8 May 2021

Resepi Biskut Florentine

Assalamualaikum Readers


Resepi Biskut Florentine | Antara biskut kegemaran dan biskut have-have sebab harga bahan amatlah pricey but sokay janji sedap dikunyah dan crunchy. Biskut ni Nina try buat tahun 2018, tertinggal lama dalam draft. Tahun ni tak dapat buat biskut raya jadi Nina order saja.


Biskut Florentine

Bahan-bahan utama


Bahan pun sikit sahaja dan nak buat pun mudah. Jangan letak adunan tebal sangat nanti tak sedap dan tak ranggup 🤭 Di bawah ni step by step cara nak buat biskut orang kaya. Hahah


Gunakan cup yang sesuai untuk sukatan




Bahan-bahan :


500g tepung florentine (bakery ada jual 1 pek)

500g almond slice

200g biji labu hijau

100g kuaci putih

40g bijan hitam (boleh guna bijan putih & bakar 2 min)

Bakar pada suhu 170-180c selama 10-15 minit. Api atas dan bawah. Siap!

Biarkan sejuk sebelum biskut dikeluarkan dari cup


*suhu bakar kekacang dalam 150c - 160c

*semua kekacang bakar sekejap dalam 5 minit

*tepung florentine dah siap ada gula @ karamel jadi tak perlu letak bahan tambahan


Bakar dulu selama 5 minit


Gaulkan kesemua bahan



Siap dibakar


Antara biskut raya yang boleh dimakan sebab tak ada telur 😂😂 Kalau tak faham boleh tengok tutorial di IG atau pun youtube. Selamat mencuba ☺️


16 comments:

  1. kenapa xleh makan telur, cik nina takut kolesterol ke? ;p

    ReplyDelete
  2. Mudah saja rupanya buat biskut ni.. saya pernah makan, memang sedap. Penuh dengan kekacang

    ReplyDelete
  3. Bahan-bahan pun mudah je . InsyaAllah ada masa nak try buat juga biskut ni

    ReplyDelete
  4. sedap dan mahal kalau nak beli ni

    ReplyDelete
  5. Kak nina tak boleh makan telur ke atau sebab berpantang tak boleh makan telur?
    Tapi biskut florentine tu favorite jugak! Makan sambil tengok drama memang tak sedar, tahu tahu habis hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : berpantang tak boleh makan telur utk elak luka bernanah dan gatal. Biskut ni berhantu tak tahan lama hahahah

      Delete
  6. Ini memang biskut orang have-have heheheee... pernah buat untuk raya, dan laku keras!

    ReplyDelete
  7. Biskut raya kayangan ni. memang pricey dan have have. Tapi cara nak buat dia senang. Sedap pulak tu kan :)

    ReplyDelete
  8. AKAK BELI JER...X RETI LA NAK BUAT

    ReplyDelete
  9. Kalau g raya rumah orang, cari ni lepas Almond london

    ReplyDelete
  10. Teringin nak buat tp xde masa jaaa.huhu

    ReplyDelete
  11. tlg pos sikit sy x mkn lg kuih ni thn ni hahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.