Assalamualaikum Readers
Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum Penang | Cerita 29 Jun tahun lepas baru teringat nak update lepas godek gambaq dalam fon 😂😂 Sejak dah tak join group blogger, memang Nina tak kuasa nak masuk bermacam jenis museum yang ada dalam Penang ni. Maybe rasa dah tua 😅😂 Nak dijadikan cerita, Athirah tiba-tiba dm di ig ajak pi Dark Mansion sebab boring dok rumah, masa tu takda orang nak teman, dia di Kulim dan drive ke Sunway Carnival. Di situ Nina pickup dia. Kesian tu memang kesian tapi risau dia nak drive sorang balik Kulim.
Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum Penang |
Apa yang best Dark Mansion ni? Sangat sesuai la untuk si kaki selfie, dalam ni selfie la puas-puas sampai muntah. Nina suka tampal glow in the dark dalam bilik. Memang cantik malam-malam tengok sampai terlena tapi tak pun, lepas gayut fon dengan tunang terus lena. Haha.. Dah kawen ni, jangan harap nak tampal menampal dalam bilik. Dalam museum ni, ofcos semuanya bercahaya. Banyak spot untuk ambik gambar tapi sabar la tunggu turn nak bergambar, jangan risau ada staf tolong ambilkan gambar.
Ini lah aktiviti Nina sebelum tunang. Memang tahu lepas ni tak masuk la segala jenis museum. Kawan dari KL pun kalau turun Penang, mesti ajak makan, naik basikal tak pun ke pantai. Sesiapa yang sukakan glow in the dark inilah tempatnya. Harga dah tak ingat berapa, tak silap dalam RM 20++ . Berbaloi lah harga dengan tempatnya. Sekarang tak pasti harga berapa.
Dark Mansion - 3D Glow In The Dark
145, Lebuh Kimberly,
George Town, 10100 George Town, Penang
Buka : 10.00 pg - 6.30 ptg (setiap hari)
Diskaun untuk pelajar
Cantiknya Dark Mansion ni. Memang sesuai sangat untuk mereka yang kaki selfie, kaki posing, instagrammers. Tapi kena get ready camera low light lah macam ni.
ReplyDeletewah serious cantik , bestnya kalau gambar tu penuh galeri 😅😂
ReplyDeleteBest nya posing2 kat muzium tu ��
ReplyDeleteCantiknya.. best ni kalau bawa anak2..
ReplyDelete