12 Jun 2021

Review CC Cream Yang Ada SPF Lebih Ringkas Untuk Urusan Seharian | Hansaegee Nature

Assalamualaikum Readers


Review CC Cream Yang Ada SPF Lebih Ringkas Untuk Urusan Seharian | Hansaegee NatureSalah satu produk dari Hansaegee Nature untuk melindungi kulit tanpa makeup masih nampak cantik dan tertarik. Sekarang semua orang keluar rumah tanpa pakai makeup disebabkan facemask dan malas bermakeup kan? Sepanjang pandemic, Nina hanya pakai ‘basic’ setiap kali keluar rumah. Ini produk easy going dan mula jatuh cinta. Feedback ramai pengguna sangat positif tentang produk ini.



Kebiasaannya, kalau keluar rumah hanya pakai sunblock, moisturize, lip balm dan ready to go. Tapi setelah mencuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, mula suka sebab ianya bukan sekadar CC Cream biasa tapi ia banyak memberi keberkesanan dan perubahan pada kulit muka Nina sendiri.



Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature





Memang tak sangka CC Cream ini lebih ringkas dan menyeluruh kegunaannya untuk menutupi cela dan bekas jerawat, hanya dalam satu botol, tak perlu lagi sapu foundation. Sesuai untuk semua jenis kulit. Produk CC Cream ini sesuai untuk mereka yang pentingkan kecantikan kulit muka untuk semua peringkat umur.




Untuk pengetahuan, CC Cream bermaksud Colour Control Cream, ia krim siang yang kegunaanya all-in one dalam satu, yang mana boleh seimbangkan tona kulit yang tidak sekata dan merawat kulit. Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ini juga boleh dijadikan sebagai rutin penjagaan kulit seharian. Paling best, apabila apply di kulit, ia akan ikut warna tona kulit si pemakai. Jadi tak perlu bimbang, semua jenis dan warna kulit pun boleh pakai.


Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

·                     Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++

·                     Mengimbangi nada kulit secara semulajadi

·                     Meminimumkan penampakan pori

·                     Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup

·                     Mencerahkan kulit

·                     Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit

·                     Glowing Skin, Smooth Skin

·                     Mengekalkan kelembapan

·                     Melegakan masalah kulit








Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini salah satu produk yang berasal dari Korea, jenama produk kecantikan yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2011 dan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi. Semua bahan dalam produk ini telah diluluskan dan selamat digunakan.

 

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 Bahan Kandungan Utama iaitu :


· Mineral Water - Yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Makin lama korang pakai, kulit menjadi glowing.

 

· Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - Berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit. Termasuk juga bagi mereka yang berjerawat, jangan risau, ianya selamat. 

 

· Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit, memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi. Semua bahan ni bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit tau!



Cara Penggunaannya 

· Cuci muka seperti biasa

· Pakai toner seperti biasa

· Moisturize yang biasa pakai, kemudian

· Picit Gold Nano CC Cream dan sapu rata ke muka *tak payah letak sunscreen sebab CC Cream dah ada UV Sun SPF50 PA ++



Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream memiliki tekstur yang ringan berbanding BB Cream. Sangat sesuai di muka, tak melekit dan tidak berminyak. Yang penting, produk ini bebas dari sumber haiwan, paraben free, sulfate free dan alcohol free.




CC Cream boleh di pakai tanpa makeup dan boleh dijadikan sebagai makeup base/makeup primer sebab ia akan membuatkan makeup tahan lebih lama dan muka nampak glowing.




Cara guna pun senang, setelah picit, terus apply di muka, ia akan sekata dengan warna kulit dan semakin lama dipakai, krim ini akan serap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan comot. Boleh pakai guna tangan tanpa berus. Produk ini juga tahan peluh dan waterproof. Kalau berada di bawah matahari, muka berminyak dan berpeluh jangan risau, CC Cream ini tak bercapuk dan tak comot, still nampak natural di muka.






Hansaegee Nature 


24 comments:

  1. wahh. cantiknya kulit nina.. :)

    ReplyDelete
  2. CCL pernah pakai produk dari Hansaegee Nature best sangat .

    ReplyDelete
  3. Sampai skrg masi lg byak cc cream nie.. Jarang2 dah kan keluar rumah

    ReplyDelete
  4. Menarik . Suka produk 2 in 1. Lagipun bak kata Nina pakai foundation beria pun bukan orang nampak tapi nak jugaklah tutup cela kat muka.. Lagipun a few years ni memang tekun amalkan sunscreen walaupun duduk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : betul pakai facemask tp kena pakai juga sbb nk lindung kulit dari matahari

      Delete
  5. cantiknya kulit :D pakai cc cream lagi cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni : mana ada. Pakai cc cream ni tutup segala cela di muka 😬

      Delete
  6. kite pun kadang kadang bila nak mekap light2 kite pakai cc cream :)

    ReplyDelete
  7. Haah bagus ada perlindungan matahari selain tutup noda parut jerawat.
    Tq review.

    ReplyDelete
  8. Cantiklah pula tengok kesannya tu. Memang betul Nina, musim pandemik ni Kak Amie pun tak pakai apa-apa waktu keluar rumah (bukan selalu) sebab pakai mask. Di rumah pun dah mula abaikan penjagaan kulit hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie : cantik dan tahan lama. Pakai cc cream ni dan pakai mask tak ada lah makeup. Janji kulit dijaga hehe

      Delete
  9. Awww.. Makin comel cik nina kita nie..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.