27 Nov 2020

Maybelline Fit Me Concealer

 Assalamualaikum Readers


Review Maybelline Fit Me! Concealer | Rupanya banyak barang makeup yang Nina tak review lagi tapi dah berzaman habis 😄😅 Ini salah satu concealer yang masih dipakai, tinggal sikit lagi. Apa kegunaan concealer? Ia lebih kurang hide jerawat dan bekas jerawat lepas apply foundation. Produk ni sangat sesuai sebab tekstur yang ringan dan tidak melekit di wajah.


 Maybelline Fit Me! Concealer

Shade - 25 Medium


Apa yang best produk ni bila pakai cepat menyerap dan dari jenis cecair yang hampir sama kandungannya apabila apply foundation dari brand yang sama. Jangan risau Maybelline pasti akan mengeluar warna shade yang hampir sesuai dengan pengguna di Malaysia. Brush juga mudah diapply. 


Berus concealer Maybelline macam lipgloss

Suka pakai di bawah mata. Tak nampak macam mata panda


Review :


  • Size yang kecil dan mudah dibawa

  • Harga pun murah, hanya RM 26.00

  • Botol yang ringan dan transparent ini memudahkan pengguna untuk nampak isi dalaman. Cara buka pun mudah hanya putarkan penutup concealer.

  • Warna shade lebih dari 8 jenis yang boleh sesuai dengan kulit pengguna.

  • Ekstrak chamomile yang bermanfaat untuk memudarkan kawasan gelap di bawah mata, menyamarkan redness di muka dan melembapkan kulit. 

  • Produk ini tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana mengandungi sulfate dan paraben.

  • Teksturnya tidak terlalu cair dan terlalu pekat sehingga membuatkan kulit jadi crease. Dapat dijadikan highlight dan eyeshadow base. Bila apply eyeshadow tu jadi lebih pigmented dan tahan lama.

7 comments:

  1. lama tak mekap2.. skrng nk siap tepek bedak je..
    rindu jugak zaman rajin nak pakai2 ni.. as long as product tu okay..
    kita onnn hehe..

    ReplyDelete
  2. Rasa macam lama betul tak beli brand fit me maybelline ni. suka gak pakai bawah mata untuk cover mata panda tu :)

    ReplyDelete
  3. Wah btull. saya pun guna concealer ni. Mmg cantik. Nak lukis kening pun akan kemaskan lagi kening yang tak berapa lebat ni heheh btw salam perkenalan kak. da Follow blog ni #751

    ReplyDelete
  4. Belum pernah guna concealer, tapi biasa guna maybelline utk kosmetik lain.

    ReplyDelete
  5. Kak Amie guna maybelline tapi belum pernah try concealer dia.

    ReplyDelete
  6. Suka pakai concealer sebab parut jerawat banyak. Tapi sejak pakai face mask, tak pakai dah mekap. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Betul sangat. Pakai make up pun rugi habis terlekat di face mask

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.