6 Dec 2020

The Best Jeruk Krupp Krapp Pelam Dan Jambu

 Assalamualaikum Readers


The Best Jeruk Krupp Krapp Pelam Dan Jambu | Minggu lepas viral di area office hubby di Batu Uban, Penang ada sepasang adik beradik berjalan di trafic light jual jeruk mangga dari kereta ke kereta. Suasana rakyat mencari rezeki selepas covid ni tak ubah macam di Indonesia. Perasaan malu tu dah tak ada. Sedih tengok. Yang masih bekerja dan company kukuh tu, alhamdulillah masih lagi tiap-tiap bulan terima gaji. Boleh bayar commitment macam biasa. 


Harga sebalang RM 12 termasuk delivery caj RM 7




Di area George Town pun sama, ada jual tisu, kerepek dari kereta ke kereta. Semoga Allah pelihara mereka dalam mencari rezeki halal. Jeruk yang Nina beli ni, bukan di office hubby tapi 'lebih kurang' juga, yang bezanya owner lain dan boleh COD ke rumah. Sekarang ni musim mangga, jadi merata-rata nampak orang jual jeruk pelam tapi tak semua Nina boleh makan. Kalau masam memang tak makan.


Pelam wangi, tak masam dan isi tebal

Tak kedekut, berisi balang

Pelam mix jambu

Jambu ranggup, tak lembik




Sedikit sebanyak kita tolong mana yang mampu. Support bisnes orang kita, in shaa Allah ada rezeki untuk kita walaupun diri sendiri struggle cari kerja dan rasa give up sentiasa ada tapi fikirkan tak nak susahkan parents, usaha juga cari dan cari. Sesiapa di area Penang, yang mana lalu depan trafic light Batu Uban boleh beli ya.  


9 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki Allah tak salah alamat. Rajin berusaha, in shaa Allah ada pembelinya.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah makin ramai berniaga di traffic light. Apa yang merisaukan, keselamatan mereka. Semoga mereka dimurahkan rezeki.
    kecur air liur tengok jeruk mangga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Ahad lepas nampak lg dorang meniaga jln atas divider. tak nampak ada orang beli pun.

      Delete
  3. sedapnya bila tak kedekut isi..
    rangup pula tu.. semoga dimurahkan rezeki yang menjual dan yang membeli.. Aamiin..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.