul


First Nina try buat sebab jumpa orang jual kat market. Itu pun lelong sebab buah dah nak busuk. Hasilnya dapat lah 2 botol besar jus yang pekat. Itu pun dah habis Nina sorang minum 🤣😋 Hari rabu lepas, dapat kutip buah dari pokok sendiri, walaupun tak pekat janji ada. Rupanya roselle ni ada variety juga, bentuk dan warna buah yang beli dan Nina tanam tak sama. Jadi warna jus pun tak sama. Janji khasiat sama 👍🏼😁


Merah pekat dari buah roselle yang dibeli

Jus roselle siap untuk ditapis . Vitamin C 3x ganda dari buah oren dan anggur.

Jus roselle dari pokok Nina. Warna lebih cerah, kelopak buah dah tukar jadi pink pucat


Cara masak buah roselle :


1. Bersihkan buah dan buang bijinya, kalau ada biji yang dah masak boleh semai ya. Siap kupas, basuh sebersihnya.


2. Masukkan air biar penuh periuk dan bila mendidih masukkan daun pandan yang dah disimpul.


3. Kalau siapa nak jus roselle manis boleh letak gula perang. Terpulang berapa sukatan, sama ada sikit atau banyak. Yang ini, Nina skip.


4. Masukkan buah roselle dan rebus berkali-kali sehingga buah bertukar pucat. Dah tak merah maknanya semua pati buah dah keluar. Masa rebus ni kena kacau dan ambil air letak dalam bekas lain dan tambah air. Ulang sampai pati dah tak ada. 


Khasiat Roselle :


  • Membantu penghadaman, melembut dan menyihatkan kulit.

  • Melancarkan pembuangan air kecil, mengurangkan lemak, mengurangkan tekanan darah tinggi, haba badan, batuk dan mencairkan kahak.

  • Melancarkan peredaran darah, mengubati luka luar dan dalam. Sesuai diminum selepas pembedahan.

  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan melambatkan penuaan, wajah nampak muda dan berseri. Bersifat detoksifikas, membuang toksik dalam badan.

  • Mencegah keradangan saluran kencing, pembentukan batu karang dan penyakit jantung.

  • Mengubati masalah selsema, batuk, demam, asma, alergi, insomnia dan anti kanser.

  • Menormalkan kadar gula dalam darah, kolesterol. Menyihatkan mata dan mengubati pening kepala / migrain.

  • Membantu mencerdaskan otak anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA.

8 comments:

  1. Rasa masam dan manis macam Ribena.

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada buah roselle hasil tanaman sendiri. Dapat minum jus homemade. Halalan toiyyiban.

    ReplyDelete
  3. baru first time tahu pasal roselle . banyak juga khasiatnya tu . Tapi betul tanam sendiri lagi elok , fresh pun fresh . kalau beli kat pasar kadang ada yg busukkan

    ReplyDelete
  4. Wah.. Ramai gak orang buat jus roselle sekarang. Memang sedap bila masam masam sikit

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak minum jus roselle. Akak dulu selalu beli jenis yang diorang dah keringkan bunganya.

    ReplyDelete
  6. Arwah ibu dulu suka buat jus roselle nie.. sedap bila diminum, khasiatnya pun banyak..

    ReplyDelete
  7. rajin nya la hai puan nina ni buat sdri air ni..hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.