16 Mar 2021

Buat Details Scan + 6D Di SONOVISION ULTRASOUND PENANG

 Assalamualaikum Readers


Buat Details Scan + 6D Di SONOVISION ULTRASOUND PENANG | Alhamdulillah plan asyik tertangguh akhirnya masuk 29 weeks baru scan. Ramai yang booking, nasib ada 1 slot petang untuk 1 Feb lepas. Klinik ni fames amos di Penang. Bini kawan hubby yang suggest scan baby di sini. Memandangkan scan di Klinik Kesihatan hanya 2D jadi better scan di klinik swasta. Alhamdulillah lega hati tengok perkembangan baby normal dan sihat. 


SONOVISION ULTRASOUND PENANG

Ambil pakej OB : 18w-29w (DETAILS SCAN + 6D) - RM 258


Ini salah satu pelaburan buat mak buyung, nak tahu kesihatan dan perkembangan baby bukan setakat nak tengok muka budak yang selalu siku, wrestling, tendang bertubi-tubi dalam perut ni 😂😂


Mudah book scan di Sonovision thru website. Nanti akan dapat email hari, waktu dan masa. Datang terus scan tak perlu tunggu. Satu jam untuk seorang pelanggan. Harapan seorang ibu mestilah nak yang baik-baik saja. Nina ambil pakej 6D sebab pakai cermin mata hitam, nampak muka baby lebih clear


Nina boleh share muka baby saja, yang lain dah dikira aurat, dedahkan organ dalaman perut. Masa ni baby tutup muka sebab nak tidur

Segala info akan di hantar thru email. Jika ada masalah boleh print dan tunjuk doktor klinik kesihatan

Level 10 . Nasib baik office Boustead FIL bukan di sini, kalau tak dia orang pertama yang tau


Banyak tempat Nina survey tapi sebab PKP malas nak cari lagi. Berbaloi scan di Sonovision sebab ada buat special rate untuk ibu-ibu yang mencapai usia kandungan 18w - 30w. Details scan lebih sesuai untuk usia kandungan 20w - 25w, masa tu baby masih kecil dan semua gambaran nampak jelas berbanding usia kandungan yang sudah besar.



Amoi Sonographer tu sabar melayan baby yang susah nak tayang muka sebab nak tidur, tutup mata guna tangan. Berkali-kali try nak dapat sekeping gambar. Scan punya scan dan tekan-tekan perut supaya baby jaga pun masih lagi tak nampak muka, asyik menguap tapi bab kangkang luas betul 😂😃 Baby kalau dengar suara Nina dan sonographer panggil baru senyum. Ya Allah cerdiknya dalam perut. Servis bagus, sonographer explain one by one sambil scan. Memang recommended sangat scan di sini. Ada 3 branch di PJ, Cheras & Penang. Selepas selesai scan akan dapat gambar muka baby, gambar jantina. Untuk details gambar setiap organ-organ baby, akan di hantar thru email.



Apa itu Details Scan?


Details scan dilakukan dalam bentuk gambar skrin hitam putih, tujuannya untuk mengesan kecacatan awal pada janin contohnya masalah jantung, sumbing, pembesaran terbantut & sebagainya. Antara perkara yang dilihat semasa details scan seperti :


1. Kepala & otak janin, saiz, ukuran & juga kandungan air dalam otak. Semua tu boleh nampak dengan jelas.


2. Tulang belakang, saiz tulang janin dari tangan, peha & jari-jari kaki tangan. 


3. Profil muka janin, keadaan bibir, hidung, telinga, mulut & mata.


4. Abdomen janin termasuk buah pinggang, pundi kencing & perut.


5. Keadaan jantung, dada termasuk diafragma, iaitu bukaan dada janin ketika berkembang & menguncup.


6. Jantina janin.


Untuk lebih info, boleh klik link di bawah 👇👇


Sonovision Ultrasound

Sonovision Ultrasound Penang

(menara Boustead, George Town)


17 comments:

  1. Alhamdulillah, puas hati kalau scan 6D tu. Jelas gila. Semoga selamat bersalin! Semoga baik baik saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : Alhamdulillah terima kasih. Aaaminn :)

      Delete
  2. Tahniah Nina 💐
    Moga kandungan sihat.

    Baru tau ada 6D.

    ReplyDelete
  3. advance betul teknologi sekarang. info lebih details boleh didapati dalam masa singkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies : Betul. sediakan duit saja

      Delete
    2. kalaulah duit itu boleh ditukar dgn daun... ;-)

      Delete
  4. wahh..teknologi moden..servis bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas : Alhamdulillah skrg semua dh moden

      Delete
  5. Assalamualaikum. Waahh seronoknya dapat tengok muka baby dalam perut.. bijak baby ni... panggil2 dah ada respon.. SS doakan Allah permudahkan proses bersalin nanti.. aminn, Doakan SS juga dapat merasa jadi ibu. Lama dah mengidam ni. heheh

    ReplyDelete
  6. Alahamdulillah..happynya kan moment ni. Tq share. Tumpang happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Alhamdulillah. Semoga fiza pun diberi nikmat menjadi ibu juga :)

      Delete
  7. Alhamdulillah. Harap baby dan mak baby sihat dan dipermudahkn urusan bersalin. Dah bayar RM 258, amoi tu kenalah sabar. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Alhamdulillah. Amoi tu cakap byk baru baby ada senyum. kecik2 dh gatal. haha

      Delete
  8. wah,seronoknyaaaa nak dapat baby niii. masa anak first xsempat nak buat benda nii.. asyik xsempat jaaa. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadya : Alhamdulillah rezeki. Tak semua orang sempat buat utk anak first hehe

      Delete
  9. Alhamdulillah, now semua dah boleh check :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.